Berada didalam zon selesa, hampir menghanyutkan beliau daripada menamatkan pengajian tepat pada masanya. Ikuti kisah benar Puan Siti Munirah Maharum, yang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Marketing di USM Pulau Pinang dan sekarang berada didalam semester 2.
“Alhamdulilah. Saya sangat sangat bersyukur selepas kenal Dr. Roket. Saya sendiri tidak boleh bayangkan bagaimana keadaan saya jikalau saya masih tidak ambil langkah setapak ke hadapan untuk kenal siapa dan apa itu Dr. Roket.
Segan saya nak ceritkan sebenarnya sebelum saya kenal Dr. Roket, tetapi demi hendak bantu rakan-rakan lain yang belum mengenali Dr. Roket, saya gagahkan diri untuk terus berkongsi. Doakan buat saya agar Allah Ta’ala bukakan lebih banyak pintu keberkatan dalam hidup saya. Allahumaamin.
Saya sebelum kenal Dr. Roket, seorang yang suka stay up dan selepas subuh sudah tentu akan tertidur semula. Mind-set saya ketika itu “student PhD kena rajin stay up, tidur lewat buat kerja”, tapi sebenarnya jikalau saya membuka laptop banyak tengok Facebook dan Shopee sahaja! Keesekon harinys bangun rasa down, apabila melihat di Microsoft Words tidak tulis apa pun.
Belum sentuh lagi bab pengurusan masa, disebabkan stay-up sangat, bangun lewat sikit, maka siang tidak menjadi produktif. Mengantuk sahaja kerjanya. Kemudian mula bagi alasan lagi mengatakan penat menjaga anak-anak di rumah. Dan akhinya tesis saya sangat susah nak bergerak. Saya boleh katakan sebanyak 1-2 muka surat sahaja selama seminggu. Kadang-kadang tidak ada muka surat langsung.
Syukur dengan izin Allah Ta’ala, Allah Ta’ala gerakkan hati saya untuk sertai Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada Ogos yang lepas, walaupun semasa itu saya tidak pasti ini program apa. Tetapi saya ikut kata hati sebab sudah hari-hari minta kepada Allah Ta’ala, tunjuk jalan kepada saya supaya saya dapat menulis juga dan sentuh tesis juga walaupun dengan komitmen dua orang anak yang masih kecil.
Perubahan paling ketara yang berlaku dalam hidup saya? Yang pertama, tidak ada lagi istilah stay-up buat saya, dan alhamdulilah boleh bangun seawal 4am, bangun bertahajud berhubung dengan Allah dan sudah pandai menggunakan waktu yang tenang untuk fokus dengan tesis saya. Tidak lama, cukup hanya 40minit atau 1jam.
Kemudian saya sudah sedia untuk Solat Subuh lebih awal & teruskan dengan baca Al-Quran atau Hisnul Muslim. Daripada situ saya sudah dapat masa saya untuk menulis tesis.
Perubahan kedua adalah, saya sudah banyak mendoakan orang lain lebih daripada saya doakan diri saya sendiri. Kalau dahulu, saya banyak bersimpati tetapi tidak banyak yang saya akhiri dengan DOA. Sekarang, contohnya jikalau saya lihat atau terdengar ada orang dalam kesusahan, cepat-cepat saya memanjatkan doa kepada Allah Ta’ala, moga Allah Ta’ala cepat-cepat angkatkan cabaran yang dia sedang hadapi. Dalam Platinum, kami sentiasa diingatkan untuk banyak mendoakan orang lain, dan syukur itu perubahan cukup luar biasa buat saya sendiri. Seronok malah bersyukur tengok orang lain berjaya.
Perubahan ketiga paling ketara buat saya adalah, tesis saya sudah mula bergerak dan terus ada perkembangan! Bayangkan selama dua semester saya cuma ada 18 muka surat sahaja. Alhamdulilah sekarang sudah masuk 75 muka surat dan insya- Allah semakin bertambah dan berevolusi. Dengan izin Allah Ta’ala, selepas Seminar Nak Ubah Tesis (NUT), saya mengaplikasikan banyak. Terkini saya sedang gunakan Brain Focus secara massive lagi sewaktu menulis tesis.
Alhamdulilah syukur dengan izin-Nya juga dan saya bersyukur dapat kenal Dr. Roket, Dr. Khairul Nizam, Dr. Mardiana Ishak dan seluruh tim 2M World yang banyak bantu kami kumpulan Master PhD suluh ke jalan Master PhD yang lebih cerah bukan jalan suram. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan Platinum, anda semua memang terbaik dan semoga semua impian sahabat-sahabat Platinum semua Allah Ta’ala mudahkan dan makbulkan.”
Perubahan demi perubahan positif yang beliau alami sejak menyertai seminar Dr. Roket, membuktikan keberkesanan proses ini terhadap bangsa posgrad. Semuanya bermula dengan tindakan tindakan betul (TTB) yang beliau lakukan dengan komited. Klik disini untuk anda juga mampu komited seperti beliau: http://t.me/drroket .