fbpx Skip to main content
search
0

Puan Nurul’ain dahulunya pernah meninggalkan tesis hampir setahun lamanya atas sebab tertentu. Namun begitu, beliau tidak sangka dapat menyelesaikan masalah tersebut hanya dengan bermentorkan guru pengurusan Master PhD nombor satu Malaysia. Ikuti pengalaman beliau ini:

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah mempertemukan saya dengan Dr. Roket dan tim,yang telah banyak membuka mata saya untuk melihat banyak kebaikan-kebaikan, bukan sekadar untuk perjalanan Master PhD, bahkan dalam menempuhi kehidupan seharian, Alhamdulillah.

Syukur juga kerana ada program MST, secara percuma pula. Peluang didepan mata, tunggu diri kita sahaja untuk buat tindakan menyertainya. Saya alhamdulillah ikut semua siri tanpa tertinggal.

Banyak yang telah saya pelajari dalam MST terutamanya dari sudut perbaiki corak pemikiran diri sendiri. Untuk berjaya dalam apa saja yang kita buat, kita perlu miliki mindset orang-orang berjaya. Mindset yang positif akan menarik perkara-perkara positif dan apabila perkara positif mengambil tempat dalam minda kita, perkara negatif akan pergi jauh-jauh. Alhamdulillah saya kini semakin positif dan nampak kebaikan-kebaikan anak-anak dan pasangan sedangkan sebelum ini saya asyik mengeluh dan tidak dapat kawal marah. Bahkan sejak saya ubah mindset, urusan harian berjalan dengan sangat lancar, Allahu Akbar. T.Kasih Allah.

Saya alhamdulillah semenjak menyertai program ini,sedikit demi sedikit perubahan yang telah berlaku. Saya kini sudah mampu menulis 1-2 muka surat tesis saya yang sudah hampir setahun sepi tidak disentuh kerana pelbagai tekanan dihadapi. Jika dulu saya takut nak hubungi penyelia, sekarang saya sudah mampu bertanya khabar penyelia, bahkan penyelia membalas dengan doa beliau untuk saya, alhamdulillah. Doa seorang guru biasanya makbul, Insyaallah. Jika dulu saya meluat dan stress dengan tesis, sekarang ni saya tidak sabar-sabar nak berjumpa tesis, umpama orang sedang dilamun cinta begitulah saya dan tesis sekarang, jika sudah lama tidak jenguk rasa resah gelisah.

Selain itu, apabila mindset kita sudah betul, attitude juga akan turut dapat dijaga seperti mana attitude orang-orang yang berjaya. Kita kena belajar dan tiru attitude orang berjaya antaranya work smart and hard, sentiasa awal dalam bertindak, tidak putus asa dan percaya dengan kebolehan diri. Alhamdulillah saya sekarang semakin awal dan sentiasa hendak menjadi lebih baik daripada semalam. Dan nampak hasil sedikit demi sedikit kini.

Namun, semua itu tidak akan dapat dicapai jika kita tidak jumpa proses yang betul untuk bertindak. Cara nak belajar proses yang betul adalah melalui mentor yang betul. Carilah mentor yang betul yang dapat hasilkan result.

Last but not least, Allah lah sebaik-baik tempat pergantungan. Jagalah marketing diri kita dengan Allah SWT, Allah akan bantu kita dengan sangat mudah.  Tiada yang mustahil bagi Allah SWT.  Mohonlah dengan penuh kesungguhan kepada Allah SWT, untuk bantu kita siapkan tesis ,terus mengorak langkah dalam perjuangan hidup ini, dan terus menyumbang kepada ummah.”

Tiada lagi tekanan yang menghalang perkembangan pengajian Puan Nurula’in hari ini. Hasil kepercayaan beliau terhadap pentingnya mindset yang betul, tindakan-tindakan betul beliau kini mula membuahkan hasil positif. Klik disini; http://t.me/drroket  untuk mengetahui lebih banyak corak pemikiran yang tepat seperti beliau!

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x