Ustazah Sahlawati Abu Bakar, sedang menyambung pengajian dalam bidang Tafsir Al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan tenaga pengajar membuatkan beliau perlu bijak memainkan peranan.
Beliau mengambil cuti belajar semata-mata untuk menyambung pengajian, Ustazah Sahlawati Abu Bakar akui kadang-kala keluarga kurang memahami. Ini kerana beliau pernah tertangguh selama satu semester kerana kesibukan tugas sebagai pensyarah. Sepanjang tempoh ini, tesis beliau tidak bergerak sama sekali!
Emosi beliau juga kerap terusik dan mudah menangis sekiranya penyelia memberi komen terhadap hasil kerjanya. Pernah diminta beberapa kali membuat rombakan terhadap penulisannya, ini benar- benar mencabar diri beliau.
Ustazah Sahlawati banyak kali menghadiri kelas berkaitan research method, collect data dan sememangnya akan mencari kelas berkaitan sekiranya mahu belajar. Semasa menyertai NUT, beliau boleh nampak seminar Dr. Roket ini tidak seperti kelas-kelas yang beliau hadiri sebelum ini.
Setelah mengetahui teknik-teknik meningkatkan halaman tesis, beliau bersyukur dan berbangga dengan diri sendiri kerana berjaya siapkan satu deraf. Selepas menyertai RIC 2 dalam temph 3 bulan, Ustazah Sahlawati berhasil menambah hampir 200 muka surat.
Tatkala beliau dapat bimbingan Dr. Roket, beliau semakin arif cara mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang memudahkan kajian beliau. Ustazah Sahlawati kini semakin faham bagaimana menyeimbangkan keluarga, kerjaya dan pengajian dengan mengubah corak pemikiran.
Kini beliau telah menyiapkan 23 deraf dan mula kerap berhubung dengan penyelia untuk menjamin progress tesisnya berkembang. Ingin tahu bagaimana beliau mampu meroketkan deraf yang pada mulanya hanya kosong?
Ikuti sesi temu bual istimewa Ustazah Abu Bakar bersama Dr. Mardiana Mat Ishak disini >> https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/840371623190916