fbpx Skip to main content
search
0

Bangkit daripada kegagalan dan buktikan anda juga mampu berjaya seperti insan lain. Semangat juang ini menjadikan Puan Adibah Yasmin tetap berpendirian teguh untuk memperolehi PhD biar pernah terluka suatu Ketika dahulu. Ikuti perkongsian beliau ini:

“Saya merupakan pelajar PhD Sains Politik di UKM. Saya sekarang berada dalam semester satu pengajian saya dalam bidang sains politik ini. Sebenarnya ini adalah percubaan PhD saya yang kedua setelah pertama kali gagal pada tahun 2013. Saya merupakan pelajar cemerlang semasa ijazah pertama dengan pointer first class.

Disebabkan itu saya ditawarkan untuk melompat terus ke PhD tanpa mengambil Master. Saya mulakan pengajian saya pada tahun 2013 dan pada tahun 2015 saya ada ujian yang melayakkan saya untuk jadi PhD Candidates, malangnya saya gagal dalam ujian pada tahun tersebut. Lalu saya diminta untuk downgrade ke pengajian Master. Saya ambil PhD bidang politik juga di sebuah universiti tempatan. Masa duit dan tenaga selama 2 tahun itu terbazir begitu rupa dengan kegagalan dalam PhD saya.

Lalu,  pada tahun 2016 saya mulakan dan ambil semangat baru di UKM dalam pengajian Sains Politik. Dan saya berjaya menyiapkan dalam tempoh 1 tahun 7 bulan sahaja iaitu tahun 2018 adalah tahun konvokesyen saya. Dan pada tahun 2020 tahun saya bertekad untuk ambil Kembali PhD tetapi dengan strategi yang baru iaitu saya menyertai program Dr. Roket yang lalu lalang di wall FB saya.

Pada mulanya saya hanya menyertai Morning Doc sahaja dan daripada situ saya menyertai NUT. Daripada seminar NUT lagi banyak progress yang saya dapat kerana diajar pelbagai formula pengurusan tesis dan jadual harian serta slot in masa untuk menulis tesis.

Kemudian saya tidak terlepas juga mengikuti seminar percuma MST. Seminar ini diadakan setiap hari Rabu malam jam 8.30 malam dan ianya sebagai booster energy untuk seminggu saya. Saya sedar saya manusia biasa yang kadangkala semangat nak buat tesis tinggi dan kadangkala rendah.

Tetapi dengan seminar percuma hari rabu, MST ini betul-betul membangkitkan semangat saya untuk Graduate On Time serta melupakan segala negative vibes dan pengalaman PhD pertama yang gagal dahulu. Seminar MST walaupun tidak diajar penuh segala formula yang ada tetapi mampu memberi energy supaya progress PhD saya positif setiap hari.

Kesan yang saya dapat daripada seminar ini sudah tentu saya mampu membuat Tindakan-tindakan betul dengan menggerakkan tesis saya. Saya gembira yang saya mampu progress setiap hari dalam minda yang positif dan berjaya mengawal negative vibes yang muncul. Kini saya yakin saya mampu GOT Alhamdulillah. T.Kasih Dr. Roket dan tim diatas usaha untuk membantu bangsa Posgrad. Amin.”

Bersama mentor yang tepat disamping konsisten dengan Tindakan-tindakan Betul (TTB), Puan Adibah kini lebih berkeyakinan tinggi dan jelas dengan hala tuju pengajianya. Beliau bijak mempraktikkan formula yang beliau pelajari secara percuma untuk mengembangkan penulisan tesisnya. Klik disini untuk meningkatkan semangat juang seperti beliau: http://t.me/drroket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x