Skip to main content
search
0

Berjaya berviva pada awal tahun 2021 menjadi kenangan terindah buat Puan Azlini. Biarpun dalam tempoh pandemik, syukur urusan Viva beliau dipermudahkan oleh Allah Ta’ala dan disambut oleh sahabat seperjuangan. Ikuti perkongsian beliau, rahsia  disebalik kejayaan Viva Voce ini:

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt saya dah berjaya Viva pada 26 Januari 2021 pada hari selasa jam 3 petang setelah mengharungi pahit getir, suka duka dan menempuh onak duri serta liku-liku perjalanan menyambung pengajian PhD di bumi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selama tiga tahun tiga bulan.

Baik, berkaitan dengan tajuk yang saya mahu kongsikan adalah mengenai persediaan viva dari sudut rohani, pengurusan masa dan akademik. Setiap individu yang menyambung pengajian master PhD ini, mereka pasti akan merasai viva voce..

Saya lebih suka mulakan dengan rutin harian saya iaitu kebiasaannya saya akan bangun awal pagi dan connect dengan Allah, solat Tahajud, solat Taubat. Selepas itu saya selesaikan urusan anak-anak dan suami sebelum pergi kerja. Sebelum keluar rumah, kebiasaannya saya akan solat Dhuda dahulu baru saya akan hantar anak ke sekolah dan pengasuh.

Setiap pagi saya akan pusing dulu kampung kerana anak saya bersekolah berdekatan dengan rumah tetapi anak yang kecik dijaga oleh kakak saya yang kedua iaitu pengasuh yang lebih kurang 20 minit dari rumah saya. Jadi sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh saya akan dengar radio IKIM dan ajar anak sedekah Al- Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa, adik beradik dan keluarga.

Saya bagi ayat pendek sahaja sebab sesuai la dengan umur mereka kan. Tapi untuk saya, saya adakan sedekahkan Al-Fatihah kepada diri sendiri, kedua-dua ibu bapa, suami dan anak-anak, adik beradik, saudara mara yang masih hidup atau telah meninggal dunia, sahabat-sahabat, guru-guru dan seluruh umat manusia dia atas muka bumi ini sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Pastu saya juga sedekahkan apa-apa bacaan untuk semua orang.

Kalau saya tidak mengejar masa. Saya akan ke rumah mak ayah saya untuk salam dan cium mereka. Rumah mak ayah saya dekat sahaja dalam 15 minit sahaja dari rumah. Jadi sepanjang perjalanan ke pejabat itulah rutin harian saya. Tapi tidak dinafikan, ada juga saya tidak baca sebab ada kekangan lain. Tapi kebiasaanya inilah yang saya selalu buat. Di samping itu, dalam saya akan sedekahkan wang hatta RM1 kepada sesiapa yang memerlukan dan niatkan supaya pahala sedekah ini bantu aku semasa viva.

Baik, dari segi pengurusan masa pula terbahagi kepada 2 yang paling utama iaitu keluarga dan tesis. Saya akan ke pejabat untuk menyiapkan tesis dan sedaya upaya menyiapkan kerja-kerja tesis yang perlu diselesaikan. Apabila balik ke rumah, saya memang akan memberi fokus kepada keluarga sahaja. Saya akan sedaya upaya tolak tepi hal-hal di pejabat.

Balik rumah terus saya akan masak untuk makan malam, kemas rumah, mandikan anak-anak, solat berjemaah, ajar anak mengaji atau baca al quran. Selepas solat saya akan bagi perhatian kepada anak-anak dan suami, antaranya bercakap dengan mereka, membantu mereka siapkan kerja sekolah. Selepas itu saya akan bagi mereka menonton televisyen sekejap dan tidur. Biasanya kami akan tidur jam 10 atau 11. Bergantung juga kepada keadaan..

Bagi pengurusan tesis pula, setelah saya mengikuti Program Dr.Roket bermula NUT pada 29-31 Ogos 2020, saya cuba bangun awal pagi dan berhubung dengan Allah dahulu sebelum menyiapkan kerja-kerja tesis. Program Dr. Roket sangat banyak di mana kita boleh work in peace (WIP) atau slot in. Walaupun pada mulanya, agak kekok. Tetapi lama kelamaaan alhamdulilah WIP dan Slot in ni bukan sahaja untuk tesis malah untuk kehidupan harian.

Sebulan sebelum viva, persediaan yang saya buat adalah siapkan slide viva, baca full tesis bab demi bab, senaraikan soalan spot dan praktis lagi dan lagi. Alhamdulillah semenjak sertai tim Dr. Roket, saya kenal dan tahu apa itu mock viva dan thesis talk, alhamdulillah saya sempat buat 3 kali mock viva dengan group platinum 5.2 dan 1 kali dengan group waiting viva. Syukur sangat Allah tunjuk jalan asbab sertai program Dr Roket. Saya juga sempat buat sekali tesis talk. Alhamdulillah ianya membantu saya buat persediaan lebih awal kerana saya viva online pada 26.2.2021 itu. Jadi benda ini sedikit sebanyak membina keyakinan saya.

Pada hari vivanya, saya banyakkan solat dan zikir serta mesej mohon maaf kepada semua orang. Sebelum saya keluar rumah, saya minta maaf dengan suami dan anak-anak serta mohon doa supaya dipermudahkan viva masa viva hanya dua jam. Satu jam sebelum bermula viva, saya solat sunat, solat zohor dan solat hajat mohon dipermudahkan buat kali terakhir serta bertawakkal di mana aku serahkan segala urusan vivaku kepada Mu ya Allah, sesungguhnya engkau lebih mengetahui mana yang terbaik untukku. Amin..

Semasa viva, alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Masa viva tepat 2 jam dan pemeriksa sangat-sangat supportive dengan tidak bertanyakan banyak soalan, malah banyak memberi cadangan untuk penambahbaikan tesis. Pemeriksa saya memberitahu saya bahawa dia percaya dan yakin memang saya yang melakukan kajian. MasyaAllah tabarakallah, dia yang maha berkuasa syukur saya LULUS VIVA TEPAT JAM 4.50 PETANG. SYUKUR YA ALLAH.

Alhamdulilah. Berkat usaha, doa dari semua orang di sekeliling saya, doa mak ayah, suami anak-anak, rakan-rakan penyelia, termasuk Dr. Roket dan geng platinum akhirnya saya berjaya LULUS. SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR.”

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x