fbpx Skip to main content
search
0

5 TIPS MUDAH VIVA UNTUK PELAJAR POSTGRADUATES

Viva untuk Postgraduates Master PhD ni ada yang susah, ada yang senang. Bergantung kepada proses yang dilalui oleh seseorang itu dalam ‘journey’ Master PhDnya.

Nak tahu tips bagaimana masuk bilik Viva dengan mudah? Baca sampai habis…

Mungkin pembaca yang bukan dalam kalangan pelajar Degree, Master dan PhD ni kurang faham istilah ‘Viva’ ni.

“Viva tu apa? Nama kereta ke?"

"Kalau tak Viva, tak boleh Konvo ke?"

Apa itu Viva?

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka itu sendiri, Viva bermaksud ‘peperiksaan lisan yang berkaitan dengan penye­lidikan atau tesis yang dibuat, yang dilalui oleh seseorang untuk memperoleh kelayakan aka­demik, biasanya pada peringkat universiti’ (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Viva ni sangat penting kerana Viva lah yang menjadi medium, laluan atau ‘tiket’ untuk seseorang pelajar itu menamatkan pengajiannya sebelum mereka konvo.

Mungkin bagi pelajar Diploma dan Degree lebih biasa mendengar atau menggunakan istilah ‘Final Year Project’ tapi bagi Master dan PhD kita memanggilnya sebagai ‘Viva Voce’.

Dapat sesuatu?

Survive untuk Viva

Jadi, bila seseorang pelajar itu dah mula mendaftar pengajian Master atau PhD, anda perlu bersedia untuk menghadapi Viva ini.

Nampak macam ngeri bila kita faham sebagai ujian atau peperiksaan lisan, kan? Tapi sebenarnya mudah sahaja Viva ni jika kita tahu strateginya.

(Nak tahu apa nak buat semasa Viva? Boleh baca artikel ni >> TIPS SURVIVE KETIKA VIVA)

Tips daripada Roketian

Jika anda nak tahu tips untuk mudah masuk bilik Viva pula, jom ikuti tips daripada salah seorang Platinum Dr Roket ni, Dr. Mazniha Berahim.

Beliau ni salah seorang Platinum Dr Roket yang setia dengan proses Dr Roket iaitu selama 3 tahun 7 bulan.

Sepanjang PhDnya, result Proposal Defense beliau adalah Cemerlang Without Correction tau!

Dr. Mazniha baru sahaja selesai Viva pada 15 November 2023 yang lalu dan berstatus Graduate On Time (G.O.T).

Nak tahu apa rahsia beliau boleh selesaikan Vivanya? Jom baca tips di bawah.

Tips 1 – Perbaharui niat

Bak kata Dr. Mazniha yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan, UTHM ni, “refresh balik niat”.

Apa niat anda sambung belajar? Apa niat anda untuk cepat masuk bilik Viva?

Buat refleksi setiap hari, suburkan rasa NAK & keinginan yang kuat untuk tamatkan pengajian serta bergantunglah sepenuhnya pada Tuhan.

Setuju ke setuju? Jom pergi ke tips kedua.

Tips 2 – Tambah ‘knowledge’

Kalau nak tahu, Dr. Mazniha ni rajin dan sentiasa ternanti-nanti untuk dapatkan ilmu baru.

Walaupun mungkin mempunyai cabaran kesibukan sepanjang bergelar pelajar Postgraduate, beliau akan sedaya upaya untuk hadir ke semua kelas.

Buktinya, beliau setia dengan proses yang sama sejak tahun 2020 lagi.

Bila berada dalam tempoh proses yang lama, agak-agak banyak tak ilmu yang beliau dapat untuk percepatkan langkah ke bilik Viva?

Tips 3 – Amalkan ilmu yang dipelajari

Bila bercakap soal ‘beramal’ ni, siapa yang selalu beramal dengan ilmu yang dia dapat?

Boleh katakan tak semua orang mampu amal walaupun ilmu yang dipelajari itu adalah bagus.

Jika ada yang beramal pun, pastinya bukan semua amalan, betul tak?

Apa yang Dr. Mazniha pegang, bila jumpa satu solusi tu, beliau beramal bersungguh-sungguh. Tak perlu banyak, cukup untuk ilmu yang mudah untuk beliau buat.

Kita pun boleh buat kan?

Tips 4 – Buat tindakan

Kenapa Dr. Mazniha tegaskan tentang ‘tindakan’? Sebab melalui tindakan pertamalah, datangnya tindakan yang berterusan sehingga kita mampu beramal atau kata mudahnya bina tabiat (habit).

Bila kita dapat sesuatu tugasan daripada guru / cikgu / pensyarah / mentor, usahakan untuk siapkan tugasan tersebut tetapi kita perlu ikut ‘pace’ masing-masing.

Jangan bandingkan dengan ‘pace’ orang lain dan tergopoh-gopoh nak siapkan tugasan sampai timbulnya ayat, “Asal aku siap!”

Jadi ingatlah bila nak mudah Viva, kita perlu hadapi persediaan dengan cara buat tugasan dan banyakkan latihan. Barulah anda betul-betul nampak bersedia!

Tips 5 – Proaktif dalam mencari solusi

Tak dinafikan, perjalanan mereka yang menempuhi zaman belajar terutama Postgraduates ni memang akan terpaksa ‘hadap’ dengan cabaran!

Tapi kalau dibiarkan sahaja cabaran tanpa solusi, bila nak grad? Mungkin akan ada pelajar yang mengambil keputusan untuk ‘quit’ atau tangguh pengajian.

Sebab itulah jadi proaktif seperti Dr. Mazniha. Jika ada masalah, cepat-cepat cari dan jumpa penyelia (Supervisor), bertanya pada Experts dan berbincang dengan circle / kawan yang boleh membantu.

Kalau ‘stuck’, apa nak buat? Cari ‘guideline’ yang boleh buatkan kita jadi lebih sistematik. Contohnya seperti buku RRD.

Dr. Mazniha menggunakan tools RRD ini untuk ‘track’ progressnya sepanjang PhD dan menjadi cara beliau menenangkan emosi apabila ‘stuck’!

Malah, RRD ini juga membantu beliau untuk lebih dekat dengan Supervisor beliau. Siapa yang tak nak ada hubungan baik dengan Supervisor kan?

Supervisor jugalah yang akan percepatkan dan bantu kita di dalam bilik Viva nanti.

(Jika anda nak dapatkan buku ini, boleh klik sini >> Roket Research Diary )

Apa yang lebih penting daripada 5 tips tadi, beliau ada tekankan tentang ‘jiwa yang tenang’. Bila jiwa kita dah tenang, kita akan dapat sebarang solusi daripada Tuhan.

Jadi, macam mana nak dapatkan jiwa yang tenang ni? Kena ada ilmunya daripada guru yang betul.

Jika anda setuju dan nak tahu lebih banyak perkongsian oleh Dr Mazniha, anda boleh tonton perkongsian penuh beliau di sini >>  Special Live

Jika anda pelajar Postgraduates yang masih stuck dalam pengajian, belum Proposal Defense atau nak lebih banyak tips tentang Viva, boleh hadir program terdekat Dr Roket dan rasakan impaknya pada pengajian anda:

JOIN PROGRAM TERDEKAT ONLINE
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x