Skip to main content
search
0

Umat Islam Menyambut Kedatangan Zulhijjah, Iaitu Bulan Terakhir Dalam Takwim Islam Dan Juga Tentunya Sinonim Dengan Ibadat Haji Serta Korban. Dalam bulan Zulhijjah juga setiap tahun, umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji seluruh dunia. Aidiladha merupakan perayaan terbesar di dalam Islam setelah Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya Aidiladha ini disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Seperti yang anda sedia maklum Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah-Nya. Untuk mendalami lagi rentetan kisah ini ada diceritakan dalam firman Allah s.w.t dalam Surah As-Saffat bermula ayat 100 – 107.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah. Tapi berbeza lagi pada tahun ini, dimana kita tidak boleh berkumpul beramai-ramai untuk melakukan ibadah korban Tahun ini melaksanakan ibadah korban dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung penularan Covid-19 yang mencatatkan kes lebih 10,000 setakat semalam.

Jadi, pengorbanan bagi takrifan anda sebagai bangsa postgrad ataupun pelajar Master PhD adalah dari segi apa sebenarnya? Pengorbanan bagi setiap orang itu adalah berbeza konteksnya. Sesuatu pengorbanan yang dilakukan oleh seorang pelajar khususnya pelajar Master PhD adalah berdasarkan sesuatu keadaan. Jika keadaan tersebut mendorong mereka melakukan pengorbanan lebih kepada wang ringgit. Maka, itulah pengorbanan terbesar yang perlu dilakukan.

Namun, tak kisah lah bentuk apa pun pengorbanan yang dilakukan, pasti ianya pengorbanan yang dilakukan untuk menggapai impian diri, keluarga, mentor dan juga pastinya untuk ummah. Tidak kiralah anda pelajar Master PhD dari universti tempatan ataupun oversea pasti wujud pengorbanan yang anda lakukan. Harini secara umumnya saya akan kongsikan 5 pengorbanan yang akan dilakukan oleh seorang manusia yang bergelar pelajar Master PhD.

  1. Pengorbanan Masa
  • Antara pengorbanan yang paling penting dalam kehidupan seorang pelajar Master Phd adalah pengorbanan masa. Jika anda mengikut rapat kisah-kisah platinum yang menghabiskan masa 8 tahun, 9 tahun dan ada yang menghabiskan masa sehingga 10 tahun untuk menyelesaikan PhD. Sebagai contoh kisah CRMP Dr Nurul Asyikin Ibrahim dimana perjalanan PhD beliau adalah selama 10 tahun daripada tahun 2011 sampai ke 2021
  • Time management adalah sangat penting kerana jika masa tidak diuruskan dengan baik, ia boleh memberi masalah kepada seorang pelajar. Kita sedia maklum pelajar Master Phd ni umumnya bukan hanya semata-mata pelajar tetapi sebilangan besar mempunyai kerjaya dan keluarga! Haaa kena ada jadual lah kan. TM168 antara solusi kepada masalah pengurusan masa yang perlu dibahagi oleh bangsa postgrad ini.

2. Pengorbanan Wang Ringgit

  • Tidak semua benda kita akan memperolehi secara percuma. Menuntut ilmu mempunyai harga yang perlu kita bayar. Makin tinggi kita belajar makin banyak wang ringgit yang kita perlu korbankan. Tapi ingat wang ringit yang anda korbankan untuk ilmu adalah sangat bernilai harganya dan impaknya juga akan memberi kesan kepada anda.
  • Kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dalam proses untuk mendapat dan menambahkan ilmu pengetahuan. Dari duit yuran sehingga untuk duit untuk print hardbound thesis. Semuanya perlu mengeluarkan perbelanjaan walaupun sikit. Ianya menuntut pengorbanan wang ringgit dari kita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

3. Pengorbanan Fizikal

  • Bagi pelajar Master PhD, setiap hari mereka menggunakan sepenuhnya anggota badan mereka untuk kajian mereka. Ada yang perlu bangun awal pagi untuk pergi ke lab, perlu lakukan sesi temu ramah dan sebagainya untuk mengumpul kajian. Semua itu adalah bentuk pengorbanan fizikal yang dilakukan oleh bangsa postgrad.
  • Jika fizikal anda lemah seperti tidak sihat, ia akan menyebabkan anda tidak dapat melakukan aktiviti untuk kajian anda. Pengorbanan fizikal seperti kepenatan adalah perkara biasa kerana anda sedang berusaha untuk menjayakan sebuah kajian yang pastinya akan memberi sumbangan untuk masyarakat. Biar hari ini kita merasa penat, namun hasilnya adalah kejayaan dalam hidup anda di masa hadapan.

4. Pengorbanan Mental

  • Sebagai seorang pelajar Master PhD, anda akan sentiasa banyak berfikir dan perlu banyak membaca bagi membantu kajian anda. Perlu mencari semua artikel sebelum-sebelum ini sebagai rujukan di kajian anda. Kesemua itu adalah menggunakan mental anda. Jangan biarkan perkara-perkara lain yang tidak penting menganggu fikiran anda.
  • Fikiran anda perlulah sentiasa lebih fokus kepada kajian yang anda sedang lakukan berbanding dengan perkara lain yang tidak penting. Perbuatan malas berusaha perlu dijauhkan sama sekali. Orang yang tidak sanggup berusaha adalah orang yang tidak akan berjaya. Tapi dalam mengorbankan mental anda, perlu diingatkan adalah jangan terlalu overthinking yang mana akan merosakkan mental anad dan membawa kepada penyakit mentak seperti depression dan anxiety.

5. Pengorbanan Kasih Sayang

  • Kasih sayang di sini bermaksud kasih sayang dari ahli keluarga kita sendiri. Terdapat pelajar Master PhD yang terpaksa berpisah dengan keluarga untuk meneruskan pengajian di tempat lain. Tidak dinafikan sesiapa sahaja akan berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga yang tinggal bersama selama ini.
  • Ianya menuntut kesabaran dalam diri seorang pelajar untuk tinggal berjauhan dengan ahli keluarga. Namun begitu, pada zaman sekarang jarak bukan lagi penghalang kerana kita dapat menghubungi ahli keluarga kita bila-bila masa sahaja. Teknologi telefon bimbit dan internet membuatkan kita sentiasa berasa dekat dengan orang yang jauh. Bila-bila masa sahaja anda boleh hubungi orang tersayang anda.

Dalam hidup ini, kita sememangnya perlu berkorban demi mencapai kejayaan yang kita inginkan. Bagi seorang pelajar Master Phd semamangnya anda perlu mengorbankan keseronokan yang anda inginkan demi untuk kejayaan pada masa hadapan. Ingat semua yang anda lakukan ini akan memberi sesuatu yang baik untuk ummah.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x