fbpx Skip to main content
search
0

“Banyak lah point aku kena cari kat artikel ni, dahlah artikel ni banyak sangat. Pening dah aku!”

Siapa pernah alami situasi di atas? Mesti majoriti daripada anda pernah berfikir sebegini, kan?

Ayuh mengaku! (Sesama kita je ni… Hehehe)

Seorang pelajar Master PhD pasti tidak akan terlepas daripada mencari pelbagai bahan artikel untuk dijadikan sebagai sumber rujukan tesis mereka.

Rujukan artikel dari pelbagai kajian lepas sebenarnya akan memberi ruang kepada anda untuk memperolehi banyak idea bagi memperkembangkan dan menyokong lagi penulisan tesis kajian anda.

TETAPI, bagaimana nak masukkan fakta dari artikel tersebut ke dalam tesis anda dengan cara yang mudah?

Pasti ramai yang mengalami kesulitan untuk mencari dan memasukkan fakta dari berpuluh-puluh jenis artikel yang diperolehi kan?

Oleh itu, Dr Roket akan kongsikan 3 kaedah mudah yang anda boleh gunakan dan pastinya kaedah yang akan dikongsikan ini selamat dan HALAL.

Jom kita fahami dan hadam 3 cara masukkan fakta ataupun point dari artikel ke dalam tesis:

1. Masukkan keseluruhan artikel asal dalam bab/chapter yang dirasakan tepat

  • Jika anda rasakan fakta ataupun data daripada artikel yang anda temui itu dapat dipindahkan ke dalam tesis anda, terus pindahkan sahaja fakta itu dahulu.
  • Tandakan fakta tersebut dengan menggunakan ‘highlighter’ supaya anda jelas dan ingat fakta apa yang dipindahkan. Nanti tiadalah isu ‘blur’ apabila anda merujuk semula fakta yang telah di’highlight’.

2. Pilih perenggan ataupun subtopik yang dirasakan perlu

  • Anda perlu memilih perenggan ataupun subtopik yang dirasakan perlu dan cuba untuk ‘synchronize’kan ataupun seragamkan dengan setiap point yang selaras dengan idea tesis anda.
  • Secara ringkasnya, apabila anda rasakan bahawa perenggan-perenggan daripada artikel tersebut sesuai dimasukkan ke dalam tesis anda, seragamkan dahulu. Setelah itu, anda boleh ubah ataupun mengeditnya semula mengikut kesesuaian tesis anda.

3. Rephrase Semula

  • Cara mudah yang ketiga ialah anda boleh ‘rephrase’ semula semua ayat dari artikel rujukan anda tetapi perlu kekalkan idea asal daripada artikel tersebut untuk anda masukkan ke dalam tesis anda.
  • Jangan pula anda ‘copy & paste’ bulat-bulat daripada artikel rujukan anda. Itu namanya ‘meniru’ bukan ‘merujuk’.

Ketiga-tiga langkah ini anda perlu sentiasa berhati-hati kerana robot ataupun software Turnitin akan mengesan plagiat. Contohnya seperti gambar di bawah ni, ‘totally’ plagiat 100% ya!

Apa yang merisaukan ialah jika anda dikenalpasti plagiat, maka akibatnya anda bakal dituduh sebagai SELF PLAGIARISM ataupun melakukan ‘plagiat diri sendiri’.

Sudah tentulah kita tak nak pelajar Master PhD masih dituduh sebagai individu yang hanya tahu memplagiat hasil kerja orang lain, bukan?

Semoga 3 tips mudah masukkan fakta ataupun point dari artikel ke dalam tesis ini akan membantu anda dalam meROKETkan penulisan tesis sendiri.

Diharapkan lepas ni tiada yang ‘stuck’ menulis dengan alasan “susahlah nak ambil point dari artikel ni”.

Jangan lupa praktikkan dan semoga dengan cara ini, anda semua boleh GOT dan GBT. Aminnnnn.

Dapatkan sharing Tips, Motivasi, Inspirasi & Sharing Master PhD hanya di hujung jari anda.

Join Channel Telegram Di Sini

Kongsikan artikel ini pada semua kenalan anda di luar sana:

TIPS: Ini 3 Cara Mudah Masukkan Fakta Dari Artikel Ke Tesis

 

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x