fbpx Skip to main content
search
0

Meskipun Vivalicious 4.0 sudah berakhir pada 14 hingga 15 Mei yang lalu, bahang Vivalicious masih terasa sehingga ke hari ini.

Mungkin ada yang ternanti-nantikan dan nak tahu, “apa kata panel-panel ni”?

Sudah tentulah, bukan calang-calang orang boleh terpilih menjadi panel untuk pembentangan Vivalicious kali ini, namun tiga orang panelis hebat ini dipilih oleh Dr. Roket untuk memberikan penilaian terhadap hasil pembentangan peserta Vivalicious 4.0.

Daripada seorang sahaja panel sebelum ini, Vivalicious 4.0 telahpun bertambah kepada 3 orang. Sudah tentu ‘impaknya’ cukup hebat, bukan?

Penulisan kali ini akan berkongsikan mengenai ulasan dan maklum balas oleh barisan panel mengenai Vivalicious 4.0.

Antara panel Vivalicious 4.0 yang dijemput ialah Dr. Nur Ashikin binti Marzuki, Ts. Dr. Nur Hidayah dan Dr. Hasiah Mat Salleh.

Ustazah Dr. Hasiah binti Mat Salleh – PhD Tesis Cemerlang UM (panel ketiga)

1. Perasaan sebagai panel Vivalicious kerana sebelum ni menjadi peserta Vivalicious:

“Assalamualaikum wrt. wbt.

Saya Ustazah Dr. Hasiah binti Mat Salleh merupakan Platinum Premier Dr. Roket, CRMP dan Panel Penilai bagi Program Vivalicious 4.0 Dr. Roket 2022.

Perasaan saya selepas menghadiri Vivalicious 4.0 ialah rasa sangat-sangat bersyukur, berterima kasih, teruja dan sehingga sekarang masih teringat kehebatan program tersebut.

Saya bersyukur dengan izin Allah yang menganugerahkan Tesis Cemerlang Universiti Malaya ketika Viva lalu, telah membuka peluang untuk saya dapat bersama sebagai panel penilai bagi Vivalicious 4.0 ini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Roket, Dr. Mardiana Ishak dan ‘team’ Dr. Roket yang telah memilih saya dan memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu rakan-rakan Platinum setelah melalui proses bersama Dr. Roket selama tiga tahun – menghasilkan Tesis Cemerlang Universiti Malaya itu adalah sangat mahal.

Vivalicious ini memberi peluang saya untuk memberi kembali, menabur bakti kembali kepada rakan-rakan Platinum adalah satu peluang yang sangat besar bagi saya.

Ia memberi saya satu pengalaman, kemahiran yang sangat mahal dan luar biasa untuk saya menjadi penilai yang mempunyai kemahiran mendengar, berkomunikasi dan mampu respon dengan baik secara segera.

Pengalaman membaca 39 tesis hanya ketika pembentang melakukan pembentangan ini tiada diperolehi di peringkat universiti.

Ini memperkayakan kemahiran dan keyakinan diri saya yang luar biasa dengan niat untuk membantu rakan-rakan untuk dapatkan Tesis Cemerlang Skala 1. Ini menyebabkan saya dapat membina kemahiran diri saya yang luar biasa di samping membantu rakan-rakan mendapatkan formula Tesis Cemerlang Skala 1.

Saya juga dapat belajar bagaimana kemahiran untuk menjadi seorang “excellent examiner” dan pengalaman mendalami tesis pelbagai bidang dalam masa yang singkat. Ini memberi pengalaman untuk saya melihat kualiti tesis di tahap draf 41 yang berbeza dengan kualiti tesis Vivalicious yang saya ikuti sebelum-sebelum ini.

Kesannya, saya dapat banyak ilmu sepanjang menjadi panel penilai dalam aspek maklumat kajian dari pelbagai universiti dan bidang untuk saya memberi pandangan penambahbaikan, kemahiran seorang penilai dan limitasi seorang penilai yang sukar diperolehi ketika menjadi penilai di peringkat universiti.

2. Berapa kali ‘join’ Vivalicious dan apa perbezaannya antara Vivalicious lepas dan sekarang?

Saya telah mengikuti Vivalicious 2.0 sehingga 4.0 kerana sebelum itu saya belum menjadi Platinum. Perbezaan yang saya dapat lihat ialah dari 2 aspek iaitu kualiti program tersebut.

Dalam aspek kualiti, program Dr. Roket telah upgrade dari segi susunan dewan dan kualiti penilai. Vivalicious 2.0 susunan berpusat di hadapan dewan diikuti secara ‘online’ ekoran PKP.

Kemudian, dipertingkatkan kualiti dengan susunan dewan berbentuk ala-ala “wrestling” dengan pembentang berada di tengah yang lebih memberi impak ‘melawan ketakutan’ dan memerlukan persiapan yang lebih luar biasa.

Jika dalam keadaan cabaran rasa takut dan dikelilingi 100 penonton Platinum boleh dihadapi, tidak mustahil Platinum lebih mampu bersedia dengan hanya 8 orang atau 6 orang panel.

Kemudian, dari segi kualiti penilai, bermula dengan Dr. Roket sahaja seorang penilai yang sangat berkemahiran luar biasa, diikuti dengan gabungan bersama Dr. Nur Ashikin Marzuki (yang juga sangat menguasai kemahiran penilaian tesis dalam pelbagai aspek) ditambah pula bagi Vivalicious 4.0 dengan empat penilai dengan tambahan kami dua orang penerima anugerah Tesis Cemerlang Skala 1 lebih memberi impak kualiti tesis yang sangat luar biasa.

Kemudian, yang kedua, selain persiapan kita dapat lihat perbezaan kelayakan peserta dan ‘outcome’ atau tujuan Vivalicious.

Dalam aspek kelayakan peserta, kelayakan peserta yang dipertingkatkan dari Platinum yang mempunyai draf ke-9 bagi kelayakan Vivalicious 2.0 diikuti draf ke-25 ke atas untuk Vivalicious 3.0 dan draf ke-41 bagi Vivalicious 4.0, pastinya kualiti graduan Platinum dapat dipertingkatkan.

Ini bersesuaian dengan perbezaan ‘outcome’ atau tujuan Vivalicious yang berbeza bermula dengan “habiskan apa yang telah dimulakan”, adalah bertujuan menyelesaikan tesis yang telah melalui pengajian terlalu lama 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun dan sebagainya telah dicapai dalam Vivalicious 2.0.

Manakala Vivalicious 3.0 untuk mengurangkan keputusan Viva Platinum yang ‘major correction’ yang menghasilkan banyak keputusan Platinum yang ‘minor correction’ dan Tesis Cemerlang dan Skala 1.

Kini, Vivalicious  4.0, perbezaannya bertujuan melahirkan keputusan Viva Platinum Tesis Cemerlang dan Tesis Skala 1 di pelbagai universiti di Malaysia dan dunia. Kita bakal melihat keputusan Tesis Cemerlang dan Skala 1 dalam masa enam bulan dari sekarang.

Kepada yang terlepas menyaksikan Vivalicious 4.0 pada 14-15 Mei 2022 yang lalu, jangan risau.. Anda boleh saksikan ulang tayang Live di sini:
Tonton Vivalicious 4.0 Di Sini
Bagi yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar seperti yang dilalui oleh mereka yang telah berjaya, jom sertai Seminar Mudah.Siap.Tesis (M.S.T) yang akan diadakan pada 30 Julai 2022 nanti:
Daftar Seminar Mudah Siap Tesis (M.S.T) Di Sini
Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda dan di platform media sosial dengan menggunakan pautan di bawah:
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x