Penantian selama 6 bulan akhirnya terjawab. Allah Ta’ala mentakdirkan pada 16 Februari menjadi tarikh yang cukup bersejarah buat Puan Hidayah Ahmad Azam, ini coretan indah momen berharga kejayaan Vivanya:
“Sehari sebelum viva, saya memeluk kesemua anak anak sebelum meninggalkan mereka dengan guru, dengan titipan doa yang tidak pernah putus. Pada pagi Isnin saya bergerak ke homestay untuk bersedia dari sudut teknikal dan sebagainya. Sesampainya di homestay, saya mula berbincang dengan suami susunan yang sesuai, katil ditolak, kertas ditampal, bahan-bahan yang perlu dicetak.
Allahuakbar, pada tengaharinya saya terima delivery menghantar makanan daripada Platinum, nikmat mana lagi yang hendak didustakan, kemudian Platinum datang menjengah khabar pada waktu petang, ada yang datang pada waktu malam pula beserta makanan dan buah-buahan.
Alhamdulillah hari yang tenang dihabiskan dengan bacaan Al-Quran, bergayut dengan mak dan suami perihal perkara yang indah-indah keesokan harinya, membaca Al-Quran, Istighfar, familiarkan Google Meet dengan platinum, masukkan semua bahan dalam Google Drive, clearkan desktop, baca Al-Quran dan banyakkan sujud syukur atas segala nikmat yang Allah beri sehingga ke tahap Ini.
Alhamdulillah malam tidur awal usai Isya’ bagi memastikan keesokan harinya benar-benar segar dan bertenaga. Keesokan harinya jam 3.30 pagi dimulai dengan solat Tasbih, solat Taubat dan online dengan Allah hingga subuh berjemaah dengan suami, baca Al-Mathurat dan Yasin. Pagi tersebut alhamdulillah berasa sangat tenang, melihat mesej SV dan mak jam 7 dan berbalas mesej dengan rakan-rakan dan platinum.
Allahuakbar terlalu ramai yang mendoakan. Mungkin ratusan atau ribuan yang menembak doa ke langit agar Allah mudahkan. Bersiap dan turun ke bawah makanan juga delivery dari platinum, dan bergambar dengan suami. Berdoa dan terus berdoa, mendengar live mentor pagi tersebut dan Morning Doc. Alhamdulillah. Jam 9, Platinum hadir sekali lagi mengirim Roket Valley 4.1 sebagai tanda kebersamaan kalian dalam sesi viva yang akan berlangsung.
Alhamdulillah tepat jam 10 pagi saya dibenarkan masuk, sesi berlangsung dengan sangat santai dimana saya tidak menjangkakan langsung examiner berbual – bual dalam keadaan yang sangat tenang, bertanya khabar dan perancangan selepas dapat PhD. Sesi berlangsung tidak lama selepas beberapa cadangan diusulkan bagi memantapkan lagi tesis, tepat jam 11.45 am saya diminta meninggalkan platform dan keputusan diumumkan setengah jam selepas itu.
Allahuakbar jutaan kesyukuran dilafazkan atas nikmat yang Allah Ta’ala kurniakan, examiner menyatakan kekaguman mereka terhadap keupayaan saya menyelesaikan tesis melebihi apa yang sepatutnya dengan anak-anak kecil yang ramai. Alhamdulillah selesai sesi viva, SV terus membuat discussion menyatakan proses seterusnya dan apa yang perlu saya lakukan dalam tempoh dua bulan akan datang.
Alhamdulillah selesai Viva, saya melakukan sujud syukur. Saya turun dan Platinum berada di bawah memberikan ucapan tahniah. Yang paling tidak disangka-sangka adalah saya diinterview dan dibawa ke sebuah homestay yang lain dan diraikan bagaikan pengantin. Allah Allah benar lah bahawa hari Viva bagi platinum adalah Celebration Day. Terima kasih kepada semua, terima kasih kepada mentor dan Platinum yang menjadikan penghujung perjalanan PhD saya dalam keadaan sangat indah sekali.