fbpx Skip to main content
search
0

Master di dalam atau luar negara?

Tidak kisah pilihan anda di mana sekalipun, asalkan anda ada NAK yang kuat untuk sambung belajar, anda akan dapat melalui ‘journey’ yang indah dalam pengajian.

Ini termasuklah kisah seorang gadis berumur 24 tahun yang baru-baru ini viral di media kerana kejayaannya dapat menyambung Master di oversea.

Meskipun berasal dari keluarga yang menjalankan bisnes kecil-kecilan iaitu perniagaan burger, gadis yang digelar sebagai Ezzy ini memiliki impian yang cukup besar iaitu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

Syukur, beliau yang merupakan graduan  Ijazah Sarjana Muda (Degree) di salah sebuah universiti tempatan kini sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Perundingan dan Penyelesaian Konflik.

“Betul orang cakap, rezeki tak pernah salah alamat. Selama enam bulan saya berkorban dan siapkan segala keperluan untuk lengkapkan permohonan. Saya ‘tebalkan muka’ untuk buat panggilan video dengan 58 alumni universiti di AS untuk dapatkan tip serta nasihat daripada mereka. Walaupun pelbagai kesukaran saya hadapi masa buat permohonan, namun saya sangat terkejut apabila berjaya diterima masuk”.

Ezzy

Berikut adalah satu perkongsian video beliau melalui akaun Tiktoknya.

@gniwoem

From UiTM to Columbia 😀 Worked hard to climb my way up, but even now, it still feels a bit blurry. But that’s okay, I’ll just keep going. I have always been someone who is scared of taking space, unsure if I have the capacity of building my own table. But then again, I don’t really have a choice, I have to shamelessly make room for myself in spaces where I’m not welcomed, because I have a family to take care of 🙂 My Columbia journey begins 😀 #fyp #uitm #columbiauniversity #postgraduate #studentlife

♬ Scott street x i know the end - ella

Sumber: Tiktok

Apa penyebab gadis ini tekad untuk capai impiannya menyambung Master di oversea?

Kata anak tunggal yang berasal dari Selangor ini, dia ingin membanggakan ibu bapanya dan membuktikan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil daripada jerih perih dan pengorbanan mereka.

Ezzy juga berhasrat untuk terus melanjutkan pengajian hingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) nanti.

Ini menunjukkan tiada apa yang boleh menjadi penghalang kepada kejayaan seseorang selagi mereka tidak berputus asa.

NAK yang kuat.

Pastinya circle Platinum mahupun peserta dalam seminar-seminar Dr Roket pernah mendengar ungkapan ini. Jika ada NAK yang kuat, seseorang itu sanggup lakukan apa sahaja termasuklah sambung belajar hingga ke tahap PhD.

Siapa yang terinspirasi dengan kisah beliau? Jika ada yang merasakan beratnya cabaran tika ingin melangkah ke dunia pengajian, ingatlah ada yang berjaya melaluinya dengan kesabaran yang kuat.

Mungkin juga ada dalam kalangan adk-adik di luar sana yang tidak ada kekuatan untuk teruskan pengajian hingga peringkat Master atau PhD, namun jika ada NAK yang kuat, anda akan dapat laluinya dengan tenang.

Anda berminat nak sambung belajar atau berstatus pelajar Postgraduates? Program ini sangat penting untuk anda!

PROGRAM INTENSIF 6 BULAN (ROAD TO PROPOSAL)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x