Selalu orang cakap “enjoy n feel ur great moments in life while doing ur Master/Ph.D”.
.
Biase dengar tak?
.
“Alah habis lambat pun tak pe. Ujian banyak time Ph.D ni”.
.
“Takpelah 5, 10 tahun pun habis jugak… yang penting habis kan…”
.
“See ramai orang kene macam-macam ujian time nak habis Ph.D”
.
Jadi jom faham 5 sebab kenapa anda perlu habis Master/ Phd cepat:
1. Kepala Dah Tak Fikir “Bilalah Nak Habis Ni”. Serabut Pale.
Selagi anda tidak habis, selagi itulah dalam kepala dan jiwa anda jadi kacau. “Aduuh..bilala aku nak habis ni”. “Aku dah tak larat nak hadap tesis dah”.
.
Jadi dengan habis cepat, hidup lebih gumbira. Jiwa lebih tenang. Satu komitmen penting sudah berkurang.
2. Hati Dah Tak Jeles Tengok Orang Konvo.. “Bilalah Aku Pulak Nak Konvo Ni…”
.
Ada yang melihat orang lain konvo rasa jeles dan terus bersemangat nak habiskan segera. “Tak boleh jadi ni, aku kena pulun segera!.”. Tapi pulun tanpa ilmu urus pun kadang-kadang akan membuatkan anda down balik dipertengahan jalan. Motivasi dan semangat itu bagus. Tetapi, tanpa strategi dan tindakan yang betul, ia tidak akan kemana.
.
Apabila anda habis segera, mudah-mudahan anda menjadi inspirasi dan boleh membantu orang lain pula.
3. Boleh Fokus Perkara Lain
Ini sangat penting. “Banyak benda penting dalam hidup yang nak dibuat”. Betul? Once “Master/Ph.D” dah settle, terasa satu “beban” besar dah selesai!
.
“Wuiyo macam kahak bertahun dah keluar dari tekak!.” , Ulas seorang yang telah bergraduat Ph.D dengan jayanya.
.
4.Banyak Masa Untuk Lebih Untuk Aktiviti Selain Terperuk Mengadap Thesis.
.
Anda juga mungkin banyak sangat aktiviti lain yang nak dibuat. Kalau anda berbisnes, mengajar, berceramah, rasa bersalah pada family, anak-anak dan suami dll, bukankah anda sudah boleh fokus dan menyumbang untuk masyarakat secara lebih meluas lagi tanpa runsing tesis tak siap dan tak sempat sentuh?
.
5. Elak Diperli / Disindir (tajaan).
Mungkin anda kisah. Mungkin juga anda tak kisah.
“Hmm.. Dia Tu Grad Ph.D Lambat. Tapi Bukan Full Sponsored Ker? Buat Apa Lama Sangat. Duit Kerajaan Kot?”.
Kalau Anda yang terpaksa sacrifice guna duit pula? Anda rase?
.
Jadi apa tunggu lagi jom selesaikan Ph.D dalam tempoh 6 bulan.
.
Chuup… Bila saya sebut habis Master Ph.D Cepat, Habis Master Ph.D Pantas, janganlah sentap pulak.
.
Ini bukan isu nak tunjuk dan lawan siapa habis lagi cepat, siapa lagi hebat. Oh..No..No…No..
.
Hallo.. KPT dan Universiti pun “sudah bising” isu pelajar tak habis, tangguh semester, tak boleh GOT. Siap bagi insentif untuk mereka yang GOT lagi. Jadi anda rasa?
.
Hidup ini adalah pilihan. Mesej saya hanya 1. Anda sibuk, banyak komitmen, banyak kerja nak kena buat, banyak cabaran dan dugaan.
.
Itu semua bukan isu pun anda boleh selesai 1st draft thesis cepat dan awal. Boleh GOT atau GBT. Anda yang akan letakkan 6 bulan, 3 bulan, 2 bulan etc. Berapa bulan yang anda sendiri nak?.
.
“Jangan samakan diri saya dengan orang lain”, “Rezeki setiap orang berbeza”.
.
Ya betul, tapi adakah anda buat strategi orang sibuk banyak komitmen GBT / GOT? Adakah anda tahu strategi tersebut, “follow and adjust” dengan situasi anda?
.
Untuk capai dan jadikan ia satu realiti, yang paling utama adalah “Ilmu Urus”. Ramai yang sudah menyahut cabaran ini dan Alhamdulillah terbukti berjaya!
.
Ada yang berani sahut?
.
Anda Belajar Kami Urus.
.
DrRoket