fbpx Skip to main content
search
0
Infinite ScrollingArtikel Tip

Beli Ph.D Dengan Emosi

By 10/04/2018August 18th, 2023No Comments4 min read
tesis, thesis, Master. Ph.D, Dr Roket

Beli Ph.D Dengan Emosi.
.
Saya buat dan sudahkan Ph.D dengan “emosi” Dr! Lagi kuat emosi lagi laju saya melangkah untuk sudahkan.
.
Itu memang salah satu cara cik puan “Y”. Hari ini orang panggil kenal pasti “Big Y”. Bagaimana cik pn lakukan ye?
.
Saya mulakan Ph.D ni penuh dengan liku-liku. Bermula dari kesusahan hidup sehinggalah kepada cabaran perhubungan sesama manusia.
.
Sebelum saya sambung Ph.D keluarga tidak benarkan. Sebab saya anak sulong. Kata mereka cukuplah belajar tu. Adik-adik kamu ramai. Kamu tak keje siapa nak bantu. Semakin susahlah kita.
.
Dalam hati saya kata benar apa yang mereka risaukan. Kami perlukan kerja bukan sijil lagi. Meletus peperangan besar dengan diri sendiri.
.
Jika kamu terus bekerja dengan jawatan sekarang life tidak akan berubah. Gaji yang sama akan terus dinikmati dalam tempoh yang agak lama.
.
Maklumlah bekerja di kolej swasta memang tiada jaminan. Ekonomi turun naik. Jika geng marketing dan sales duduk terkangkang jer. Memang tersontotlah kami Dr!
.
Jika aku suffer dalam 3 tahun dan selesai Ph.D InsyaAllah hidup akan berubah. Tapi nak buat macam mana ye?Apa peluang yang ada?
.
Dalam diam-diam saya mula mencari peluang biasiswa dan tajaan. Hampir 1 tahun saya mencari.
.
Saya mencuba skim fellow,academic trainee dll tapi semuanya kata bidang awak dan kelulusan awak ni cukup-cukup makan jer. If awak buat Ph.D boleh habis ker!
.
Sindiran itu seperti halilintar memanah seluruh anggota saya. Terbakar satu badan dan mengeluarkan api lahar yang membakar dan mencairkan otak saya. Menggigil tubuh saya bila keluar dari bilik temuduga.
.
Bodoh sangatkah aku?Hina sangatkah aku?
.
Saya nekad untuk sambung belajar menggunakan duit sendiri. Tidak perlu biasiswa. Ikat perut dan buat budget.
.
Saya mula mendaftar diuniversiti “x”. Itu pun secara senyap-senyap. Tidak perlu sesiapa pun tahu.
.
Hampir satu semester aktiviti bawah tanah saya ini tidak dapat dihidu. Saya bekerja seperti biasa cuma ketika hujung minggu dan waktu malam ketika semua adik beradik telah tidur saya selesaikan semua tugasan Ph.D yang perlu.
.
Tiada lagi waktu “yu ya yu ya”!
.
Sehinggalah satu hari adik ternampak tugasan saya diatas meja. Katanya kak long belajar lagi? Bagi tahu mak. Adik berlari memanggil mak. Mak ni kak long punya. Saya mengejar dari belakang dengan hati sedikit ketakutan.
.
Ni apa kak long?
.
Aaa kertas kerja mak.
.
Tapi mak rasa macam ada tulis universiti.
.
Cakap betul-betul kak long.
.
Err sebenarnya kak long dah sambung Ph.D tanpa beritahu mak. maaf banyak-banyak yer mak. Restu kak long ye.
.
Air mata mak mula keluar membasahi pipi. Sambil mengesat dengan baju. Mak beritahu. Mak restu kak long belajar lagi. Mak doakan Allah mudahkan kak long.
.
Saya tidak pasti air mata turun deras dari kelopak mata. Seumpama hujan lebat. Saya memeluk mak dan bisik ketelinganya “mak doakan kak long dapat selesaikan Ph.D ni segera ye. Kak long nak bantu mak dan adik beradik kak long.
.
Sejak dari hari dan saat itu apa saja yang menghalang dan memperlahankan saya dari segera bergraduat saya anggap kecil. Saya cari jalan keluar secepat mungkin.
.
Pernah satu ketika SV tidak mahu bertemu saya . Katanya apa yang awak buat ni “rubbish”! Kertas saya dipangkah disana sini. Akhirnya dibuang.
.
Saya terduduk,otak serabut,rasa S***** yang luarbiasa. Tapi saya buat buat buat. Jumpa lagi SV.
.
Apa penghinaan jalan terus. Aku perlu gembirakan mak dan beri kehidupan yang lebih baik.Ph.D mesti siap! On time.
.
Bila motivasi saya menurun saya bayangkan wajah ibu dan adik beradik. Saya jerit pada emosi saya. “Kau perlu segera ada Ph.D. Mak dan adik perlukan kau! Hidup susah ini perlu segera dinyahkan”
.
Pernah satu ketika ahli keluarga berkumpul bila mereka tahu saya belajar lagi. Mereka mula menyindir. Ko tu bukan cemerlang pun masa sekolah. Buat Ph.D boleh lepas ker?Kalo lepas pun ada kerja ker?Bukan ramai menganggur ker budak Ph.D.
.
Air mata saya akan keluar. Tenaga saya meningkat. Idea saya mencurah-curah. Aku buat ini kerana Mak dan mahu keluar dari kemiskinan! Itulah Big Y saya Dr.
.
Last sekali saya G.O.T Dr…!
.
Ha u all semua macam mana! Ada lagi alasan?
.
Belila Ph.D dengan Bakar emosi. Cari Big Y anda. Jalan terus. Buat Buat buat. Yang lain kamu akan nampak kecil!
.
Jika emosi tak pernah naik. Big Y tak jumpa sejak 2 tahun lepas.

Jawapnya #silameninggal

#DrRoket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x