fbpx Skip to main content
search
0

Seminar Mudahnya Siapkan Tesis (MST) kali kedua yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut awal Oktober terdahulu, telah membuka mata ramai bangsa Posgrad untuk mula berubah. Puan Zatul Amilah Shaffiei, PhD dari UiTM Shah Alam antara peserta yang menyahut cabaran Dr. Roket untuk mengatur kehidupan dan akademik dengan lebih strategik. Ini perubahan beliau alami:

“Subhanallah, saya sungguh terharu kerana terpilih untuk memberikan sedikit perkongsian pengalaman selepas menyertai program Mudahnya Siap Tesis (MST).  Sejujurnya, saya mula sedar mengenai program Dr. Roket melalui WhatApp yang diterima agak kerap sejak Jun 2020. Saya hanya baca dan tengok sepintas lalu sahaja sehinggakan saya ada menempah sebuah buku 47 motivasi tanpa sedar. Allah gerakkan hati saya tanpa sedar pada waktu itu.

Rentetan daripada situ, sebulan kemudian kawan sepejabat telah menghubungi saya untuk sertai MST pada Julai, 2020. Selepas menyertai MST kali pertama dan kedua pada September 2020, pelbagai impak positif yang saya perolehi dari segi kehidupan dan akademik saya. Syukur kepada Allah kerana telah menemukan saya dengan program ini. Inilah doa saya yang tidak pernah putus kepada-Nya untuk dapatkan solusi kepada perjalanan PhD saya yang sangat panjang.

Dari segi kehidupan, saya dapat merasakan suatu anjakan yang agak ketara berlaku.

Sebelum MST, saya agak liat bangun pagi, ketika azan subuh baru saya bangun. Ini kerana saya juga tidur lambat dan seorang peminum tegar kopi, gemarkan makanan segera disamping waktu makan yang tidak teratur. Saya kurang meminum air kosong sejak dahulu, tujuan saya makan minum asal kenyang dan hilang haus sahaja. Urusan di rumah juga kelam kabut, pendek kata kehidupan saya tidak teratur dan sangat beremosi dalam segala hal. Tugasan di rumah sebagai isteri dan ibu juga serba tidak kena kepada saya kerana terlalu melayan emosi. Lama-kelamaan ia membawa kepada satu perasaan anxiety sehingga tidak mendapat tidur yang lena. Saya selalu lepaskan emosi saya kepada keluarga.

Semasa menyertai MST, rasa hati saya seperti dijentik-jentik, muka seperti ditampar-tampar. Suara Dr. Roket selalu terngiang-ngiang ditelinga mengingatkan saya kepada ALLAH…ALLAH…ALLAH. Perkongsian daripada platinum-platinum membuatkan saya sebak kerana kesilapan saya dimainkan satu persatu didalam minda saya pada masa itu.

Selepas MST, saya aturkan semula jadual tidur saya. Sekarang saya mampu bangun seawal jam 4.00 pagi. Subhanallah, saya pilih pengambilan makanan & minuman saya untuk bantu otak saya berfungsi dengan baik. Saya kini mampu kawal emosi saya untuk memperbanyak senyum, istighfar apabila rasa nak marah dan cepat-cepat minta maaf jika saya terlepas perasaan marah. Saya mula susun atur urusan di rumah sedikit demi sedikit. Dan perubahan paling WIN untuk saya apabila saya mampu berhenti minum kopi secara drastik setelah saya sertai MST kali kedua. Saya rasa terkesan dengan kata-kata Dr. Roket semasa MST;  “kopi itu haram kerana ia membunuh idea anda untuk menulis…”

Dari segi semangat juang PhD, beberapa perubahan juga berlaku yang mana sebelum MST saya selalu berasa tidak bermaya, lemah semangat bila tengok tesis. Sebelum ini lama sangat saya bergua dan memencilkan diri dari dunia luar. Saya selalu mengelak untuk berjumpa penyelia walaupun didalam fakulti yang sama. Apabila berjumpa dengan beliau, saya hanya berbincang urusan kerja dan saya menjadi ketakutan apabila bercakap tentang tesis.

Namun selepas MST, saya menjadi berani menyelak tesis saya hari demi hari. Saya bertindak mencari kawan-kawan yang berfikiran positif di FB (biarpun FB sudah lama berkarat). Tujuannya untuk dapatkan kawan yang dapat membantu saya didalam PhD saya.  Saya berani mesej SV dan jumpa secara bersenuka, confessed segala perasaan saya selama saya mengguakan diri. SV sangat positif sebenarnya.

Kesimpulan yang saya dapati selepas MST, saya banyak mengenali siapa diri saya yang banyak lupa nikmat Allah. Disebabkan alpa, Allah Ta’ala telah menarik nikmat satu-persatu dan nikmat paling ketara adalah ketenangan. Saya berasa kosong, tiada ketenangan hati, tidak tahu hala tuju hidup dan kesudahan PhD saya.

Allah itu Maha Pengasih. Subhanallah, Dia bagi saya peluang kedua melalui MST. Saya nak Allah pandang saya, saya nak ada kawan-kawan positif yang sentiasa menyokong saya dan buktinya saya ada ‘Geng Tulis Tesis 40minit’ online dari jam 4.01am sehingga 7.00am. Setelah masing-masing selesai berhubung dengan Allah. Kami mahu Dr. Roket bantu kami fahami proses yang betul. Apa lagi nikmat yang saya cari, Syukur alhamdulillah, terlalu banyak nikmat kehidupan, akademik yang Allah Ta’ala berikan.

Terima kasih Dr. Roket dan tim kerana terima saya dalam circle ini. Terima kasih sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan walaupun tidak pernah bersua muka. Sungguh hebat kuasa-MU. Moga perjalanan PhD saya ini menemui titik noktah tak lama lagi.”

Biarpun Puan Zatul Amilah telah menyertai MST buat kali ke-2, ternyata tips Dr. Roket sentiasa relevan untuk amalan pelajar Posgrad. Pernah serabut dan kurang jelas akan rutin yang tepat untuk perkembangan diri dan akademik, kini beliau lebih faham proses yang betul untuk berjaya. Sertai Dr. Roket didalam Seminar Nak Ubah Tesis bulan Disember ini: http://t.me/drroket atau hubungi Tuan Amierul pada nombor 019-4588003.

.

–> Dapatkan lebih banyak penulisan online menarik dan kreatif, buat motivasi dan inspirasi anda dengan melayari dan ikuti #penacikbungaliana !

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x