fbpx Skip to main content
search
0

Ustazah Shuhaida Hanim Mohamad Suhane merupakan pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan telah menyambung PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalm bidang Penilaian dan Pengukuran Balaghah Arab. Beliau berkongsi mula mengenal Dr Roket pada Disember 2019. Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) Disember 2019 merupakan program pertama Dr Roket yang beliau ikuti.

Setiap apa yang kita lakukan pasti ada cabaran yang akan kita hadapi. Begitulah juga dengan pelajar Master PhD termasuk lah Ustazah Shuhaida Hanim. Turning point bermulanya tesis beliau “meninggal” adalah pada tahun 2017 di mana ketika itu beliau menduduki comprehensive examination dalam erti kata lain sesi pembentangan literature review. Semasa pembentangan tersebut, beliau tidak memenuhi beberapa syarat yang mana telah menyebabkan beliau tidak lulus. Selain daripada itu, tajuk PhD beliau yang tidak diterima oleh supervisor juga menjadi cabaran dalam perjalanan PhD Ustazah Shuhaida Hanim.

Antara penyakit yang utama yang menimpa diri beliau ialah cuti belajar menjadi “edu holiday”. Cuti belajar beliau menjadikan sebagai peluang untuk melakukan perkara-perkara yang menyumbang kepada masyarakat. Terlalu sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan sehingga beliau lupa ada tesis yang menanti. Penyakit ini berlaku ketika pada tahun awal beliau bergelar sebagai pelajar PhD. Penyakit ‘L’ ataupun LAMBAT. Beliau lambat melakukan tindakan kerana terlalu sibuk. Setiap tugasan yang SV beliau berikan, akan dihantar lambat kerana sibuk menguruskan urusan lain.

Penyakit seterusnya yang beliau hadapi berlaku sekitar tahun 2018 selepas sesi pembentangan sesi literature review ialah penyakit TAKUT. Takut gagal, takut nak jumpa SV, takut kena marah dan pelbagai jenis takut lagi. “Nak pergi UKM pun rasa fobia macam tu”, luah Ustazah Shuhaida Hanim. Penyakit paling kronik menimpa beliau adalah anxiety ataupun susah hati. Beliau berasa susah hati kerana tidak nampak jalan bagaimana nak baiki tesis dan sentiasa susah hati memikirkan tesis hati. “Ibarat dah kena virus oleh penyakit-penyakit tersebut”, jelas Shuhaida Hanim.

“Sewaktu join NUT Disember 2019 ibarat membuka lembaran baru”, kongsi Ustazah Shuhaida Hanim. Beliau yang keluar dari pintu kegelapan berjumpa sinar cahaya di program Dr Roket tersebut. Saat itu baru beliau sedar atas semua penyakit yang beliau hadapi dan semuanya perlu dirawat. Ustazah Shuhaida Hanim belajar membina KEINGINAN untuk berjaya selepas Seminar NUT. Bagi beliau NUT adalah penentu untuk perjalanan PhD beliau sama ada akan berpaling ke belakang ataupun ke depan.

Menariknya sebelum beliau mengikuti NUT 2019, beliau melakukan solat Sunat Hajat 12 rakaat untuk meminta pertolongan Allah SWT adakah program Dr Roket ini merupakan jalan yang akan membantu pengajian PhD beliau. Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar indahnya proses membuat keputusan Ustazah Shuhaida Hanim. Beliau juga berasa syukur kerana asbab COVID-19 beliau berpeluang untuk recharge NUT untuk kembalikan momentum pengajian PhD beliau.

 

Ustazah Shuhaida Hanim bersama tesis terkini

Tidak pernah terfikir beliau boleh menghasilkan tesis dengan jumlah yang sangat luar biasa iaitu sebelum seminar NUT yang hanya mempunyai 40 muka surat dan terkini beliau telah memiliki sebanyak 1785 muka surat! Syukur syukur syukur. “Sehingga sekarang saya syukur, banyak sangat perubahan yang bukan hanya pada tesis tetapi seiring dengan perubahan kehidupan juga”, kata Ustazah Shuhaida Hanim. Asbab proses Dr Roket dengan izin Allah swt, banyak benda positif yang berlaku dalam diri beliau.

Baca artikel berkaitan: 2 Tahun Tersangkut Tesis, Dijemput Jadi Platinum

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x