Skip to main content
search
0

4 RAHSIA DAPAT ANUGERAH CANSELOR

Rahsia orang cemerlang. Tak mudah anda nak dapat di mana-mana. Nak tahu? Baca sampai habis…

Anda pelajar Universiti? Tak kira anda sedang berada dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Degree), Ijazah Sarjana (Master) ataupun Doktor Falsafah (PhD), pastinya anda ada impian untuk jadi pelajar cemerlang bukan?

Mesti susah kan untuk jadi Pelajar Cemerlang ni? Ye laa kalau senang, pasti semua orang dapat memegang gelaran itu setiap kali tamat belajar.

Kalau nak tahu, impian untuk menjadi seorang Pelajar Cemerlang itu mestilah ditanam sebaik sahaja kita berniat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ni.

Bila niat dah jelas, pasti usaha ke arah itu juga akan berjalan dengan lancar. Tapi, impian tu akan lebih jelas tercapai jika kita ada proses yang betul untuk dilalui sepanjang pengajian belajar.

Kita boleh ambil inspirasi daripada salah seorang Penerima Anugerah Canselor Universiti Teknologi Malaysia baru-baru ini iaitu Dr. Khasturi A/P Ramalingam yang pernah berada dalam proses Dr Roket dalam Batch 4.2.

Tiktok Dr Roket yang anda boleh follow: https://vt.tiktok.com/ZSNu9RHfb/

Nak tahu rahsia beliau? Di bawah ni adalah ‘top secrets’ yang beliau amalkan sepanjang PhDnya:

1. Rancang perjalanan dari awal dan buat betul-betul dengan disiplin.

Beliau menggunakan tools Dr Roket seperti blueprints dan Roket Research Diary. Dr Khasturi akan merancang setiap perkara baik secara harian, bulanan, mingguan hingga tahunan beserta dengan due date!

Jadi, benarlah bahawa preparation is the key to success. Tapi, yang penting kena berdisiplin dengan perancangan yang dibuat.

Anda boleh lihat sendiri, bukan setakat 1 tapi 3 buku RRD yang digunakan sepanjang journey PhD beliau!

Jika anda nak dapatkan buku ini, boleh klik sini >> Roket Research Diary 

2. Sumbangan di Universiti.

Dr. Khasturi sangat aktif mengambil bahagian dalam pertandingan. Beliau pernah menjadi Juara dalam Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) dan apa-apa jua pertandingan yang beliau rasa menyeronokkan.

Dr Khasturi juga pernah mengambil bahagian dalam pertandingan inovasi. Beliau menggunakan apa sahaja dalam research beliau untuk menyertainya.

3. Sumbangan kepada komuniti (beyond PhD).

Dr Khasturi juga banyak memberikan sumbangan untuk komuniti. Contohnya, beliau banyak melibatkan diri untuk membawa pelajar-pelajarnya bertanding sehingga ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dalam bidang drama. Malah, beliau juga pernah membawa pelajar-pelajarnya untuk bertanding dalam Story Telling terutamanya di Singapura dan latihan Zapin.

Ini menunjukkan kebolehannya dalam membuat banyak perkara walaupun menjadi pelajar PhD. Sangat mengagumkan, ye tak? Ada lagi….

4. Networking – international

Di mana nak dapat networking selain daripada di tempat kerja dan tempat belajar? Dr. Khasturi sangat rajin dan aktif menghadiri pelbagai persidangan (conference) baik di luar mahupun dalam negara.

Apa yang menariknya, planning beliau ialah 1 tahun = 1 negara Beliau pernah menghadiri conference di Kanada, Singapura, US dan banyak lagi.

Ini menunjukkan beliau networking beliau sangat banyak kerana melibatkan antarabangsa!

Nak lebih banyak RAHSIA untuk hadi pelajar cemerlang? Anda boleh tonton perkongsian penuh beliau di sini >>  ‘Special Live: Apa Rahsia dapat Anugerah Canselor UTM?’

Mungkin anda rasa beliau banyak sertai program sana sini di setiap negeri atau bersemuka juga kan memandangkan beliau banyak hadir ke conference?

Kalau nak tahu, Dr Khasturi ni bermula dengan program-program secara online sahaja. Beliau sendiri akui bahawa program bersemuka (offline) Dr Roket hanya diikuti sebanyak satu/dua program sahaja.

Nak tahu bagaimana beliau boleh amalkan banyak tips dan tools yang berguna untuk pengajian PhDnya? Anda juga boleh dapat seperti beliau jika anda ada mindset yang betul.

Kalau anda berminat nak join program terdekat tidak kira anda pemula, sedang dalam pengajian atau tengah stuck dalam semester, boleh tekan button di bawah laju-laju!

JOIN PROGRAM TERDEKAT ONLINE
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x