KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ Cik Puan Noorshafeeqah Noorazman, Master IIUM
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 13 Ogos 2024 iaitu Cik Puan Noorshafeeqah Noorazman.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Cik Puan Noorshafeeqah Noorazman yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya..
Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.
NAMA:
Cik Puan Noorshafeeqah Noorazman.
BIDANG:
Master of Arts of Teaching Arabic as Second Language.
UNIVERSITI:
International Islamic University Malaysia (IIUM).
TAJUK KAJIAN:
تصميم الدرس النموذجي باستخدام إد بازل() وفاعليته في تعليم مهارة الاستماع لدى الطلبة الناطقين بغير العربية في الجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا
NAMA PENYELIA:
1. Assoc. Prof. Dr Mohd Feham bin Md Ghalib.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kemahiran mendengar adalah kemahiran pertama manusia sejak dalam janin ibu yang menjadi tunjang asas penguasaan bahasa dan kemahiran-kemahirannya.
Kajian ini memilih kemahiran mendengar sebagai fokus asas, Edpuzzle sebagai wasilah pengajaran dan kaedah audio-visual dalam pengajaran.
Kajian dibuat kepada pelajar-pelajar di pusat bahasa, pusat asasi uiam dengan penggunaan tiga elemen yang disebutkan.
Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga ini sangat membantu guru dan pelajar dalam menguasai kemahiran tersebut.
Kajian juga menyediakan strategi dan langkah-langkah sebagai panduan untuk guru menghasilkan satu modul yang efektif.
Beberapa hipotesis dibuktikan dengan kajian ini menunjukkan keberkesanan edpuzzle dalam mengajar bahasa arab sebagai bahasa kedua.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
Audio visual untuk membantu pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Penggunaan web 2.0 tools yang lain sebagai wasilah pengajaran.
Terima kasih kepada Cik Puan Noorshafeeqah Noorazman atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻