fbpx Skip to main content
search
0

Tidak kiralah samada anda sedang melanjutkan pengajian Master atau PhD, tetapi apa yang pasti badai atau liku-liku cabaran pastinya akan membuatkan kita down sehinggakan ada daripada anda dah terdetik untuk tidak lagi meneruskan perjuangan ini. Itulah yang dirasai oleh salah seorang Platinum Dr Roket iaitu Dr. Nadzirah Hanis Zainordin yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Fakulti Sains Kesihatan dan menyambung pengajian dalam bidang PhD Sains Pemakanan.

Di dalam perkongsiaannya pada episod ke 6 Merdekakan Tesisku, antara cabaran-cabaran yang diharungi sebelum mendapat suntikan vaksin AstraNUT adalah tidak tahu bagaimana untuk menulis dan siapkan tesis walaupun pada masa itu beliau telah pun collect data.

Seterusnya beliau juga mengalami cabaran apabila beliau sendiri tidak yakin dengan penulisannya. “Betul ke apa yang ditulis? cukup ke semua point? SV terima ke? kalau orang tengok tesis ni layak ke dapat PhD?”. Itulah antara perkara yang berlegar-legar di dalam minda beliau.

Sesi Live Merdekakan Tesisku

Selain itu, penyakit suka bertangguh juga menjadi salah satu favourite routine beliau ketika itu dan seterusnya membawa kepada tiada progress yang dihasilkan pada tesis. Dan apabila tiada progress, beliau pun terpaksa redha sahaja untuk membayar yuran pengajian. “Bayar,bayar,bayar”.

Disebabkan oleh tiada progress yang dihasilkan, cabaran yang dihadapinya menjadi semakin rumit apabila hubungannya dengan SV tidak lagi murni. Sehinggakan beliau telah sampai ke tahap paling kronik apabila beliau telah berputus asa dan pernah berbincang dengan SV untuk menamatkan perjuangan PhD nya. Allahuakbar, hebat sungguh cabaran yang diharungi oleh Dr Nadzirah.

Tetapi segalanya mula berubah dan kehidupannya telah bersinar apabila beliau sendiri mengambil inisiatif untuk menyertai NUT. Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan usaha beliau, setelah mendapat suntikan Dr Roket melalui program NUT beliau sudah mula yakin dengan penulisannya di dalam tesis. “Kerana NUT, saya belajar untuk menulis setiap hari dan saya akan pastikan saya menulis”.

Disamping itu, beliau juga berkongsikan pendapat peribadinya terhadap program ini dengan menyatakan bahawa proses Dr Roket ini bukan sekadar menerima vaksin sahaja tetapi kita juga memerlukan proses ini dalam jangka masa yang panjang untuk slowly nampak perubahan.

Dr Nadzirah bersama tesis beliau

Manakala, Dr Nadzirah meluahkan rasa syukur apabila beliau menerima vaksin yang paling power semasa NUT  iaitu ketika Dr Roket mengajar para pelajarnya supaya mendekat diri dengan tuhan. “Kita kena mengenali siapa yang mencipta kita dan apa tujuan kita hidup di dunia ini”.

Vaksin seterusnya adalah ketika beliau sendiri membuat keputusan untuk menyertai Platinum. Beliau berkongsi bahawa vaksin ini juga telah boostkan kebaikannya sampaikan penyakit baru nak membiak pun tak sempat, kita bunuh dulu! Jangan main-main, biawak pun boleh mati tau kena cucuk vaksin AstraNUT ni…

Beliau juga sempat berkongsikan pengalaman beliau ketika Viva pada 15.5.2020 yang jatuh di bulan Ramadhan pada ketika itu. “Bercakap sebagai seorang pelajar yang telah melalui pengalaman Viva, kita semua tidak perlu takut dan jika ada penambahan anggaplah bahawa mereka (panel) mahukan lebih baik daripada kita”.

“Saya memang dapat rasakan bahawa Viva itu adalah sangat delicious serta membuka minda kita bahawa proses Viva itu sendiri adalah proses pembelajaran. Tambah juga, dengan mindset yang betul dan ilmu di dada pastinya kita dapat lalui proses Viva dengan baik! Insyallah” kongsi Dr Nadzirah yang ketika ini sudah mempunyai 550 halaman tesis. Allahuakbar.

Akhir sekali, beliau juga turut berkongsi antara rahsia beliau dapat Viva dengan jaya adalah dengan penggunaan RRD & ARMP Chart yang massive! “Pentingnya tools ini kerana ianya selari dengan konsep yang disampaikan iaitu ‘jangan percaya apa kita fikir, percaya apa yang kita tulis’. Dan RRD ini juga menjadi bukti penulisan tesis. Tambahan pula, RRD ini bukan sekadar diari biasa tetapi adalah diari yg mampu buatkan kita mengorakkan langkah dengan lebih jauh! Apa yang kita lakarkan dari permulaan kita mendaftar pengajian sehinggalah ke akhirnya.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x