KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ Dr. Fatihatul Zuriati, PhD UniKL
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 05 Ogos 2024 iaitu Cik Puan Fatihatul Zuriati binti Makmon.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Cik Puan Fatihatul Zuriati yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya..
Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.
NAMA:
Cik Puan Fatihatul Zuriati binti Makmon.
BIDANG:
Electrical and Electronics Engineering.
UNIVERSITI:
Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
TAJUK KAJIAN:
Development of Graphene Biosensor for Early Lung Cancer Detection.
NAMA PENYELIA:
1. Dr Mohd Azraie Mohd Azmi (UniKL)
2. Dr. Noor Azlina Masdor (MARDI)
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kadar peningkatan penyakit kanser paru-paru semakin meningkat dan membimbangkan di seluruh. Di Malaysia, kanser paru dikenal pasti paling tinggi pada tahap ke 3 dan ke 4 dalam kalangan lelaki, berumur lingkungan 60-74 tahun ke atas, dan perokok tegar.
Pengesanan awal biasanya dilakukan menggunakan teknik pengimejan dan dapat mengenal pasti seawal tahap II. Namun, teknik ini tidak dapat mengesan kehadiran biomarker kanser paru-paru.
Pada kebiasaannya, biomarker kanser paru-paru dikenalpasti melalui teknik Enzyme linked immunosorbeny assay (ELISA). Namun teknik ini perlu dilakukan di dalam makmal, dan memerlukan pakar untuk lakukan ujian tersebut.
Selain itu, masa yang diperlukan untuk memperolehi keputusan adalah sekitar 10 hari. Justeru, dengan menggunakan teknik elektrokimia immunosensor dapat mempercepatkan, lebih sensitif dan selektif bagi menghasilkan keputusan yang terbaik.
Teknik elektrokimia immunosensor adalah replikasi teknik elisa, mudah alih dan dapat dilakukan ujian di mana-mana. Ia berupa sejenis strip. Kini, kebanyakan strip karbon yang digunakan mempunyai keupayaan elektrik yang rendah.
Justeru, nanomaterial contohnya grafin yang digunakan dalam kajian tersebut dapat mengatasi masalah tersebut. Grafin pada stuktur asal tidak mempunyai band gap. Band gap ini diperlukan untuk aruhan elektrik.
Justeru, kajian ini memfokuskan untuk membuka band gap pada grafin nanomaterial yang digunakan dalam saduran papan karbon tercetak.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
1. Menghasilkan papan skrin tercetak sendiri. Kajian ini menggunakan papan skrin tercetak komersil.
2. Menambah beberapa parameter characterisation kajian iaitu transmission elektron mikroskopi untuk mengkaji stuktur atom interaksi, zeta potential untuk mengetahui caj yang dihasilkan oleh setiap interaksi dalam cecair dan photoelektron untuk menganalisa komponen bahan kimia yang hadir.
Terima kasih kepada Cik Puan Fatihatul Zuriati atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻