Pendidikan adalah tonggak utama dalam pembangunan negara dan masa depan generasi muda. Setiap pelajar yang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui biasiswa memikul harapan besar untuk menamatkan pengajian tepat pada waktunya dan memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat.
Pada 29 Mei 2025 yang lalu, 2M World @ Dr Roket amat berbesar hati menerima jemputan rasmi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Bahagian Biasiswa untuk menyampaikan pengisian dalam program Kursus Persediaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bersama 160 orang penerima biasiswa tahun 2025.
Sebagai bekas penerima tajaan KPT di bawah program SLAB/SLAI dan MyBrain15, Dr. Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri (CEO 2M World) dan Dr. Mardiana Mat Ishak (CEO 2M World) menyambut baik peluang ini untuk kembali menyumbang kepada pembangunan pelajar tajaan KPT. Dahulu mereka hadir sebagai pelajar dan kali ini mereka kembali sebagai penyumbang ilmu, strategi dan pengalaman.
Dalam sesi perbincangan bersama pihak KPT, antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan pelajar tajaan yang gagal menamatkan pengajian, serta cabaran dalam menjejaki mereka yang sudah ‘hilang dari radar’. Menurut maklumat yang dikongsikan, jumlah hutang tajaan yang tertunggak boleh mencecah antara RM8 juta hingga RM400 juta. Ini satu angka yang sangat membimbangkan.
Inilah sebabnya KPT sangat menekankan kepentingan Graduate On Time (G.O.T). Tempoh tajaan kini lebih ketat iaitu;
- 1/5 tahun untuk Master
- 3 tahun untuk PhD
Persoalannya, bolehkah tamat tepat pada waktunya? Kami percaya BOLEH dengan adanya strategi dan bimbingan yang betul.
Oleh itu, sebagai salah satu usaha menyokong aspirasi KPT, wakil 2M World telah menyampaikan dua slot penting kepada semua penerima biasiswa HLP 2025:
Slot 1: “Bagaimana untuk Graduate On Time (G.O.T)” – disampaikan oleh Dr. Mardiana Mat Ishak, yang membentangkan strategi menyeluruh, gambaran ‘helicopter view’ serta ‘Do’s & Don’ts’ sepanjang tempoh pengajian.
Slot 2: “Tips Penulisan Tesis Cepat & Berkesan” – disampaikan oleh Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad yang berkongsi pengalaman praktikal menamatkan PhD dalam hanya 5 semester, selepas menamatkan Master dalam tempoh 5 tahun.
Slot kedua ini menggunakan modul dari eBook “31 Panduan Tulis Tesis Cepat” yang digarap oleh Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad (Penerima Tesis Cemerlang Skala 1 USM). Penyampaian secara hands-on dan praktikal ini amat berbeza kesannya berbanding hanya membaca secara teori.
Kami amat menghargai kepercayaan pihak KPT kepada kami untuk menyampaikan sesi ini, dan berharap ia menjadi permulaan kepada perjalanan pengajian yang lebih tersusun dan efektif bagi semua penerima HLP.
Tahniah diucapkan kepada 160 penerima yang terpilih daripada ratusan permohonan lain. Semoga sesi ini memberi pendedahan awal agar anda tidak mengulangi kesilapan biasa yang sering berlaku dalam kalangan pelajar tajaan sebelum ini.
Pesanan Ikhlas:
Sekiranya anda mengenali rakan atau kenalan yang pernah mendapat tajaan tetapi tidak menamatkan pengajian, dan masih mempunyai tanggungan hutang kepada KPT, mohon bantu sampaikan kepada mereka agar menghubungi pihak KPT.
Jangan menyepi, jangan melarikan diri. Ini tanggungjawab bersama. Terima kasih kerana membaca dan menyokong usaha kami.
Kalau anda rasa artikel ni menarik dan bermanfaat, jom tekan butang kongsi! Mungkin ada yang terinspirasi untuk teruskan perjuangan sambung belajar.
Inginkan transformasi dalam pengajian dan hidup anda? Jom ke seminar Dr Roket yang terdekat:

















