KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ Dr. Noor ‘Adilah, PhD UKM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 16 Oktober 2025 iaitu Dr. Noor ‘Adilah.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Noor ‘Adilah atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.

NAMA:

Dr. Noor ‘Adilah binti Kamarudin.

BIDANG:

Kesihatan dan Masyarakat.

UNIVERSITI:

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

NAMA PENYELIA:

1. Prof. Dr. Sharifah Ezat Wan Puteh (SV)

2. Prof. Dr. Mohd Rizal Abd Manaf (Co-SV)

TAJUK KAJIAN:

Forecasting of Cardiovascular Disease Event Among Diabetes Mellitus and Non Diabetes Mellitus Patients in Malaysia Public Hospital Using Holt-Winter Model.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Penyakit kardiovaskular adalah beban utama kesihatan awam khususnya apabila wujud bersama diabetes mellitus. Kajian ini bertujuan untuk menganggarkan kos Perubatan dan meramal impak ekonomi dalam sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia bagi tempoh 10 tahun. Kos langsung dianggarkan, manakala unjuran masa hadapan dibuat menggunakan model pemulusan eksponen Holt-Winter menggunakan perisian R. Faktor yang mempengaruhi kos dianalisis menggunakan Model Linear Umum (GLM) dengan taburan Gaussian songsang. Sebanyak 35.2% daripada keseluruh pesakit CVDE melibatkan pesakit diabetes dengan infarksi Myocardial dan strok cerebrovascular sebagai diagnosis paling kerap. Atherosclerosis mencatatkan kos median tertinggi bagi setiap kes (RM6,186.15). Pada tahun 2020, jumlah kos CVDE mencecah RM673.38 juta bersamaan 0.0475% dari KDNK negara. Unjuran pada tahun 2030 mendapati kenaikan sebanyak 38% iaitu RM1.4billion.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA

Cadangan untuk menggunakan model ini bagi mengunjurkan penyakit lain di Malaysia dan memasukkan unsur (variable) lain seperti faktor cuaca, sosio-ekonomi dan keadaan semasa negara pada masa itu.

Terima kasih kepada Dr. Noor ‘Adilah atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x