fbpx Skip to main content
search
0
Cik Puan Shaliza Jumahat

Cik Puan Shaliza Jumahat merupakan anak kelahiran negeri Pahang dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa sambil melakukan PhD dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Elektronik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ibu kepada 5 orang anak ini pernah bertugas sebagai seorang pensyarah pada 10 tahun lalu. Beliau merupakan alumni sekolah menengah sains Dungun, Terengganu dari tingkatan 1 hingga lah tingkatan 5. Sejak matrikulasi sehingga menyambung pengajian pada taraf PhD, beliau tetap setia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Masa awal-awal semester untuk second Phd ni memang saya ada niat untuk GOT tapi bila berdepan dengan cabaran tu jadi susah”, luah Cik Puan Shazliza. Beliau memberitahu bahawa apabila beliau mula down beliau agak susah untuk bangkit semula. Beliau memberitahu semasa semester ke lima, beliau dalam keadaan tidak tentu arah. Bayangkan sahaja sudah masuk semester ke lima, tesis tidak nampak langsung. Apa yang beliau miliki hanyalah paper yang tidak dihantar lagi.

Untuk pengetahuan PhD di UKM ini merupakan second attempt beliau dalam mencapai title Dr.

Salah satu penyakit kronik yang beliau alami ialah Cik Puan Shaliza menyangkakan perlu menyiapkan lab work dahulu barulah baru boleh menulis tesis. Mindset sebegini adalah salah bagi pelajar Master PhD kerana anda boleh sahaja mula menulis sambil menyiapkan lab work.

Semasa Cik Puan Shaliza mula ikuti Morning Doc sekitar November 2019, beliau mencuba menggerakkan tesis walaupun hanya sebanyak 10 muka surat. Rupa-rupanya penyakit kedua yang beliau alami ialah perfectionist. Apabila mula menulis semua serba tak kena, ada sahaja yang salah beliau dapati di tesis beliau. Kegagalan beliau mengurus masa juga antara factor beliau stuck dalam pengajian PhD. “Saya kan full time house wife, kadang saya overwhelmed dengan kerja rumah” kongsi Cik Puan Shaliza. Akibat terlalu penat menyelesaikan kerja rumah, beliau memilih untuk berehat daripada menulis tesis.  

“Sentiasa menunggu the right time untuk menulis tesis”. Haaaa siapa yang sama dengan Cik Puan Shaliza. Asal nak menulis tesis mesti kononnya ingin berada dalam keadaan yang tenang seperti dekat library, dalam lab, dekat café yang mana tidak mempunyai distraction dari keluarga. Cabaran lain yang beliau hadapi juga adalah gagal dalam menguruskan emosi. Apabila beliau mula berasa down, terus sahaja merasa tidak boleh membuat apa-apa. Terlalu melayan perasaan sehingga lupa ada tesis yang perlu disiapkan.

Cik Puan Shaliza bersama deraf terkini

Kesemua cabaran yang dikongsikan oleh beliau sebelum mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) adalah kegagalan beliau dalam menguruskan distraction dan fokus. Sebelum beliau menjumpai sinar di Seminar NUT hanya mempunyai 10 muka surat. 22 Mac 2020 beliau mula mengikuti NUT yang membawa kepada peningkatan sebanyak 34 muka surat. Peningkatan yang sedikit kerana beliau masih dalam proses betul membetulkan lifestyle dan mind setting beliau. Deraf pertama beliau diperolehi selepas 6 hari beliau mengkuti proses Roket Intensive Class (RIC 1). Proses RIC 2 membawa kepada peningkatan sebanyak 5581 muka surat secara kumulatif

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, terkini beliau mempunai sebanyak 5609 muka surat. Lebih menharukan beliau telah menghantar full thesis untuk tujuan Viva. Proses itu indah jika kita bersama Mentor yang ada result dan circle yang positive. Hebat tak hebat dari 10 muka surat menjadi 5609 hasil beliau komited dengan proses sebagai platinum Dr Roket.

Rahsia seorang platinum Dr Roket adalah Roket Research Diary dan ARMP Chart yang membantu dalam peningkatan deraf demi deraf. “Bila saya berjalan RRD sentiasa menemani saya”, Cik Puan Shaliza. Semua pertemuan beliau dengan penyelia, expert dan rakan niche akan beliau catat di RRD tersebut. Masing-masing ada penyakit dalam Master PhD tetapi pasti juga ada ubat disebalik penyakit tersebut. Hanya tindakan anda yang akan menentukan untuk merawa penyakit itu ataupun biar tenggelam di lautan yang dalam.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x