BANGI – Majlis Vivalicious 4.0 anjuran Dr. Roket kini kembali! Majlis Vivalicious kali ini berlangsung pada tarikh 14 Mei – 15 Mei 2022 dan bertempat di Hotel Tenera, Bangi Selangor.
Vivalicious tahun ini agak berbeza daripada Vivalicious 1.0 hingga 3.0 kerana kali ini diadakan secara 2 dalam 1 iaitu secara ‘online’ dan ‘offline’.
Peserta yang ber-Vivalicious pada hari ini hadir secara ‘offline’ iaitu di Hotel Bangi bagi merasai pengalaman sendiri melakukan pembentangan secara ‘face-to-face’ di hadapan Dr. Roket, para panelis dan para penonton.
Seramai lebih 60 orang penonton yang hadir menyaksikan Vivalicious secara ‘LIVE’ di hotel tersebut.
Bukan itu sahaja, penonton yang tidak hadir secara ‘Live’ turut dapat menyaksikan pembentangan tersebut di aplikasi Zoom secara LIVE. Sungguh bertuah kepada mereka yang hadir dan mendapat input berguna daripada majlis kali ini.
Seramai 39 orang peserta dari pelbagai negeri telah menghadiri majlis yang berlangsung setiap setahun sekali ini. Sudah pastinya bangsa Master PhD ternanti-nantikan detik berharga ini yang hanya wujud dalam program Dr. Roket sahaja.
Melalui perkongsian beberapa orang peserta Vivalicious yang ditemu bual selepas melakukan pembentangan, mereka merasakan bahawa acara tahunan ini lebih menyeronokkan apabila dijalankan secara ‘face to face’.
Sudah tentu sahaja, Vivalicious ini adalah momen dan pengalaman yang sangat berharga sebelum para peserta ber-Vivalicious di bilik Viva yang sebenar nanti.
Kali ini, mereka dapat merasai pengalaman dinilai oleh Dr. Roket dan barisan panelis yang cukup hebat, antaranya ialah Dr. Nur Asyikin Marzuki, Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad dan Dr. Hasiah Mat Salleh.
Ketiga-tiganya merupakan pelajar cemerlang yang menerima anugerah Tesis Cemerlang di universiti masing-masing.
Majlis Vivalicious hari ini berlangsung dari awal pagi iaitu sebelum 8.00 pagi lagi dan dijangka tamat pada 6 petang.
Nantikan ‘update’ seterusnya pada hari esok dan jangan ketinggalan saksikannya bersama-sama di platform Zoom mahupun secara Live esok.