Jutaan tahniah diucapkan kepada bakal Dr, cik puan Zuraini Idris.
Dr. Zuraini Idris
Kaunseling
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Pembangunan Model Latihan Kaunseling Pembentukan Personaliti dan Cerdas Spiritual Bagi Guru Pelatih Di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
1.Prof Madya Dr. Ku Suhaila Ku Johari
2.Lt Kdr Prof. Madya Dr Abu Yazid Abu Bakar TLDM (Bersara)
Kajian membangunkan sebuah Model Latihan Kaunseling Pembentukan Personaliti dan Cerdas Spiritual Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian ini, terdapat empat komponen utama, iaitu objektif, kandungan, aktiviti dan penilaian. Bagi dapatan kajian wujud kesepakatan pakar terhadap empat komponen utama tersebut dengan 27 elemen yang terkandung di dalamnya. Dapatan kajian juga menunjukkan nilai peratusan skor penerimaan komponen utama dan elemen adalah tahap sesuai dan menepati syarat yang ditetapkan. Oleh yang demikian, sebuah Model Latihan Kaunseling Pembentukan Personaliti dan Cerdas Spiritual Guru Pelatih di IPGM dibangunkan yang boleh diguna pakaikan oleh kaunselor di IPGM.
Cadangan kajian lanjutan untuk membangun dan menguji keberkesanan modul latihan kaunseling dengan populasi yang lebih besar serta membuat perbandingan model yang sedia ada dengan intervensi lain yang berkaitan.