“Lama gila buat Master PhD!”
“You buat apa sampai 8thn tak habis-habis lagi ni?”
“Biar betul sampai 10thn buat PhD?”
“Kesianlah kat anak, suami /isteri tu, family tu.. lama sangat sambung belajar”
Anda pernah terima soalan-soalan “maut” macam ni? Apa respon anda?
“Lek arr…”.. atau anda rasa macam nak lari sorok dalam gua pun ada? Rasa malu dan dah tak tau nak sorokkan muka ni dimana bila masuk fakulti/kerja orang dah perli macam-macam.
Sedih kan. Susah nak terangkan kepada orang yang tak faham.
Sebenarnya kan, kalau keadaan macam tu berlaku, salah orang ke yang tak faham? Atau kita yang gagal fahamkan mereka? Atau kita yang gagal uruskan life dan academic kita sampai orang lihat cara kita sambung Master PhD ni macam dahsyat sangat? Macam kitalah orang yang pertama sambung Master PhD. Macam kajian kitalah yang paling susah, dahsyat dan terhebat di abad ini?
- Berani Hadap
Realitinya, anda takkan boleh lari dari apa orang nak kata kepada anda. Jadi, hadap sahaja! Hadap inipun perlukan strategi, supaya “mulut dan kata-kata orang” akan terkunci rapat semula. Strateginya apa? Tunjukkan Result anda! Yes, result is the best revenge!
“Tapi, macam mana nak bagi ada result kalau saya tak nampak bagaimana nak buat?”, “Saya tak nampak jalan dah nak habiskan Master PhD ni macam mana? “Tesis berkualiti pun tak nampak bayang”. Mungkin ini yang anda terfikir.
Sebab itu anda perlu kepada B yang kedua.
- Berani Hadam
Itulah perlunya ilmu “Thesis Management”. Mungkin anda baru mendengar tentang ni. Alhamdulillah untuk anda yang pernah hadir seminar “Mudah Siap Tesis (MST)” atau seminar “Nak Ubah Tesis (NUT)”, pasti anda akan nampak dan mungkin sudah amalkan apa yang saya share tentang ni.
Apabila anda belajar tentang Thesis Management ni, pastikan anda berani untuk hadam dan buat tindakan. Kalau ilmu hanya disimpan sebagai nota, ia sekadar menjadi nota dan info. Anda takkan dapat sebarang result pun.
Kemungkinan besar anda akan kata, “Aku dah join, tapi takde apa-apa result”. Tapi, bagi anda yang amalkan dan berani hadam betul-betul ilmu yang dipelajari, pasti anda akan nampak perubahan pada Life dan Thesis (Academic) kan?
- Berani Habis
Orang-orang yang berjaya, mereka akan habiskan apa yang anda mulakan. Jangan sia-siakan masa yang telah berlalu tersebut. Masa anda, anak-anak, pasangan dan family anda, harapan dan impian ibu ayah dan orang terdekat, malah diri anda sendiri. In sha Allah pasti ada jalan dan solusi terhadap apa yang sedang anda lalui.
Apa yang anda perlukan sekarang adalah NAK yang tinggi, semangat dan motivasi yang tinggi. Inilah yang akan berikan anda energy (tolakan dalaman) untuk gerakkan diri dan tesis anda. Akhirnya anda akan mendapat Result yang luar biasa in sha Allah.
Habis Lambat, petanda Tesis Matang dan Hebat?
Hebat sangatkah kalau sambung Master PhD bertahun-tahun tapi tak habis ni? Matang sangatkah? Ha.. sebab anda biasa dengar orang kata, “Buat apa habis cepat-cepat ni, mengarut, tesis tak matang”. Pernah dengar?
Sebenarnya ia bukan isu hebat atau tesis matang atau tidak kalau habis lambat ni. Ia berkaitan cara mengurus “Life & Academic” sebenarnya. Jangan terkejut, ia sebenarnya menggambarkan kegagalan dan keegoan kita yang tinggi. Kita taknak belajar untuk urus. Kita sukar menerima nasihat orang lain. Bunyi macam simple, tapi tindakan itu yang sukar.
Hakikatnya, pihak universiti dan penaja (jika menerima scholarship) sudah letakkan tempoh normal pengajian Master PhD iaitu antara 2-4 tahun (Dalam 8 semester) sahaja. Adakah anda nak salahkan mereka kerana berikan tempoh tersebut? (tempoh yang anda rasakan pendek untuk anda)?
Peluang sambung belajar ini sebenarnya satu amanah besar. Apatah lagi buat anda yang mendapat tajaan dan cuti belajar. Tidak kurang juga bagi anda yang “self-sponsored”. Gunakan peluang tersebut sebaiknya. Bukan semua orang Allah/Tuhan pilih untuk sambung sehingga peringkat Master PhD.
Jika anda rasa nak quit dan sudah give up untuk teruskan Master PhD ni, fikir baik-baik dan tanya balik soalan ni, “Kenapa aku sambung dulu”. Buat solat istikharah semoga Allah tunjukkan jalan samada sambung Master PhD ini adakah baik untuk anda teruskan atau tidak.
Jika Ya, Habiskan segera.
Saya sentiasa doakan buat semua bangsa Postgraduates agar anda semua dapat menyumbang tenaga dan kepakaran untuk ummah dimasa hadapan. Tesis kajian, bukan sekadar menjadi perhiasan dan kebanggaan.
Berani buat Perubahan. Berani TuliS! Berani Habis! All the Best!
Rasa terinspirasi dengan cerita itu? Hubungi kami : 019 – 4588003 SEKARANG atau klik dibawah untuk mendapatkan tiket NUT dengan harga promo :
https://drroket.com/product/seminar-virtual-nak-ubah-tesis-nut/ (Online)
#DrRoket
#BeraniTulis
#NakUbahTesis