Kebimbangan kebanyakan calon Master PhD yang mendakwa bahawa bilik Viva itu menakutkan ternyata tidak benar. Perasaan gementar itu tetap ada, namun beliau masih boleh kekal tenang dan bersyukur. Beliau yakin dan berserah kepada Allah sebagai penentu terbaik.
Menurut wanita, salah seorang Pensyarah UiTM Perak, anak jati Kulim, Kedah ini, sebenarnya beliau turut berhadapan dengan pelbagai cabaran akademik dan kehidupan yang silih berganti.
Beliau yang telah menyambung PhDnya selama 2 tahun 6 bulan secara sambilan rupanya telah mulakan pengajian dengan mindset yang salah.
Keadaan itu rupanya telah memberi kesan buruk, bukan sahaja untuk kehidupan, malah dalam penulisan tesis beliau. Beliau bernasib baik kerana mendapat cuti. Namun apa yang berlaku, setelah mendapat cuti, tesis tetap tidak berjalan.
Cabaran untuk fokus, mengekalkan momentum dan motivasi serta pengurusan masa yang tidak terurus antara PhD, pekerjaan, dan komitmen yang lain.
Ya, bukan mudah sebenarnya untuk calon Master PhD menyeimbangkan antara kerja-kehidupan, bertambah lagi komitmen akademik.
Bukan itu sahaja, beliau turut mengalami beberapa penyakit serius selama bertahun-tahun kesan daripada kebimbangan beliau tidak dapat menyiapkan tesis.
Dengan kerisauan beliau yang sangat kuat untuk menyiapkan tesis yang tidak menampakkan sinar, Puan Izani mula mengalami masalah kemurungan dan gastrik yang amat membimbangkan sehingga tahap muntah hijau. Secara tidak langsung beliau semakin hilang keyakinan dan minat untuk meneruskan PhD dan berazam untuk berhenti.
Asbab komitmen beliau yag sangat tinggi dengan mengikuti apa yang diajar dan dibimbing untuk siapkan tesis cepat kurag 6 bulan didalam kelas Roket Intensive Class (RIC 1), tesis serta titik noktah bahagia PhD Journey beliau mula menampakkan sinar.
Alhamdulillah, Kesihatan fizikal dan mental beliau mula pulih dan membuatkannya berasa gembira dan hidup “stress free”.
Subhanallah, Amazing kan, cuba anda lihat asalnya 2 tahun lebih tak nampak bayang tesis dan bagaimana untuk tamatkan pengajian dengan lebih bahagia, Alhamdulillah selepas NUT, perubahan dan peningkatan luar biasa berlaku pada tesis beliau. Tahniah!
Dengan hanya menghadiri seminar NUT, dapat mengubah mindset beliau daripada negatif ke positif. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mempelajari pelbagai teknik dan strategi orang super sibuk seimbangkan antara Belajar (Master PhD) dan Komitmen Kehidupan dan Kerja.
Puan Izana amat bersyukur kepada Allah kerana memperkenankan doanya sewaktu mengerjakan umrah. Nak dijadikan cerita, Iklan FB Ads Dr Roket berlalu di wall FB beliau dan beliau mula mengikuti Morning Doc setiap 7.45am. Pada masa yang sama, beliau telah diperkenalkan oleh rakannya Fazidah Hanim tentang Dr. Roket pada saat yang paling ideal dan sentiasa percaya bahawa Allah tidak pernah salah dalam pengaturan kehidupan.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan – rakan dan “support group” luar biasa didalam Circle Platinum Dr Roket yang telah ditemuinya di NUT dan RIC 1. Hubungan yang lebih erat terjalin dengan keluarga dan rakan-rakannya menjadikan hidupnya lebih bermakna.
“Dr Roket akan melakukannya kerana semangatnya untuk membantu pemegang PhD mencapai lebih banyak perkara dalam kehidupan, tidak kira apa atau bagaimana,” tegas Dr Nor Izana Mohammed Shobri.
Sebagai Platinum Premier Dr Roket, beliau turut berterima kasih kepada Dr Khairul a.k.a Dr Roket, Dr Mardiana, dan Team Dr Roket asbab guidance dan pemantauan rapat yang diberikan telah mengubah perjalanan PhD beliau yang asalnya mahu quit PhD kepada VIVAlicious yang indah. Malah persepsi beliau tentang PhD juga turut berubah.
Sama-sama kita doakan agar (Dr) Izana dipermudahkan segala urusan, diberi kebahagiaan Dunia Akhirat dan terus menyumbang untuk ummah dimasa hadapan insyaAllah.
Gambar Cik Puan Izana selepas sesi Viva.
Untuk menonton semula sesi Terjah Viva boleh tonton disini (Minit- 1:15:40): https://www.facebook.com/drkndrroket/videos/638728194208984
Jemput ke seminar Nak Ubah Tesis (NUT) yang terdekat. Daftar segera» 019-4588003