Tanggal 9 Februari 2021, Rabu bertempat di Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah hari amat bersejarah buat seorang Platinum Dr. Roket. Puan Nur Liyana Sulaiman berjaya menyempurnakan Viva Voce beliau dengan jayanya, sekali gus menghampiri garisan penamat PhD beliau dalam bidang Software Engineering di UTM. Ikuti detik-detik berharga menuju tarikh bersejarah ini, istimewa daripada Puan Nur Liyana Sulaiman:
“Saya mendapat tarikh Viva secara rasmi melalui emel bertarikh 25 Januari 2021 setelah secara rasminya tesis saya yang dihantar ke fakulti pada tarikh, 24 Disember 2020 disemak oleh fakulti pada 4 Januari 2021.
Alhamdulillah, proses untuk dapatkan tarikh Viva sangat cepat iaitu 9 Februari 2021 pada pukul 9 pagi melalui aplikasi Cisco Webex fakulti. Saya mempunyai masa 2 minggu untuk membuat persediaan untuk Viva. Saya juga perlu menghantar slide pembentangan saya pada 5 Februari 2021.
Persediaan viva saya dirancang lebih teliti untuk saya meningkatkan tahap keyakinan saya ketika Viva. Saya mengatur 9 siri pembentangan dengan experts dan ini membuatkan setiap hari saya agak sibuk dengan persediaan slide dan skrip Viva. Ini kerana setiap siri mock Viva adalah AHAA moment untuk saya bagi memperbaiki cara persembahan saya dalam Viva. Kehadiran experts ini amat saya syukuri kerana mereka merupakan pakar bidang saya dalam bidang Agile.
Saya juga merancang untuk menjalani Viva di UTM Residence yang telah digambarkan sebelum ini dan telah diajar oleh Dr. Roket. Kesemua perancangan ini saya buat lebih awal untuk memastikan saya betul-betul bersedia dari segi logistic dan teknikal, internet connections.
Pada hari viva tersebut, 9 Februari, saya bangun paling awal iaitu 2.30 pagi untuk membuat persediaan terakhir selain munajat kepada Allah yang berkuasa atas segala sesuatu. Saya juga bergerak dari UTM residence pada pukul 7.30 pagi untuk memastikan saya sampai awal ke fakulti di UTM. Walaupun UTM residence terletak di belakang UTM, namun saya yakin winning culture yang diajar oleh Dr. Roket amat membantu saya untuk saya lebih aktif di waktu pagi. Setelah dapat masuk ke bilik Viva, saya membuat persediaan dari segi teknikal untuk memastikan kelancaran Viva saya.
Pukul 9 pagi tepat, Viva berlangsung dengan pertanyaan fundamental of software engineering di mana, saya perlu menjawab dengan jawapan-jawapan asas kepada bidang saya. Alhamdulillah, selama 2 setengah jam saya ditanya doleh examiners, saya berjaya mendapat Viva with minor corrections.
Perasaan saya ketika itu amatlah bersyukur kerana perjuangan PhD saya bermula pada September 2012 dan menyaksikan 8 tahun saya bergelut dengan pelbagai cabaran untuk memastikan saya kekal dalam journey ini. Journey ini memerlukan keazaaman yang jitu serta ‘NAK’ yang kuat dalam diri yang ditanam oleh Dr. Roket.
Perasaan saya ketika selesai Viva disambut pula dengan syukur dan sokongan dari suami yang menemani saya sepanjang Viva. Alhamdulillah. Malah saya terus berjumpa dengan penyelia untuk menyatakan rasa terima kasih saya defend dalam VIVA, dan sabar dengan saya selama 8 tahun. Selain berkongsi rasa, SV juga memberitahu dia bangga dengan keputusan Viva saya dari dua professor yang terkenal dari bidang Software Engineering.
Selain itu, saya merasai bahangnya kemanisan Viva, apabila disambut oleh platinum yang lain di Kampung Baru. Saya mendapat banyak hadiah hasil dari terjahan Dr. Roket dan hadiah yang diberi oleh platinum lain. Saya amat bersyukur, saya tidak keseorangan Viva bersendirian tetapi doa mereka mengiringi saya dalam Viva. Alhamdulillah. Saya amat berterima kasih buat Dr. Roket dan kesemua batch platinum Dr. Roket yang sentiasa mendoakan malah sujud syukur atas kejayaan saya. Ukhuwah mereka amatlah hebat dan hanya Allah sahaja dapat membalas segala usaha mereka untuk mendoakan saya ketika VIVA.
Di samping itu, saya merasakan setiap saat di bilik viva, saya amalkan formula Dr. Roket yang sentiasa bermain dalam fikiran saya seperti tarik nafas, Hisnul Muslim, bertenang, dan sujud syukur atas keputusan yang saya dapat untuk Viva.
Saya amat bertuah dipertemukan dengan Dr. Roket yang sentiasa memberikan tips-tips yang mahal sebelum masuk bilik Viva. Malah saya rasa yakin dan berbangga bila ikut cakap cikgu.”
Buatmu guruku,
Janjiku padamu, akan ku usahakan,
Kan terus bertahan dengan izin Tuhan
Hingga hujung nyawa ku berterima kasih kepadamu, guruku.
Pengalaman Viva Voce Puan Nur Liyana Sulaiman setelah hampir 8 tahun berjuang, satu inspirasi yang begitu besar buat para pejuang Master PhD di luar sana. Beliau berasa bersyukur kerana mampu berjaya Viva dengan gembira bersama-sama para Platinum, proses yang tepat dan mentor yang terbaik. Klik disini untuk merasai semangat juang para bangsa Posgrad bersama Dr. Roket : http://t.me/drroket