KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ Disertasi / Tesis Viva ~ Mohd Farid bin Omar, Master UTM
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 28 November 2025 iaitu Tuan Mohd Farid Bin Omar.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Tuan Mohd Farid atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.
NAMA:
Tuan Mohd Farid Bin Omar.
BIDANG:
Pegawai Penyelidik.
UNIVERSITI:
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
NAMA PENYELIA:
1. Prof. Ir. Dr. Mohamad Huzaimy Jusoh (SV)
2. Ts. Dr. Fatimah Zaharah Ali (Co-SV)
TAJUK KAJIAN:
Lora-Based Ground Sensor Terminal For L-Band Satellite IOT Applications.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kemajuan aplikasi Internet Satelit memerlukan terminal darat berkuasa rendah yang mampu menghantar data dari kawasan terpencil. LoRa menawarkan jarak jauh dan penggunaan tenaga rendah, manakala Iridium menyediakan capaian global melalui L-band. Namun, integrasi kedua-dua teknologi ini masih kurang diterokai. Kajian ini membangunkan dan menilai GST berasaskan LoRa–Iridium bagi memastikan penghantaran data yang stabil, cekap dan boleh dipercayai dalam pelbagai keadaan sebenar.
Kajian menunjukkan GST yang dibangunkan mampu beroperasi stabil dengan jarak LoRa sehingga beberapa ratus meter dan uplink Iridium dengan margin pautan sekitar 6–7 dB. Pengujian lapangan membuktikan hubungan antara RSSI dan kelewatan transmisi, di mana isyarat lemah meningkatkan latency. Prestasi keseluruhan mengesahkan GST sesuai untuk aplikasi IoT satelit berkuasa rendah dalam persekitaran sebenar.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA
Penyelidikan masa hadapan boleh menumpukan kepada penambahbaikan autonomi GST melalui algoritma adaptif bagi mengoptimumkan parameter LoRa dan pengurusan kuasa secara dinamik. Integrasi antena berkecekapan tinggi, penggunaan satelit orbit rendah lain seperti Swarm atau Astrocast, serta ujian jangka panjang dalam pelbagai persekitaran juga dicadang untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan skalabiliti sistem dalam aplikasi industri sebenar.
Terima kasih kepada Tuan Mohd Farid Omar atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

















