“Saya buat proposal 2 pages sahaja”. Terkedu tak baca kenyataan tersebut? Tetapi itulah kenyataan yang berlaku pada Cik Puan Aryati binti Abdul Rahman yang merupakan pelajar PhD dalam bidang Kokurikulum dan Pedagogi.
Untuk pengetahuan, beliau sedang menjalankan tesis PhD berkaitan dengan keusahawanan dan sedang menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Cik Puan Aryati menceritakan bahawa cabaran utama beliau ialah proposal yang beliau hasilkan selama 2 halaman muka surat sahaja. Halaman muka surat tersebut masih kekal sama jumlahnya sehinggalah sehabis kelas program EDD beliau.
Berada dalam fasa blur dan bingung bagaimana nak mulakan penulisan tesis menjadi sebab proposal beliau masih tidak bergerak-gerak. “Saya tak tahu nak start daripada mana, bagaimana nak mulakan sedangkan tempoh pengajian saya semakin lama semakin bertambah”.
“Saya keep on thinking siapa yang cakap thesis ni senang sebab setakat yang saya jumpa semua cakap ianya adalah susah, payah memang menghuru-harakan kehidupan” ujar Cik Puan Aryati.
Fuhhhh sampai menghuru-harakan kehidupan, itulah yang digambarkan oleh beliau. Anda rasa tesis ni susah ke? Bagi saya tesis adalah senang jika kita pandai mengurusnya. Bijak mencari mentor dan yang paling penting berada di proses yang betul. Betul ke betul apa yang saya nyatakan ni?
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah Cik Puan Aryati dikurniakan kawan yang sangat mengambil berat mengenai beliau kerana asbab kawan yang mengajak beliau mengikuti program Dr Roket lah perjalanan tesis beliau lebih lancar. Beliau mengikuti Dr Roket pada 20 Mac 2020 iaitu menerusi Seminar Nak Ubah Tesis (NUT). “Saya sangat happy kerana dalam tempoh 3 hari tu saya dapat banyak benda”. Walaupun hanya 3 hari progam berlangsung tetapi banyak input yang diperoleh beliau daripada Seminar NUT.
“Dr Roket ajar bagaimana nak manage time, macam mana nak hadapi cabaran-cabaran yang sebenarnya kita anggap benda tu common things tetapi kita tak jadikan sebagai common practice.” Sikap yang diamalkan oleh bangsa postgrad ini adalah selalu cakap nak buat perkara tersebut tetapi segelintir daripada mereka tidak mendisplinkan diri untuk ikuti apa yang sudah ditetapkan.
Oleh itu, perkongsian Cik Puan Aryati sesudah ikuti program Dr Roket adalah Dr Roket ajar pelajar Master PhD untuk fokus dan sentiasa kena selesaikan yang keutamaan dahulu. Perkara yang paling beliau praktikkan selepas NUT juga adalah selalu menjadi positif. Untuk menjadi positif kita elakkan menyebut masalah tetapi tukarnya menjadi cabaran.
Malah sebagai bangsa postgrad juga anda jangan kata tidak boleh kepada sesuatu tanpa memberi cubaan kerana manusia sebernanya berkeupayaan untuk membuat sesuatu itu. “So, NUT tu sangat best sebab ianya mengubah mindset saya a lot.”
“Jangan merungut, jangan keep on complain dan selalu kena bersyukur, bersyukur.” Cik Puan Aryati menjelaskan bahawa mengikuti Dr Roket ini sangat memberi kesan yang mendalam kepada diri beliau. Beliau pun tidak tahu dan tidak sedar sebenarnya benda-benda yang kita buat tu sebenarnya memberi kesan dalam perjalanan karier, kehidupan serta perjalanan journey kita belajar.
Malah, bila mengikuti Dr Roket juga banyak perkara positif yang datang dalam hidup beliau terutamanya dalam mengurus masa dan teknik-teknik bagaimana uruskan tesis. Sebagai pelajar Master PhD juga perlu sedia maklum bahawa ada benda yang sepatutnya anda tinggalkan dan ada benda yang kita tak perlu tahu pun.
Kini, Cik Puan Aryati telah mempunyai lebih daripada 430 halaman muka surat. Proposal yang dulunya hanya ada 2 halaman muka surat telah pun dihantar. Alhamdulillah Cik Puan Aryati telah menemui mentor yang ada result dan yang paling penting berada di proses yang betul. Perjalanan Master PhD akan lebih terurus bersama Dr Roket.
Berminat untuk ikuti program terdekat Dr Roket? Boleh klik link ini.