“Izinkan saya bercerita mengenai perjalanan PhD saya yang penuh makna ini. Saya Puan Faridah Hanim binti Shakirin, pelajar PhD Universiti Putra Malaysia bermula tahun 2012.
Sekarang sudah pun tahun 2020, jika ikutkan sudah lapan tahun perjalanan saya, saya ingat lagi pada saat saya rasa sangat terkelu, apabila Allah Ta’ala takdirkan saya buat PhD tahun 2012.
Saya adalah seorang yang sangat rajin dan patuh kepada penyelia saya. Apa sahaja kerja makmal yang diminta saya akan buat dan buat sehingga saya kira semula, objektif saya sudah sampai 10!
Saya tidak pasti dengan apa yang saya lalui, saya terus buat kerja makmal saya sehingga saya sudah berada di sem yang ke 10 saya masih buat labwork, saya dah mula hilang arah tuju apabila eksperimen makmal yang dibuat tidak menjadi-jadi.
Paper yang dihantar ke journal tidak diterima walaupun sudah hampir 7 journal saya hantar. Saya tidak tahu silap saya di mana, sehinggalah satu hari saya mengambil keputusan untuk tinggalkan dunia research yang tiada penghujungnya.
Saya berasa sangat kecewa dan saya tidak sanggup lagi. Saya ingat lagi ketika saya sangat serabut, saya seolah-olah mencari jalan keluar dari hidup saya. Sehingga saya mengambil keputusan untuk fokus pada perkara lain yang boleh majukan diri saya.
Saya berasa terlampau tertekan sehingga saya minta Allah Ta’ala cabutkan nyawa saya, bertahun saya mengambil keputusan untuk tidak berjumpa penyelia, semakin saya jumpa semakin saya tertekan.
Tahun 2016 adalah tahun di mana saya melakukan perniagaan secara serius kerana saya fikir “aku kena bayar biasiswa, jadi aku kene usaha keras!” Saya cipta alasan untuk saya tidak tengok tesis saya.
Penyelia saya mula risau, dia hubungi saya beberapa kali, tapi saya tidak endahkan, saya sudah tidak boleh dengar lagi suara penyelia saya.
Betapa saya negatif dengan penyelia saya, yuran terus dibayar, tetapi perkembangan masih tiada lagi. Saya tenggelam di dalam dunia perniagaan saya, dan pada masa yang sama saya dapati saya maju luar biasa dengan perniagaan yang saya lakukan.
Pada masa yang sama saya berdoa “Ya Allah, aku perlu bayar biasiswa aku, aku mohon Kau mudahkan segala urusanku, Maafkan aku, ya Allah. PhD ini bukan milikku, bukan jalanku, tetapi semakin hari semakin aku mendapat tentangan keluarga kerana aku tidak buat PhD, aku bertambah tertekan hidup ini. Allah Akhbar!” Aku terus berdoa dalam Tahajudku; “Tunjukkan aku jalan orang yang boleh bimbingan aku sehingga aku tamat PhD”.
Dipendekkan cerita, saya berjumpa Dr Roket ketika Pre-NUT USIM pada April 2019, pertemuan kali pertama yang penuh bermakna. Kemudian saya sertai Nak Ubah Tesis untuk dapat impak yang lebih bermakna, saya sangat tersentuh dengan kata-kata daripada Dr Roket yang mengatakan bahawa PhD adalah jambatan ke syurga.
Bermula daripada saat itu terbuka hati dan fikiran saya untuk secara serius terus komited kepada Program Dr Roket dan mendaftarkan diri sebagai Platinum Dr Roket pada bulan Mei 2019. Saya sangat TERUJA dengan Result yang saya ada hari ini, 28 Ogos 2020 setelah 15 bulan bersama dengan proses Dr Roket.
Dari sudut tesis:
Saya ada 3 kejayaan besar saya;
- Draf tesis saya berevolusi sehingga 28 draf.
- Berjaya menghantar Notis 3 bulan pada 28 Disember 2019.
- Paper PhD saya yang pertama berjaya diterima oleh Q2 journal dan diterbitkan pada 3 Mac 2020.
Dari sudut kehidupan:
Memang banyak sangat saya dapat. Hubungan saya dengan Allah banyak berubah. Masa saya lebih teratur. Saya menjadi orang yang sangat banyak bersyukur berbanding sebelum ini. Saya menjadi lebih sihat. Kesihatan emosi, diri saya lebih baik. Saya sayangkan diri saya, keluarga dan orang sekeliling saya.
Saya suka mendoakan kejayaan orang lain. Saya konsisten bangun pagi. Dan yang paling seronok, saya dan ahli keluarga berjaya solat subuh berjemaah hampir setiap hari! (ini adalah impian saya yang dahulu, dan tak pernah terfikir seawal ini impian bersama keluarga saya tercapai) Alhamdulillah.
Dari sudut perniagaan:
Saya ada branding/page saya sendiri iaitu Dr. Buah. Page ini mula wujud sejak saya join RICM anjuran Dr Roket. Di dalam page inilah saya mula berinteraksi secara umum dengan rakan media sosial tentang aspek pemakanan dan kesihatan yang mana ilmu ini adalah ilmu yang saya belajar ketika saya belajar ketika Degree (Bidang Biokimia) dan melalui pengalaman-pengalaman lepas.
Dengan kejayaan-kejayaan besar yang saya alami ini dapat saya simpulkan, program Dr Roket telah berjaya mengubah mindset saya 360 darjah tentang Master PhD.
Dan yang sebenarnya perjalanan PhD kita akan lebih mudah dan tenang jika kita ada bimbingan yang betul daripada mentor yang ada result. Saya sangat terhutang budi dengan CIRCLE POSITIVE PLATINUM yang telah memberi bimbingan dan semangat yang tidak putus asa.
Tanpa Dr Roket, Dr. Mardiana yang memulakan usaha membantu rakan-rakan Postgrad yang lain dan usaha-usaha team Dr Roket, sudah tentu saya tidak mengalami result-result sebegini. Sudah tentu saya masih lagi stuck dengan dunia negatif saya terhadap perjalanan PhD saya ini”.
Berjaya menyeimbangkan perniagaan sehingga maju, dalam pada masa yang sama penulisan tesis meningkat seiringan waktu, kemajuan luar biasa Puan Faridah Hanim telah terbukti di hadapan anda sekarang.
Anda juga boleh berjaya seperti beliau, klik di bawah untuk rahsia penjenamaan diri anda.