fbpx Skip to main content
search
0

Meskipun Vivalicious 4.0 sudah berakhir pada 14 hingga 15 Mei yang lalu, bahang Vivalicious masih terasa sehingga ke hari ini.

Mungkin ada yang ternanti-nantikan dan nak tahu, “apa kata panel-panel ni”?

Sudah tentulah, bukan calang-calang orang boleh terpilih menjadi panel untuk pembentangan Vivalicious kali ini, namun tiga orang panelis hebat ini dipilih oleh Dr. Roket untuk memberikan penilaian terhadap hasil pembentangan peserta Vivalicious 4.0.

Daripada seorang sahaja panel sebelum ini, Vivalicious 4.0 telahpun bertambah kepada 3 orang. Sudah tentu ‘impaknya’ cukup hebat, bukan?

Penulisan kali ini akan berkongsikan mengenai ulasan dan maklum balas oleh barisan panel mengenai Vivalicious 4.0.

Antara panel Vivalicious 4.0 yang dijemput ialah Dr. Nur Ashikin binti Marzuki, Ts. Dr. Nur Hidayah dan Dr. Hasiah Mat Salleh.

Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad – PhD Tesis Cemerlang Skala 1 USM (panel kedua)

1. Perasaan sebagai panel Vivalicious kerana sebelum ni menjadi peserta Vivalicious:

“Assalamualaikum dan salam ceria semua. Saya Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad merupakan salah seorang panel VIVAlicious 4.0. Alhamdulillah syukur..

Pertama sekali, izinkan sy sampaikan tanda penghargaan terima kasih saya buat Dr Roket, Dr Mohd Khairul Nizam dan suri hati Dr Roket, Dr Mardiana..

Terima kasih banyak-banyak kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk turut sama membantu platinum Dr Roket pada hari bersejarah VIVAlicious 4.0. Subhanallah misi mendatangi Skala 1 semakin jelas.

Saya sangat-sangat teruja sepanjang VIVAlicious berlangsung.. Berada di kerusi ‘examiner’ telah membuatkan otak saya ligat berfikir dengan pantas..

Soalan saya pada diri setiap kali pembentang membentangkan kajian masing-masing adalah, ‘Apa yang boleh saya bantu untuk pembentang dapat tesis yang berkualiti?’

Nikmat kesyukuran di sini.. Allah izinkan saya untuk terus memberi di sini.. Betapa proses Dr Roket telah mendidik saya menjadi Hidayah hari ini dengan izinNya, di sini di VIVAlicious 4.0 sinar mendatangi Skala 1 semakin jelas dan nyata.

Semoga semakin ramai platinum Dr Roket yg berjaya menikmati Skala 1 Tesis Cemerlang. Allahumma aamiin.

2. Berapa kali join Vivalicious dan apa perbezaannya antara Vivalicious lepas dan sekarang?

Alhamdulillah Allah izinkan saya hadir 4 kali VIVAlicious.

Pertama kali hadir sebagai pembentang tahun 2019. Masa tu baru sem 1 dan belum Proposal Defense lagi.. Kali kedua tahun 2020, hadir lagi sekali sebagai pembentang setelah selamat Proposal Defense.

Alhamdulillah syukur sangat.. 2021, kali ketiga berpeluang lagi untuk hadir sebagai pembentang sebelum ‘submit’ tesis. SubhanAllah lain macam perasaannya waktu tu.

Nikmat kesyukuran yang sangat luar biasa di mana medan VIVAlicious Dr Roket ini telah membuatkan saya semakin bersemangat untuk masuk bilik Viva.. Melihat betapa sabarnya Dr Roket sepanjang pembentangan berlangsung dari awal pagi sehingga melepasi tengah malam..

Allah.. Betapa komitednya Doc, Mar dan tim Dr Roket memastikan semuanya berjalan lancar.. Betapa berharganya proses yang padat dengan ilmu dan info ini.. Betapa luar biasanya ‘aura energy’ circle platinum Dr Roket..

Medan ini telah membuatkan saya semakin percaya pada diri untuk bermimpi menggapai Skala 1.. Medan ini telah membuatkan saya semakin bersyukur kerana dapat kenal apa itu “Mahkamah Agong”.

Semuanya dengan izin Allah..

Sabar..

Buat ja..

Tulis ja..

Follow ja..

Pekakkan telinga butakan mata..

‘Trust the process’ kerana Allah..

Dengan izinNya nikmat tiga kali VIVAlicious ini telah mematangkan saya untuk masuk bilik Viva dengan penuh ketenangan.. kedamaian.. kebahagiaan.. Alhamdulillah sujud syukur.

Tahun 2022, Allah izinkan untuk hadir lagi. Alhamdulillah.. Kali ni telah selamat melalui VIVAlicious yang sebenar..

Tahun ini sangat-sangat berbeza.. Betapa Dr Roket sentiasa ‘raise standard’.. ‘Grow’ dengan sangat luar biasa..

Dari hanya Doc seorang sebagai panel VIVAlicious.. membawa kepada 2 orang panel pada tahun 2021, kini tahun 2022 Doc menjadi ketua panel VIVAlicious dan dibantu oleh 3 orang panel VIVAlicious..

Terima kasih banyak-banyak Doc dan Dr Mar utk ruang dan peluang ini.. Subhanallah ia terlalu berharga buat saya untuk nikmat sebagai salah seorang panel VIVAlicious..

Semoga Dr Roket 2M World terus ‘grow’ dengan sangat luar biasa untuk membantu lebih ramai post graduate di luar sana.” ❤️

Kepada yang terlepas menyaksikan Vivalicious 4.0 pada 14-15 Mei lepas, jangan risau.. Anda boleh saksikan ulang tayang Live di sini:
Tonton Vivalicious 4.0 Di Sini
Bagi yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar seperti yang dilalui oleh mereka yang telah berjaya, jom sertai Seminar Nak.Ubah.Tesis yang akan diadakan pada 26-28 Ogos 2022 nanti:
Daftar Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) Di Sini
Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda dan di platform media sosial dengan menggunakan pautan di bawah:
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x