KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ Disertasi / Tesis Viva ~ Dr. Suhaida Mohd Sahid, PhD USM
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 01 Oktober 2025 iaitu Dr. Suhaida binti Mohd Sahid.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Asma binti Adnan atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.
NAMA:
Dr. Suhaida binti Mohd Sahid.
BIDANG:
Pendidikan Sejarah.
UNIVERSITI:
Universiti Sains Malaysia (USM).
NAMA PENYELIA:
1. Prof Madya Dr. Shahabuddin bin Hashim.
TAJUK KAJIAN:
Meneroka Pengetahuan, Sikap dan Amalan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Dalam Kalangan Guru Sejarah.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) telah digariskan dalam kurikulum Sejarah bagi memperkukuh pemahaman dan membentuk pemikiran kritis, analitis serta empati murid. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan guru didapati masih sederhana, menyebabkan penerapan KPS kurang berkesan dalam PdP. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk meneliti secara mendalam pengetahuan, sikap dan amalan guru Sejarah terhadap pelaksanaan KPS. Kajian mendapati pengetahuan guru Sejarah terhadap KPS berada pada tahap sederhana, khususnya aspek isi kandungan, manakala. Sikap positif dan amalan baik guru mencerminkan keberkesanan pelaksanaan KPS, namun masih memerlukan penambahbaikan berterusan. Guru Sejarah mengamalkan KPS melalui strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar dan teknologi bagi menjadikan PdP lebih interaktif. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran seperti kekangan masa, tahap penguasaan murid, serta keterbatasan prasarana menjadi cabaran utama guru dalam melaksanakan KPS.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA
Kajian kuantitatif melibatkan populasi yang lebih banyak, kajian pelbagai sudut yang lebih besar seperti pengalaman guru dan pengkhususan bidang. Seterusnya melibatkan jenis sekolah lain dan pembangunan modul pengajaran berkaitan KPS.
Terima kasih kepada Dr. Suhaida atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻



![Roket Research Diary (RRD) [Pre Order]](https://drroket.com/wp-content/uploads/2021/04/photo_2026-02-07_12-32-37-300x300.jpg)













