fbpx Skip to main content
search
0

PhD Di Bawah Seliaan 5 Supervisor, Beliau Tetap Dapatkan Guidance Menthor

Siapakah gerangan insan yang memiliki 5 Supervisor dalam PhDnya ini? Ini adalah ‘rare’ dan jarang semua pelajar Postgrads dapat memiliki kelebihan ini.

Nak tahu lebih lanjut? Baca sampai habis…

Kenali Beliau

Beliau adalah Dr-to-be Irma Wati Ngadimon dari bidang Clinical Pharmacology/Medicine. Tahniah kepada beliau kerana baru sahaja selesai Viva semalam (14/12/23)!

Kisah ‘journey’ PhD (Dr) Irma ini sangat menarik untuk dikongsikan. Nak tahu kenapa? Sebelum tu, jom kita telusuri karakter beliau.

Karakter beliau

Menurut rakan-rakan circle Platinum Dr Roket, (Dr) Irma Wati ini adalah seorang yang berdedikasi dan kuat semangat.

Datanglah apa sahaja cabaran pun, beliau mampu hadapinya tanpa cepat ‘give up’! Haa inilah rahsia orang berjaya.

Orang berjaya tak akan mengalah selagi belum mencuba, betul tak?

Cuma bila kita berhadapan dengan cabaran hidup atau akademik, apakah jalan yang kita pilih untuk selesaikannya?

Nak tahu apa cabaran (Dr) Irma dan cara beliau menguruskan cabaran? Teruskan pembacaan anda.

Cabaran dan solusi

Apa agaknya cabaran (Dr) Irma sehingga dikatakan beliau ini seorang yang begitu cekal ketika dalam PhD ya?

Antara cabaran terbesar beliau:

1. Cabaran AKADEMIK terutamanya penulisan beliau.

Kalau nak tahu, (Dr) Irma ni mula mendaftar PhD ketika pandemik bermula lagi. (tahun 2020).

Disebabkan ada kekangan dalam mengumpul sample data kajian, beliau mengambil masa untuk mengekalkan momentum penulisan tesisnya.

Solusinya, beliau sanggup ke United States (US) untuk mendapatkan sample bagi data collectionnya selama 3 bulan walaupun pada awalnya seakan-akan tiada harapan. Siap buat networking lagi di sana!

Itulah pelajar Postgrads yang hebat!

2. Tiada circle dan tiada ilmu pengurusan kehidupan.

Disebabkan PhD beliau bermula ketika pandemik dan secara online, (Dr) Irma juga pernah merasakan ‘lonely jourrney’ disebabkan tiada rakan PhD.

Malah, beliau juga merasakan kurangnya ilmu life management untuk uruskan kehidupan sepanjang menjadi pelajar-ibu-isteri-anak.

Untuk pengetahuan semua, (Dr) Irma merupakan pelajar Postgrad secara full time. Tapi jangan disangka ‘pelajar sepenuh masa’ tiada sebarang cabaran sepanjang pengajiannya tau.

3. Cabaran Supervisor (penyelia)

Menurut (Dr) Irma sendiri, pada tahun ketiga pengajian PhDnya, Supervisor utamanya dan Co-SV (yang menjadi main SV) telah bermigrasi ke Australia.

Ini menjadi suatu kesukaran kepada beliau untuk mendapatkan ‘guidance’ daripada Supervisornya yang mengalami kesibukan di tempat baru.

Disebabkan itulah beliau rasa perlu habiskan PhDnya dengan segera untuk kurangkan cabaran sebegini.

Bagaimana agaknya beliau dapatkan ilmu untuk habiskan PhD dengan mudah? Melalui proses Dr Roket.

Walaubagaimanapun, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana (Dr) Irma boleh diselia oleh 5 Supervisor?

Ternyata, beliau merupakan pelajar dari Monash University Malaysia yang menjalinkan kerjasama (kolaborasi) dengan HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia).

Jadi, Supervisor beliau adalah daripada dua universiti dan gaya penyelidikan di universiti tersebut juga adalah sedikit berbeza daripada universiti lain.

Menurut perkongsian (Dr) Irma dalam Bising Viva semalam, Viva (Dr) Irma di fakultinya dipanggil sebagai ‘Pre-Submission Seminar’ dan dihadiri oleh beberapa orang pelajar dalam platform Zoom.

Malah, 3 daripada Supervisornya telah hadir ketika pembentangan tersebut.

Tapi mungkin juga ada yang tertanya-tanya kan..

(Dr) Irma Wati ni merupakan circle Elite yang telah upgrade kepada Premier Dr Roket sepanjang ‘journey’ PhDnya.

Walaupun beliau diselia oleh 5 Supervisor, beliau tetap ‘mencari’ guru/menthor untuk dijadikan guidance dalam PhD.

Siapa boleh agak jawapannya?

Menurut (Dr) Irma, guidance daripada Menthor membuatkan beliau bertambah rasa keyakinannya.

Bukanlah beliau berguru dengan Dr Roket sehingga mengenepikan Supervisor sendiri kerana itu juga bukan ajaran Dr Roket!

Cuma begitulah solusi yang diambil oleh (Dr) Irma untuk terus naikkan progressnya ketika dalam pengajian PhD

"Saya bagi peluang untuk bantu diri sendiri" - (Dr) Irma Wati.

Disebabkan Supervisor beliau memberi kepercayaan dan kebebasan untuk (Dr) Irma selesaikan kajiannya sendiri, beliau telah gunakan peluang dalam proses Dr Roket untuk terus tingkatkan progress dan berjaya hilangkan LOST-ism ketika dalam journey PhDnya.

Bahkan beliau siap jumpa strategi lagi ketika baru beberapa bulan daftar PhD.

Beliau juga akui terasa macam magik apabila beliau boleh hadapi cabaran yang ada itu dengan solusi demi solusi serta win demi win.

Itulah life changing yang beliau temui hasil daripada ilmu life management yang diterima dalam proses Dr Roket.

Menarik bukan?

Siapa nak jadi macam (Dr) Irma yang berjaya selesaikan Viva dengan bahagia dan tenang serta dapat habiskan PhDnya secara On Time?

Nantikan perkongsian artikel beliau yang selanjutnya nanti atau jom sertai seminar terdekat Dr Roket untuk anda rasakan sendiri impaknya.

Jika anda pelajar Postgraduates yang masih stuck dalam pengajian, belum Proposal Defense atau nak lebih banyak tips tentang Viva, boleh hadir program terdekat Dr Roket dan rasakan impaknya pada pengajian anda:

JOIN PROGRAM TERDEKAT
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x