KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ Dr. Adillah Ramly, PhD UPSI

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 12 November 2025 iaitu Dr. Adillah Ramly.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Adillah Ramly atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.

NAMA:

Dr. Nur Adillah Ramly.

BIDANG:

Early Childhood Care and Education (ECCE).

UNIVERSITI:

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

NAMA PENYELIA:

1. Prof. Madya Dr. Halim Masnan (SV)

2. Dr. Syaubari Othman (Co-SV)

TAJUK KAJIAN:

Pembangunan Modul Pengajaran Akhlak Nabawiyyah (ANa) bagi Pembentukan Akhlak Murid Tadika.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pengajaran Akhlak Nabawiyyah (ANa) bagi menyokong pembentukan akhlak murid tadika. Modul ini dibina berasaskan nilai-nilai akhlak Rasulullah SAW dan disesuaikan dengan tahap perkembangan awal kanak-kanak. Fokus utama kajian ialah menilai kebolehgunaan modul sebagai alat bantu guru dalam menyampaikan pendidikan akhlak secara lebih sistematik, berkesan dan berstruktur di peringkat prasekolah.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

Kajian ini membuka ruang untuk penyelidikan lanjutan dalam menilai keberkesanan Modul Pengajaran Akhlak Nabawiyyah (ANa) terhadap pembentukan akhlak murid melalui reka bentuk kuasi-eksperimen, memperluas modul kepada nilai akhlak lain seperti amanah dan jujur, serta membangunkan modul latihan guru (Training of Trainers – ToT) bagi memastikan pelaksanaan konsisten di lapangan. Kajian akan datang juga boleh meneroka penggunaan teknologi pendidikan seperti aplikasi interaktif atau realiti tambahan (AR/VR) dalam pengajaran nilai Islam, serta mengadaptasi modul ini untuk konteks antarabangsa dan bukan Islam dengan mengekalkan nilai sejagat seperti sabar, rajin dan penyayang tanpa mengubah asas Islamik modul.

Terima kasih kepada Dr. Adillah Ramly atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x