Setiap daripada kita memiliki masa yang sama, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan dan 12 bulan setahun. Tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang, untuk sesiapa pun anda inilah kesempatan menyemai strategi, ilmu, usaha dan amalan untuk menuai pada kemudian hari. Bak kata pepatah; ‘siapa yang menanam, dia yang akan menuai.’
Kadang kala, walaupun sekuat mana anda berusaha menjaga masa dan berdisiplin mengikuti jadual tersedia, namun ia tidak memandai buat jaminan kejayaan anda. Kerana tiap perkara mempunyai masanya yang tepat dan tersendiri, sama ada hukum alamiah mahupun peraturan ciptaan manusia. Sebagai contoh, waktu solat, waktu bekerja dan waktu tidur.
Begitu juga buat anda wahai bangsa Posgrad! Anda sebagai ‘senior’ didalam dunia pengajian IPT pastinya lebih arif tentang jadual akademik dan takwim Kuliyyah masing-masing. Untuk menyelesaikan tesis, anda perlu faham ‘rutin asas’ universiti dari sudut pensyarah, pelajar, kelas, aktiviti Ko-kurikulum dan sebagainya, agar anda nampak masa terbaik selesaikan tesis!
Ya! Anda perlu faham tesis juga mempunyai masa yang terbaik untuk anda selesaikan. Umpama menyiapkan assignment sewaktu zaman Degree dulu-dulu, ada sesi pembelajaran, study week, submission week dan cuti semester. Mengikut pengalaman dan penilaian Dr. Roket, bulan 6, 7 dan 8 adalah waktu terbaik anda memberi fokus 100% didalam tesis anda.
Selama 3 bulan ini, tempat terbaik anda adalah di Universiti yang tercinta. Kerana kebanyakkan IPTA pada bulan 6, 7 dan 8 adalah tempoh bertenang buat para pensyarah dan pelajar kerana cuti semester sedang berlangsung kebiasaannya. Jika pada bulan- bulan sebelumnya, kebiasaan para pensyarah, pentadbir dan pelajar mungkin terlalu sibuk bagi sesi pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, berdasarkan pengalaman Dr. Roket lebih 10 tahun sebagai pensyarah, bulan Jun sehingga Ogos adalah waktu keemasan buat bangsa Posgrad. Ini kerana, kelas pengajaran, konsultansi, mesyuarat, menyemak ratusan tugasan pelajar dan menanda ratusan kertas jawapan telah pun selesai. Jadi masa ini kebiasaan pensyarah sudah berada didalam mood lapang.
Inilah masa amat baik untuk memecut penulisan tesis anda!
Peringkat akhir tiap semester adalah proses menjana data markah para pelajar dalam bentuk statistik, dan dibentang dalam mesyuarat pengesahan markah. Pensyarah telah mula ceria melihat melihat markah para pelajar. Pemikiran dan jiwa mereka telah mula lapang, dan boleh memberikan perhatian lebih kepada penyeliaan tesis anda.
Anda berkesempatan membuat temu janji dengan lebih kerap bersama SV anda untuk berbincang dan menambah baik kajian tesis anda. Ini disebabkan penyelia tesis mempunyai lebih masa selain daripada tugasan hakiki mereka disamping suasana persekitaran Universiti lebih tenang. Tiada keributan kelibat pelajar Degree bergegas ke kelas masing, sekali gus menjadikan mood dan emosi anda serta penyelia berada didalam kadar yang baik. Kami sudah dedahkan satu tips bernilai, klik disini untuk lebih banyak tips: http://t.me/drroket