KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ Dr. Fauzana Ismail, DBA UiTM
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 22 Ogos 2025 iaitu Dr. Fauzana Ismail.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Fauzana Ismail atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.
NAMA:
Dr. Fauzana Ismail.
BIDANG:
Business and Management.
UNIVERSITI:
Universiti Teknologi MARA (UiTM).
NAMA PENYELIA:
1. Prof. Dr. Norzanah binti Mat Nor.
2. Assoc. Prof. Dr. Muhammad Saiful Anuar bin Yusuff.
TAJUK KAJIAN:
The Influence of Attitude, Subjective Norm, Perceived Behavioural Control and Wasiyyah Knowledge on Wasiyyah Decision Among Muslim Individual Testators in Kelantan; The Mediating Role of Islamic Legacy Planner.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kajian berdasarkan 5 teras utama dalam Islamic financial planning iaitu wealth generation, accumulation, protection, purification dan wealth distribution. Saya memilih wealth distribution (pengagihan harta) dalam kajian dan memfokuskan Islamic legacy planning dan mengaplikasi instrumen wasiyyah. Kajian saya menggunakan teori TPB untuk memeriksa hubungan/pengaruh sikap terhadap keputusan berwasiat di kalangan pewasiat di Kelantan. Kajian ini dibuat kerana pentingnya untuk mengkaji isu harta beku/tak dituntut yang semakin meningkat saban tahun dan masyarakat Islam tidak ramai menulis Wasiyyah perancangan harta awal melalui dokumen wasiyyah di samping tumbuhnya banyak syarikat2 amanah yang menawarkan perkhidmatan perancangan harta. Peranan Islamic Legacy Planner (ILP) dijangka dapat membantu untuk merancakkan masyarakat Islam berwasiat. Walaubagaimanapun hasil kajian menunjukkan hanya sikap positif pewasiat sendiri sahaja yang signifikan menyebabkan seseorang itu membuat keputusan berwasiat. Faktor2 lain tidak signifikan. Manakala peranan ILP hanya signifikan secara direct untuk membantu dan memudahkan pewasiat membuat keputusan berwasiat dan ILP sebagai mediator (indirect) tidak signifikan terhadap keputusan berwasiat. Ini menunjukkan realiti sebenar industri perancangan pusaka bahawa hanya apabila seseorang itu mempunyai sikap positive attitude, mereka terdorong untuk berwasiat dan begitu juga peranan ILP adalah sebagaimana kita akui akan merealisasikan keputusan tersebut melalui intention kepada action dan bukannya melalui perantara yang wujud dari tingkah laku seseorang.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
Cadangan untuk dibuat kajian di Malaysia secara menyeluruh dan dibuat secara mixed method tambahan qualitative secara interview kepada pewasiat untuk lebih dekat dan jelas kehendak mereka sebenar.
Terima kasih kepada Dr. Fauzana Ismail atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻



![Roket Research Diary (RRD) [Pre Order]](https://drroket.com/wp-content/uploads/2021/04/photo_2026-02-07_12-32-37-300x300.jpg)













