fbpx Skip to main content
search
0

Catatan Dari Geng Platinum DrRoket.
.
“Alhamdulillah, gambar bersama ibu di pagi Hari Raya Aidilfitri yang cukup bermakna tahun ini. Alhamdulillah Raya tahun ini tidak sama dengan tahun Lepas. Raya tahun ini Raya yang mengukir senyuman. Raya yang dapat nampak depan mata first draft tesis. Syukur ya Rabb dengan ilmu yang telah Dr Roket curahkan kepada kami.
Terima kasih banyak Dr Roket dan team serta sahabat-sahabat Platinum yang banyak beri suntikan positif. Moga kita semua diberi kemudahan untuk menyiapkan draft seterusnya”. .
Aid Day 2 1440h

 

 

Nota carik pengalaman manis.

Alhamdulillah, segala puji bagiNya.Hasrat syukur saya dedikasikan di atas nikmat yang sangat banyak dan paling utama nikmat siap First draft tesis.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dr Roket dan team. Saya sangat bersyukur sangat dapat berjumpa dengan Dr Roket. Dengar nama Dr Roket tahun Lepas, namun pada 23/2/2019 (Gempur Kl) baru join program selepas tesis hampir meninggal dan juga motivasi makin rendah serta mental makin hanyut.

Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan Dr Roket. Input yang diberikan telah merubah persepsi kepada Dr Roket. Ini bukan orang makan duit, ini orang nak tolong orang. Ini orang ada visi Islam yang lebih besar untuk masa mendatang. Maka saya ambil sikap berani labur dalam pelaburan ini. Ambil borang platinum terus isi. Alhamdulillah. Perubahan berlaku dan bertambah baik. Rupanya dalam perjalanan ada satu penyakit lain yang memerlukan kepada Doktor yang khusus untuk merawat dan alhamdulillah Doktor tersebut bagi saya adalah Dr Roket. Maka ilmu gempur diteruskan Dan diamalkan dengan target siap first draft tesis dalam masa 6 Bulan.

Selepas itu, bermula episod kedua bila mana berkelana tiga hari untuk RIC 1(Batch Pertama) pada 8-10/3/19. Maka saya dibakar sikit demi sedikit. Ilmu dicurahkan satu demi satu dengan ikhlas. Satu kata kunci adalah ilmu ini merupakan blue print insan-insan hebat telah GBT ( Graduate Before Time) dan GOT ( Graduate On Time). Maka satu falsafah dipegang “Buat Je Jangan Percaya”.

Rahsianya sangat besar dan hasilnya juga lumayan. Alhamdulillah satu matlamat ditetapkan iaitu siap first draft tesis dalam masa 5 Bulan iaitu pada 4/10/19.

Episod ketiga dengan bertemu insan hebat Dr Zack Zairul, pada 16&17/3/2019 bagi bengkel Mendeley dan Atlas.ti. Insanini bukan calang-calang. Beliau mempunyai dan memegang banyak rahsia serta hikmah kejayaan dunia dan akhirat. Ilmu Atlas.ti membuka Mata, bahawa matlamat untuk siap cepat bukan perkara mustahil. Maka segala teknik diperkenalkan dengan tersusun dan mengikut kehendak peserta. Alhamdulillah. Ini orang juga bukan makan duit. Ini orang nak tolong orang. Gambaran lebih jelas, matlamat makin dapat dicapai. Maka ilmu diasah Dan diamalkan sikit demi sedikit. Alhamdulillah dipermudah.

Episod seterusnya RIC 2 pada 12-14/4/2019, mengajar erti sebenar. Gambaran lebih jauh terkehadapan diberikan. Falsafah “Besarkan kehidupan, kecilkan tesis” satu kata keramat dan berhikmah. Dijadikan panduan dalam menjalankan kehidupan. Alhamdulillah, saya menyahut cabaran siap first draft tesis dalam 2 bulan (sebelum ini 5 Bulan). Target dua Bulan tersebut pada 31/05/2019, dalam 10 Malam terakhir Ramadhan, sebelum Raya supaya dapat Raya dengan air Mata kegembiraan.

Selepas keluar RIC 2, rakan-rakan platinum yang lain memulakan langkah dengan sangat laju. Ini memang betul-betul Roket. Maka jiwa, hati, mental mula terbakar. Setiap minggu, akan ada rakan Platinum update siap first draft tesis. Aku tidak boleh berdiam diri. Kena mula laju Dan laju. Maka target baru mula dibuat iaitu siap first draft tesis sebelum Ramadhan iaitu sebelum 5/5/19.

Namun, seminggu sebelum puasa, ALLAH SWT menguji jiwa ini dengan kesihatan ibu. Ibu masuk wad. Maka terpaksa balik teman beliau. Dua minggu Di rumah berkhidmat. Jadual mula berubah. Saya ingatkan tiada win tapi saya lupa win paling besar adalah dapat khidmat kepada ibu Dan nenek selama dua minggu. Berapa banyak pahala mencurah.. Ya Rabb, jahilnya aku.

Seterusnya, ibu keluar wad dan saya Minta izin untuk kembali ke KL untuk siapkan first draft tesis.Selepas itu, Dr Fahmi update win besar dia. Manakala Dr Roesfan mula mesej saya dan cabar saya. Pembakaran terbuka kena dibuat. Dr Roesfan cabar siap dalam masa tiga hari iaitu pada Hari Ahad 26/5/19 kena siap jugak. Kalau tidak kena denda dan dendanya agak berat.

Dan episod yang terakhir dan Manis. Ketika berteleku di Main Library UM, menghabiskan ayat-ayat terakhir First draft tesis. Dan alhamdulillah pada tarikh 26/5/2019, pukul 2.30 petang saya siapkan first draft tesis saya. Bulu Roma meremang tiap kali ucap Alhamdulillah. Betul kata Dr Fahmi, perasaan dia lain macam yang payah nak gambarkan. Hanya yang dapat sahaja yang rasa.

Tiada kata yang lebih layak selain pujian kepada Sang Pemberi, ALLAH SWT Yang Maha Pemurah. Alhamdulillah.Maka Hari ini saya kongsikan jejak manis ini sebagai penghargaan kepada semua terutama Dr Roket dan team yang sangat banyak membantu. Betul kata Dr Roket : Tiada yang kebetulan dalam hidup. Alhamdulillah sekali lagi dipertemukan dengan Dr Khairul Nizam a.k.a Dr Roket dan team.

Maka saya celebrate kejayaan ini dengan menghadiahkan Kain telekung Siti Khadijah kepada ibu saya sempena Raya. Pengorbanan Dan doa ibu sangat berkat Dan ALLAH SWT dengar doa ibu.Semoga ianya dikira sebagai amal soleh dan dijadikan asbab mendapat syurga ALLAH SWT.

Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua. Saya dedikasikan setinggi penghargaan kepada yang utama Ibuku, Mentorku Dr Roket, Penyeliaku, sahabat-sahabatku geng platinum Dr Roket, sahabatku yang lain.Sesungguhnya, first draft tesis ini bukan hasil daripada saya berseorangan namun hasil doa dan usaha semua.

Moga makin ramai lagi geng platinum sapat menyiapkan first draft tesis. Dan juga, makin ramai lagi bangsa PG yang akan join Seminar Dr Roket.

 

#DrRoket

#MasterPh.DStrategist

 

 

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x