Saat kita melakukan sesuatu impian untuk insan bernama ibu, pasti kadar kesungguhan kita lagi tinggi. Tetapi apabila sebab utama itu telah hilang, huru hara jalan menuju kejayaan tersebut. Itulah yang dirasa oleh Puan Azilah Binti Alias. Semasa pengajian PhD beliau, duji dengan kehilangan ibu tersayang dan juga diuji oleh cabaran besar yang lain.
Pelajar Phd Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini menceritakan bahawa pada awalnya beliau diuji dengan masalah kesihatan dan menyebabkan beliau hilang fokus. Oleh kerana masalah kesihatan yang menimpa, beliau menghadapi keterbatasan untuk melakukan aktiviti dan tidak lagi mampu melakukan banyak perkara.
Faktor tersebut menyebabkan beliau hilang semangat dan tidak mempunyai hala tuju. Sehinggakan beliau tidak nampak kepentingan untuk menyambung pengajian. Apabila menimpa ujian terhadap diri lagi-lagi dari segi kesihatan sememangnya akan menjejaskan kehidupan.
Bukan itu sahaja, beliau diuji dengan berita bahawa ibu beliau sakit dan bercadang untuk menderma buah pinggang kepada ibu beliau tetapi disebabkan beliau telah jatuh sakit, beliau tak dapat menunaikan hasrat tersebut sehinggalah ibu beliau meninggal dunia. Keadaan itu menyebabkan beliau makin tertekan, hilang fokus dan tidak lagi bersemangat untuk meneruskan pengajian.
“Alhamdulillah pada tahun 2020, salah seorang sahabat memperkenalkan Dr Roket dan saya sertai NUT Merdeka. Hasil NUT tersebut sangat memberi impak dan menjadi turning point kepada saya. Ia bukan sahaja membetulkan mindset saya, malah beliau telah melihat kepentingan beliau untuk meneruskan PhD dan beliau sedar perlu membuat sesuatu untuk pengajian Phd beliau. Membuat tindakan-tindakan betul seperti yang disarankan oleh Dr Roket dan belajar banyak ilmu yg sangat bagus.
Bukan utk Phd sahaja malah untuk kehidupan. telah diterangkan mengenai kebesaran Allah juga. Kita sedar bahawa Phd bukan sahaja melibakan dunia malah jambatan ke syurga. Beliau sedar perlu siapkan Phd dan perlu habiskan PhD tersebut secepat yang mungkin.
Beliau menceritakan setiap kali beliau menulis, Puan Azilah berniat untuk bersedekah atas nama arwah ibu beliau. Allahuakhbar, setiap huruf yang beliau catat akan menjadi saham yang besar di hari akhirat kelak. Sungguh bermakna kasih seorang anak terhadap insan yang telah melahirkan dan membesarkan.
“Saya rasa ilmu NUT yg disampaikan sangat-sangat bagus dan telah menjadi amalan saya sejak saya menyertai Platinum” kongsi beliau. Dengan mempunyai seorang mentor, pakar strategist yang sangat hebat dan, CRMP yang sentiasa beri bantuan sungguh melancarkan lagi perjalanan PhD beliau. Positive circle bersama mereka ini yang sering mengingatkan big why beliau dan push factor untuk habiskan pengajian.
Alhamdulillah, lebih 440 halaman pada 1 masa berjaya beliau hasilkan dan beliau masih tak pernah menyangka mampu menghasilkan 1 deraf. “Syukur kerana berjaya dipertemukan dengan seorang mentor yang sangat hebat, CRMP dan circle platinum yang sangat hebat. Syukur Alhamdulillah” ujar Puan Azilah.
Bermula sekarang, anda boleh dapatkan tiket Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) dengan harga Super Launhing Promotion iaitu sebanyak RM60 sahaja (syarat 3 orang daftar sekali). Sertai dan rasai sendiri proses ini bersama kami!
Klik sini: https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/