fbpx Skip to main content
search
0

 

 

Kurang dari 48  jam dari posting ini 2018 bakal meninggalkan kita. Meninggalkan sejarah bahawa kita pernah bernafas pada tahun 2018.

.

Bagaimana dengan azam dan impian anda untuk memiliki Ph.D pada 2018. Adakah telah terkulai meninggal sebagaimana masa yang telah pergi? Dan tidak kembali?

.

Benarlah mereka yang memiliki “sesuatu” pada hari ini hasil dari keberanian bertindak dan keputusan “semalam”. Bukan “rasa nak…” Rasa nak tidak mengubah apa-apa.

.

Bagi mereka yang masih belum buat keputusan untuk mengisi dan menghantar borang menjadi calon Master Ph.D ketahuilah saat yang sama pada tahun 2020 anda masih kekal dengan status “rasa ingin mendaftar”!

.

Nasihat saya “padamkan” terus niat tersebut dan teruskan kerja buat anda sedia ada. Tidak perlu baca catatan seterusnya. Bekerja makan minum seperti biasa.

.

Ada benarnya kata-kata ini.

 

“If you don’t build your dream someone will hire you to help build theirs..”

.

Bagi yang ingin memiliki Ph.D sila baca dengan cermat apa yang saya catatkan.

.

Sebelum itu dibawah adalah mesej yang saya terima hari ini dari salah seorang alumni DrRoket.

.

Beliau tahun lepas seperti anda tidak berani buat keputusan mendaftar sebgai calon Ph.D. Setekah hadir seminar dan coaching ini mesej beliau :

 

“Dr saya dah siap draf proposal ketiga dah nak hantar ke SV  sekali dengan journal analysis dan summaries.  Banyak dah buat dalam sibuk kehulu ke hilir KL,Putrajaya dll.

.

Syukur Dr. Prof Research Method sy puji sy dlm kelas hari tu. Dia kata U improve termandously. Wow dan dia kata I teach u quantitative but u can present to me qualitative. How shock I am. Betui2 membakar semangat sy utk buat yg terbaik. Doakan ye Dr. Sy gi tau roket gempur dan akan jadi model lagi he he he. (Tuan H: 2018,28 Dis 2018; 10:36 a.m)

.

Bak kata orang kampung saya “Great things never came from comfort zones..”Chewahh..! Therbakoor dak..? Benarlah berani bertindak..!

.

Saya catatkan 7 Cabaran 2019.

 

1. Jumlah Calon Ijazah Tinggi yang semakin berkurang. Ya angin kencang bertiup disekitar Universiti mengatakan enrollment calon Master Ph.D pada tahun 2019 akan semakin berkurang kerana faktor luaran.

.

Ini sesuatu yang telah dijangka bila tiada tindakan serius dan holistik diambil segera oleh Menteri bertanggungjawab untuk menyuburkan ekosistem ijazah tinggi dengan “baja” sepatutnya (dibaca biasiswa).

.

Is Maszlee a failed education minister?? (TAJUDDIN RASDI:2018)

 

Jadi apa kaitan dengan saya..? Inilah masa terbaik awak bersedia dan daftar..! Bila calon tak ramai anda rasa bagaimanakah layanan Uni dan fakulti buat anda..?

 

2.  Yuran Pengajian Semakin Tinggi.  Ramai tersentot dan terkubur sebab alasan yuran mahal. Kenapalah aku tak sambung time yuran murah hari tu ujar “cik pn Z”.

.

Ini realiti yang tidak dapat disembunyikan. Bahkan pernah dicatatkan dalam sebuah laporan di UK

 

” A perfect storm is on the horizon for prospective postgraduates. They face higher tuition fees than any generation before them..”

.

Huh sapa nak bayar yuran saya?Ujar tn”P”

.

Jawapan saya mudah yuran awak boleh control tak?If tak boleh cari Uni yang tawarkan yuran lebih rendah.

.

Atau Kira dan adjust semula keuwangan awak.  Potong yang boleh dan Cari jalan tambah income. Banyak kot cara. Awak dah jadi affiliate DrRoket..? Atau  buat tabung amal di Masjid Surau. Tanya budak Degree diaorang dah biasa buat nak pegi Sudanla,Mesirla. Atau buat surat khas kepada TNCA Cc kepada Dekan postgrad mohon penangguhan bayaran. (Ikut Rezekila)

.

Jika nak tunggu yuran murah? Kiamatlah yuran sekolah tadika pun tak pernah turun. Fikirlah sendri..!

.

3. Tiada Pinjaman Pengajian  Dalam satu laporan dinyatakan  “financial institutions which are reluctant to lend money toward postgrad”. Benar.

.

Sehingga saat ini realiti di Malaysia tiada bank yang berikan pinjaman untuk sambung Master Ph.D. (Jika ada mohon komen dibawah). Anda mungkin meminjam atas nama Pinjaman Peribadi.  Meminjam untuk belajar adalah amat tidak baik. Ini bukan pilihan terbaik. Doa pada Allah untuk selamatkan anda dari berhutang.

.

4.Diselia SV  lebih Muda atau Sebaya. Ya ini realiti yang sedang berlaku. Ada calon yang terkejut besar kerana saat bertemu kali pertama dengan penyelia.

.

Fizikal dan Umur SV jauh lebih muda dari calon. Ini pengalaman saya sendiri.

.

Ini impak fakulti yang dirancang dengan baik oleh Ketua-ketua Jabatan sebelumnya. Fakulti dibarisi ahli akademik berkelulusan Ph.D dengan usia kurang 33 tahun. Fakulti semakin berkembang dengan ahli akademik muda. Walau mereka bukan Profesor tetapi mereka mempunyai misi visi jelas buat anda.

.

Bersyukurlah kerana SV anda amat bermotivasi untuk menggraduatkan anda. Ini kerana mereka hidup dalam era G.O.T dan G.B.T. Sebaliknya minda buat Ph.D mesti 8 tahun baru ilmu tu masak telah mereka flush out! Untunglaas u all.

.

5. Tajuk Old School Tidak Lagi Relevan. Cabaran terbesar yang memakan masa calon Master Ph.D adalah TAJUK. Ramai terkandas sehingga 1 semester semata-mata kerana tajuk.

.

Ramai calon mencadangkan tajuk dari apa yang mereka rasa. Sedangkan tajuk tesis adalah hasil dari garapan LR dan Bahan ilmiah sebelumnya.

.

Ingat dan waspada 2019 ilhamkan tajuk tesis lebih fresh dan milenia. Bagaimana? Tanya mentor atau hadir seminar untuk faham trend. Bahkan kini tajuk-tajuk bersifat “integrasi” amat disukai ahli akademik.

.

6. Perubahan Teknologi Pencarian LR Semakin Luarbiasa dan mudahnya mendapat GAP. LR digali secara manual oleh calon master PhD sebelum-sebelum ini. Sukarnya bukan kepalang. Menangis siang malam kot.

.

Mahu sahaja tinggalkan pengajian kerana menunggu tesis yang direkodkan ada tetapi tidak kunjung tiba. Kini ia bukan lagi isu. Isu utama adalah anda tidak mahu upgrade diri. Penyakit beri alasan.

.

Upgrade ilmu menggunakan “proquest”, “PQDT”, “scimagojr” , “OATD”, “atlas.ti 8” dll.

.

7. Diburu SV Muda dan Bertenaga. Ya 2019 tidak lagi menjanjikan pelajar mencari SV. 2019 adalah tahun SV mencari pelajar.

.

Realitinya kedengaran laungan kuat dari pihak pengurusan fakulti yang mahukan pensyarah lebih agresif mendapatkan calon Master Ph.D masing-masing. Bukan lagi menunggu permohonan pelajar diproses oleh fakulti dan menunggu surat lantikan penyeliaan seperti bulan jatuh keriba!

.

Ini amat baik dan memenangkan pelajar. Pastinya jika SV yang mencari anda komitmen SV pasti berganda-ganda. Tidak sebaliknya seperti sebelum ini. Hubungannya hambar kerana calon yang bersungguh dengan tajuknya.SV pasif seribu bahasa.

.

Amacam dah isi borang ker? Lepas baca ni cepat-cepat online isi borang permohonan ye.

 

#DrRoket

#phdlife

#phdexpidition

#inovasiPhd

#MasterPhdFamily

#MasterPhdRoket

#MasterPhdOrangSibuk

#ViralmasterPhD

#xifumasterPhD

#MasterPhDMudah

#PhDone

#PhDism

#postgraduate

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x