KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Amnah Maktar, PhD Kaunseling
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 18 Ogos 2024 iaitu (Dr) Amnah Maktar.
Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Amnah Maktar yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.
Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.
NAMA:
(Dr) Amnah Maktar.
BIDANG:
PhD Kaunseling.
UNIVERSITI:
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
TAJUK KAJIAN:
Kesan Intervensi Kaunseling Integrasi Terapi Realiti-Tazkiyah Al Nafs (TR-TAN) Terhadap Ihsan Kendiri Remaja Bermasalah Kesihatan Mental.
NAMA PENYELIA:
1) Dr Mohd Suhadi Mohamed Sidik.
2) Prof Madya Dr Fatahyah Yahya.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Peningkatan masalah kesihatan mental remaja yang semakin membimbangkan.
Intervensi kaunseling sedia ada belum menyeluruh dalam aspek spiritual.
Kajian ini mengkaji tentang intervensi integrasi kaunseling Barat dengan pendekatan spiritual dalam meningkatkan tahap ihsan kendiri remaja yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Manual Intervensi Kaunseling Integrasi Terapi Realiti-Tazkiyah Al Nafs (TR-TAN) yang dihasilkan adalah pendekatan holistik yang menggabungkan elemen kognitif, afektif, psiko-fizikal serta aspek spiritual.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
• Lakukan replikasi kajian dalam populasi yang berbeza.
• Lakukan perbandingan intervensi ini dengan intervensi lain untuk melihat kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Terima kasih kepada (Dr) Amnah Maktar atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻