Pasti ramai yang berazam untuk memulakan pengajian pada peringkat PhD pada tahun ini. Tidak kurang pula yang memadamkan niat akibat dari kegagalan azam tahun lepas.
Azam tanpa ilmu memang akan berakhir dengan kekecewaan. Ilmu tanpa amal memang perit.
Saya kongsikan beberapa persediaan geng G.O.T dan G.B.T tahun ini. Sebelum mereka bermula tau.
- RANCANG. Merancang, Perancangan bukanlah perkataan yang luar biasa. Tidak luar biasa bukanlah bermaksud ramai yang buat.
Buktinya hampir 87% calon Master Ph.D tidak merancang lebih awal. Buktinya ramai yang mendaftar begitu sahaja. Setelah itu hanyut dan terkena penyakit “Procrastinate”.
Bagaimana merancang? Ingat Akronim: U.S.R.A.F
✅ 1. UNIVERSITI
Ziarah laman web Universiti atau fakulti untuk update info terkini. Yuran terkini, syarat bergraduate ter”New” dll. Buat catatan yang perlu dalam Diary khas. Lagi best buat satu senarai semak.
✅ 2. SUPERVISOR
Semak “availability of supervisors”. Ada yang kata mereka bergraduat sebab SV selalu available. Yang gagal pulak kata SV selalu tak de.
Sebenarnya bukan isu SV ada atau tidak. Isunya adalah anda yang gagal kesan availability of supervisors!
Ada yang dok ingat SV akan sentiasa menunggu anda dengan setia di pejabat. Menantikan calon di bawah seliaannya dengan hati berbunga-bunga. Hello hello dah bila pulak SV bermotokan “sedia berkhidmat setiap masa. SV ada banyak lagi KPi yang perlu dilunaskan. Mereka ada tanggungjawab untuk keluarga, masyarakat dll. Menjadi tanggungjawab calon untuk sentiasa peka dan merancang awal availability of your supervisors!
✅ 3. RESOURCES
Semak availability of resources (lab resources, library resources, etc.) Ramai yang tak buat yang ini. Bila dah daftar baru sedar banyak bebenor kekurangan Fakulti tempat dia daftar tu. Bak kate orang “barang baik” tak de yeop. Macam mana thesis nak gerak. Ini boleh dikatakan semua bidang terlibat. Zaman dah berubah kot. Wifi laju pun termasuk jugak.
✅ 4. “ASSISTANTSHIP”
Kesan availability of scholarship /assistantship. Jika ada. Katanya ni zaman sukar buat bangsa Postgrad. Ada benarnya jika dilihat pada Mybrain15 dan lain-lain. Sehingga saat ini tiada kata putus dari Menteri Malaysia Bahru. Jika biasiswa yang menjadi sebab anda buat Ph.D insyaAllah sehingga 2029 pun anda kekal sebagai En. Pn.
Memang perit bila terpaksa bayar yuran dll guna duit poket sendiri. Saya dah rasa masa Master. Tapi yakinlah bagi mereka yang ikhlas menuntut ilmu PASTI ada REZEKI tak disangka.
✅ 5. FAKULTI
Ziarah Fakulti atau Kampus. Bak kata orang “to get a better ‘feel’ for the environment”. Kena ingat 3 tahun kot anda nak ulang alik kampus. Jangan kerana environment thesis anda menjadi korban.
Menyambung Ph.D adalah “big decision” sebab itulah make an informed decision.
All the best!!! Look forward and make this year the start of your PhD journey!!!
P/S: Boleh share 5 Tips ini dengan rakan-rakan yang berniat atau baru bergelar pelajar Master Ph.D?.
Khas buat Anda yang masih bekerja, banyak komitmen, sibuk, tak tahu nak mula dari mana, tak nampak jalan, atau sudah mendaftar, tapi rasa tak sempat nak “mengadap” tesis, dah daftar ke Seminar GEMPUR ke belum?
Follow Dr Roket Telegram untuk lebih banyak Tips & Perkongsian dengan lebih cepat: 👉 t.me/drroket