Formula Platinum adalah Hidayah daripada Allah SWT
Kata-kata Dr. Roket ini mengingatkan kita semua bahawa apa sahaja ilham yang kita perolehi, semuanya adalah milik Allah Ta’ala. Tiada yang kita punya, sebaliknya dengan izin Yang Maha Esa kita mendapat idea-idea bernas sebelum berupaya melaksanakan tindakan-tindakan betul.
Dekatkanlah diri dengan-Nya agar anda meletakkan harapan sepenuhnya kepada-Nya.
Ini menjadi rahsia kelangsungan pengajian PhD Puan Liyana ‘Adilla Burhanuddin, tatkala berada jauh dari tanah air. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian PhD bidang telekomunikasi di King’s College London.
Beliau tetap bersedia memanfaatkan kepakarannya kepada tanah air, agama dan masyarakat, yang terbaru beliau berjaya menerbitkan artikel berjudul ‘5G Kunci Lancarkan Pancaran Langsung’ didalam akhbar Berita Harian.
Cabaran Puan Liyana ‘Adilla tatkala berhijrah seorang diri semasa tahun pertama pengajian, memerlukan kekuatan rohani, fizikal dan spiritual yang tinggi.
Ini kerana, beliau juga terpaksa beradaptasi dengan bahasa, sistem pendidikan dan budaya asing selain perjalanan pergi dan balik Universiti yang memakan masa 2 jam. Cabaran ini membuatkan beliau berasa keseorangan kerana tidak menemui rakan seperjuangan senegara ketika itu.
Syukur kepada Allah, beliau bertemu dengan Dr. Roket ketika virtual online seminar Nak Ubah Tesis (NUT) berlangsung pada 22 Mac 2020.
Beliau mempraktikkan sepenuhnya tausiah kerohanian Dr. Roket dengan menitik beratkan solat dan Al-Quran, rajin mengikuti program keagamaan dan beramal dengan ilmu agar lebih dekat dengan Allah Ta’ala.
Selepas mengikuti NUT, corak pemikiran beliau kian berubah dan memandang tesis itu mudah sebenarnya.
Puan Liyana juga lebih positif dalam menempuhi cabaran kehidupan dan akademik, malah pengurusan masa lebih tersusun, hubungan dengan Allah Ta’ala dan juga keluarga semakin akrab semenjak mempercayai proses dan pesanan Dr. Roket secara online.
Berkat tidak bersikap skeptikal terhadap Dr. Roket dan selepas itu menyertai seminar Roket Intensive Class (RIC 1) pada 24-26 April 2020, beliau berjaya menyiapkan deraf tesis yang pertama.
Momentum penulisan beliau mula meningkat semenjak bersama rakan seperjuangan circle group positive Dr. Roket, hingga mampu menulis 6 halaman tiap hari.
Puan Liyana kini lebih fokus untuk mencapai impian beliau setelah bergelar Dr. akademik kelak, antaranya mahu menjadi pakar dalam bidang Wireless Communication & Drone.
Beliau kini berhasil menyiapkan 15 deraf dalam masa 80 hari sahaja. Beliau lebih yakin menghadapi cabaran dan percaya ada solusi menanti jika melakukan tindakan-tindakan betul Dr. Roket.
“Saya sudah tidak berasa keseorangan lagi didalam perjalanan PhD dan saya yakin dapat hasilkan PhD yang berkualiti. Terima kasih tidak terhingga buat Dr. Roket dan tim, kerana adakan 1st virtual online seminar NUT dan membolehkan kami pelajar luar negara turut serta.
Melalui platform inilah, saya dapat circle group positif yang sama-sama membantu menaikkan semangat dan berkongsi ilmu. Dr. Roket juga tidak lokek berkongsi ilmu strategi perjalanan PhD, bahkan juga perancangan kehidupan selepas graduasi dan memberi galakan untuk menyumbang kepada ummah”.