fbpx Skip to main content
search
0

Puan Saidatul Rahah pelajar PhD dari UM, beliau menyambung pengajian demi impian ibunya melihat anaknya memiliki Master PhD dalam kehidupan. Beliau pernah bercita-cita menyambung pengajian ke luar negara, namun tetap bersyukur dengan rezeki PhD di tanah air.

Merasakan PhD merupakan suatu rezeki, beliau mahu menghabiskan pengajian ini sebaik mungkin.  Ini kerana, sebelum ini beliau hampir melupakan hasrat membuat PhD kerana faktor keluarga dan persekitaran. Turning point berlaku tahun 2019 apabila beliau memulakan pengajian PhD tanpa mempedulikan anasir negatiF.

Semasa menyertai seminar Mudahnya Siapkan Tesis, beliau mendapat push factor dan mentor yang beliau tercari-cari sebelum ini. Ini menjadi pemangkin beliau umtuk tamatkan pengajian dengan semangat. Bersama Dr. Roket, beliau bukan sahaja kembali kepada fitrah, malah mengubah persepsi bahawa tesis itu mudah.

Selepas itu beliau terus daftar sebagai Platinum, dek kerana berminat mempelajari ilmu pengurusan tesis bersama Dr. Roket. Tanpa rasa skeptikal, beliau bersyukur kerana berjumpa dengan Dr. Roket yang dianggap sebagai gurunya yang tepat, untuk memenuhi keperluan PhD Puan Saidatul Rahah.

Sungguh banyak ilmu yang tidak terduga sepanjang beliau sertai seminar bersama Dr. Roket. Beliau berkesempatan berkongsi pengalaman dan ilmu bersama rakan seperjuangan, yang membuatkan mereka turut tertarik untuk menyertai Dr. Roket. Asbab berkongsi beliau dapat menyertai seminar Dr. Roket bersama sahabat seperjuangan.

Banyak pencapaian yang tidak beliau jangkakan sepanjang tahun 2020 dalam akademik dan kehidupan, selepas mengaplikasikan ilmu seminar Dr. Roket. Hingga kini beliau merasakan cabaran didalam dunia akademik ini sangat kecil dan mampu diatasi dengan mudah.

Selain itu, bersama Circle Group Positive mind set beliau sentiasa kekal positif. Ingin tahu kegembiraan beliau bersama perjalanan PhD yang lebih lanjut? Klik disini untuk menonton sesi temu bual istimewa Dr. Mardiana Mat Ishak bersama Puan Saidatul Rahah >> https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/1081554275652833 .

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x