KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Nur-Amanina, PhD UM
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 30 Jun 2025 iaitu (Dr) Nur-Amanina bt Syariff Tan.
Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Nur-Amanina atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.
NAMA:
(Dr) Nur-Amanina bt Syariff Tan.
BIDANG:
Perubatan (Fisiologi).
UNIVERSITI:
Universiti Malaya (UM).
NAMA PENYELIA:
1. Prof. Dr. Naguib bin Salleh.
2. A/P Dr. Giribabu Nelli.
TAJUK KAJIAN:
Investigating the Mechanisms Underlying the Effect of Vitamin D Deficiency on Sperm Paramaters and Testicular Functions in Obese Mice.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kadar kesuburan lelaki secara global menunjukkan penurunan yang membimbangkan, sejajar dengan peningkatan mendadak dalam prevalens obesiti dan kekurangan vitamin D. Obesiti telah dikenal pasti sebagai faktor risiko utama bagi ketidaksuburan lelaki, manakala kekurangan vitamin D turut dikaitkan dengan gangguan fungsi pembiakan. Namun, interaksi antara kedua-dua faktor ini masih kurang diterokai dalam konteks kesuburan lelaki.
Kajian ini menunjukkan bahawa kekurangan vitamin D memburukkan lagi gangguan kesuburan dalam tikus jantan obes, melalui penurunan parameter sperma, kerosakan mitokondria, gangguan integriti penghalang darah-testis, serta penurunan ekspresi VDR dan enzim metabolisme vitamin D di testis. Mekanisme ini turut melibatkan gangguan dalam laluan isyarat RANK/RANKL/OPG, menandakan peranan penting isyarat genomik vitamin D dalam mengekalkan fungsi testis di bawah tekanan metabolik.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
To explore other male reproductive organs beyond the testis, to investigate other possible molecular pathways that may be affected, to investigate effect of vitamin D supplementation following a deficiency state.
Terima kasih kepada (Dr) Nur-Amanina atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻



![Roket Research Diary (RRD) [Pre Order]](https://drroket.com/wp-content/uploads/2021/04/photo_2026-02-07_12-32-37-300x300.jpg)













