KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ Dr. Sabarina Abdul Hamid, PhD UniKL

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 5 Ogos 2025 iaitu Dr. Sabarina Binti Abdul Hamid.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Sabarina atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.

NAMA:

Dr. Sabarina binti Abdul Hamid.

BIDANG:

Electrical and Electronics Engineering.

UNIVERSITI:

Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

NAMA PENYELIA:

1. Dr. Muhammad Nubli bin Zulkifli (SV).

2. Prof. Dr. Azman Jalar (UKM) (Co-SV).

3. Dr. Wan Nursheila binti Wan Jusoh (UniKL MIAT) (Co-SV).

TAJUK KAJIAN:

Characterizing the Electrical, Microstructure, and Micromechanical Performance of Ultrasonic Aluminium Bonds on Molybdenum Back Contact Layer of Cigs Thin Film Photovoltaic Solar Panel.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Kajian ini memfokuskan kepada pencirian prestasi elektrik, mikrostruktur dan mikromekanikal bagi ikatan aluminium ultrasonik pada lapisan belakang molibdenum dalam panel solar filem nipis CIGS. Kesan Ujian Ketahanan Suhu Tinggi (HTS) selama 800 jam menunjukkan evolusi zarah Fe, pertumbuhan saiz zarah dan penyusutan kekerasan, yang menjejaskan kebolehpercayaan sambungan. Kajian ini memberi sumbangan penting terhadap pemahaman hubungan antara struktur mikro dan sifat mekanikal untuk meningkatkan prestasi sambungan dalam aplikasi tenaga boleh diperbaharui.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

Penggunaan kaedah pencirian lanjutan seperti EBSD (Electron Backscatter Diffraction) atau TEM untuk memahami mekanisme deformasi dan pertumbuhan zarah dengan lebih terperinci.

Terima kasih kepada Dr. Sabarina Abdul Hamid atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Select your currency
BND Brunei dollar
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x