Tak dinafikan, keputusan untuk sambung belajar sehingga ke peringkat tinggi ini memerlukan pengorbanan yang agak besar oleh pelajar, tidak kira pilihan anda di Universiti mana atau bidang apa sekalipun.
Setelah anda menyambung belajar daripada peringkat Undergraduates kepada Postgraduates ini, anda akan berkorban lebih banyak perkara seperti masa, tenaga, waktu tidur dan sebagainya.
Tidak semua yang sanggup menghadapi saat-saat belajar sebegini. Ada yang terpaksa sambung disebabkan desakan keluarga atau sekadar untuk memenuhi syarat untuk sesuatu jawatan atau status kerjaya.
Namun, anda jangan ingat sambung PhD ni tak best ye…
Ada sahaja yang tamat pengajian PhDnya dengan ‘moment-moment’ yang gembira sepanjang ‘journey’nya. Apa yang mereka dapat?
Haa.. anda pasti nak tahu kan apa perkara yang boleh buat anda rasa gembira, bahagia dan BEST bila sambung PhD ni….
Jom semak TIGA perkara penting di bawah~
1. Ilmu
Best sangat bila saat buat PhD ni kita dapat masa dan keberanian untuk baca BANYAK buku yang kita takut nak sentuh pun masa Degree. Jika tersentuh pun letak semula.
Kita terPAKSA cari jalan untuk sentuh dan baca supaya faham. Sebab dulu masa Degree paksa faham untuk jawab exam jer kot.
Setelah itu kita ada kesungguhan dan keistiqomahan untuk hadir ‘talk’ yang lebih mencabar minda. Dulu masa Degree lintas jer. Jika singgah pun blur-blur katak.
Sebab tulah bila anda tengok “penceramah” berkelulusan Degree dan PhD ni lain ‘content’nya. *cuma boleh dibincang lagi.
2. Professional Network
Ni part paling best sebab ia melibatkan masa depan dan hubungan sosial dengan golongan elit akademik.
Bila buat PhD, anda terpaksa bentang paper di peringkat antarabangsa. Jadi saat itulah anda akan bertemu dengan otai-otai pakar dalam bidang masing-masing. Jika tiba-tiba jer nak hadir seminar, mungkin tak kot, tapi anda terpaksa, kan? So, nak tak nak kena berseminar dan bertegur sapa dengan mereka. Cuma anda kena pandai pilih seminar.
Cabaran terbesar otai-otai pakar ni mereka tak pandai ‘market’kan diri. Sebab tulah ilmu-ilmu mereka yang power tu tak ramai yang tahu. Mana ada orang luar Universiti yang gigih buru prof-prof di fakulti betul tak? Sedangkan ilmu yang mereka miliki tu ‘power’ kot. Akhirnya, entah mamat-mamat datang dari mana muncul berkongsi.
3. Status Sosial
Beza tak bila anda bergelar “Dr” dan “En”? Bezakan? *Dibaca; bukan untuk ego atau takabbur.
Contoh seorang usahawan bergelar “Dr.” dengan usahawan yang hanya “En” atau mufti bergelar Dato dengan mufti bergelar “Dr” atau seorang penceramah bisnes bergelar “En” dengan bergelar “Dr”. Lain kot statusnya. Cuma part ni perlu belajar tundukkan hati banyak sikit ye.
Jadi, anda dah nampak di mana part BESTnya bila sambung PhD ni? Ye, tidak dinafikan ada orang tidak berkemampuan untuk belajar sehingga ke peringkat tinggi walaupun pernah menjadi satu GOALnya suatu ketika dahulu.
Paling tidak pun ada yang masih berkira-kira untuk sambung walaupun sudah berkemampuan dari segi kewangan. Mungkin disebabkan masa yang tidak mencukupi kerana urusan kerja dan rumah tangga.
Walau apapun cabaran anda, jika keinginan anda kuat untuk sambung belajar, anda pasti akan lakukan tindakan juga dan dapat rasai moment BEST sepanjang perjalanan PhD anda.
Good luck dan all the best, para pelajar Postgraduates!
Nak dapatkan lebih banyak tips dan perkongsian bermanfaat mengenai akademik postgraduates, jom follow channel Telegram di bawah.