KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Maznah Ramli, PhD USM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 06 Februari 2026 iaitu (Dr) Maznah Ramli.

Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Maznah Ramli atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.

NAMA:

(Dr) Maznah binti Ramli.

BIDANG:

Bimbingan dan Kaunseling.

UNIVERSITI:

Universiti Sains Malaysia (USM).

NAMA PENYELIA:

1. Dr. Nurul Fazzuan bin Khalid (SV)

2. Ts. Dr. Rozniza binti Zaharudin (Co-SV)

TAJUK KAJIAN:

Pembinaan dan Kesan Modul Terapi Dulang Pasir (B-TED) Terhadap Regulasi Emosi Murid Autisme.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Kajian ini adalah membangunkan Modul Bimbingan Terapi Dulang Pasir (B-TED) bagi menangani masalah regulasi emosi murid autisme yang sering menjejaskan tingkah laku, fokus dan penyesuaian sosial di sekolah. Berasaskan Model Sidek, teori CBT dan regulasi emosi Gross, modul dibina secara sistematik dan divalidasi pakar. Hasil kajian menunjukkan Modul B-TED mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan tinggi serta berkesan meningkatkan ketenangan emosi, kawalan tingkah laku, fokus pembelajaran dan kepatuhan murid autisme secara signifikan.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA

Kajian boleh diperluaskan kepada murid di PPKI yang lain seperti Sindrom Down, lembam dan sebagainya.

Terima kasih kepada (Dr) Maznah Ramli atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x