fbpx Skip to main content
search
0

RAHSIA PENERIMA TESIS CEMERLANG

Wow mesti semua orang teruja bila ada orang kongsikan rahsia dan tips itu ini. Tambah-tambah lagi rahsia nak dapat cemerlang dalam belajar!

Tapi, siapa Penerima Tesis Cemerlang tu?

Nak tahu siapa dan bagaimana nak result Tesis Cemerlang? Baca sampai habis…

Kenali Insan Tesis Cemerlang

Haa.. inilah susuk insan yang cemerlang PhD tu!

Beliau adalah Dr-to-be Siti Farah binti Kanafiah yang berasal dari Kelantan.

(Dr) Farah ni merupakan pensyarah Matematik dan pelajar PhD dalam bidang Matematik.

Beliau telahpun Viva pada 16 November lalu.

Rahsia Tesis Cemerlang

Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan Platinum ke-7 yang menerima Tesis Cemerlang!

Agaknya, apa rahsia (Dr) Siti Farah ni ya? Nak tahu apa 3 rahsianya? Jom baca sampai habis.

Tips 1 – Betulkan niat setiap hari

Rahsia ni memang kebanyakan orang berjaya dan circle Platinum akan buat.

Tak kiralah nak mudah masuk bilik Viva ke, nak cepat konvo ke atau nak dapat tesis cemerlang, memang kena ada NIAT.

Bak kata (Dr) Farah, betulkan niat setiap pagi. Bila ada niat ni kita akan ada rasa tenang walaupun ada segala cabaran yang mendatang.

Tips 2 – Pengurusan tesis

Tak boleh dikatakan anak didik Dr Roket lah jika tak tahu pengurusan tesis!

Haa.. (Dr) Farah ni memang anak didik Dr Roket sejak tahun 2020 iaitu ketika PKP lagi.

Antara pengurusan tesis yang paling beliau gunakan ilmu persediaan kerana (Dr) Farah ni dah ready sejak bulan 4 untuk daftar PhD pada bulan 10.

Nampak tak yang ‘preparation’ tu penting.

Nak dapat result yang cemerlang dalam pengajian? Pegang kata kuncinya iaitu PERSEDIAAN.

Tips 3 – Jaga ‘peti besi’

Apa pulak ‘peti besi’ ni kan? Peti harta karun ke?  Ya, biasanya harta karun kita diletakkan dalam peti besi dan dijaga dengan sangat baik kan?

Ibu bapa, keluarga dan pasangan kita itulah peti besi kita.

Pokok pangkalnya, nak berjaya ni perlu jaga hubungan dengan ibu bapa kita, guru dan semua orang.

Satu nasihat yang dipegang oleh (Dr) Farah ni dalam proses ialah;

Apabila kita utamakan keluarga kita, Allah akan mudahkan urusan kita yang lain.

Setuju tak?

Jika anda setuju dan nak tahu lebih banyak perkongsian oleh (Dr) Farah, anda boleh tonton perkongsian penuh beliau di sini >>  Special Live

Jika anda pelajar Postgraduates yang masih stuck dalam pengajian, belum Proposal Defense atau nak lebih banyak tips tentang Viva, boleh hadir program terdekat Dr Roket dan rasakan impaknya pada pengajian anda:

JOIN PROGRAM TERDEKAT ONLINE
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x