fbpx Skip to main content
search
0

KHATAM AL–QURAN KURANG 72 JAM. HARI KE-4 RAMADHAN 1440H. SIAP 1ST DRAFT THESIS DALAM 2 BLN. BAGAIMANA LELAKI INI LAKUKAN YE..?
.
Dulu kita baca Imam al-Syafie khatamkan al-Quran diluar solat sepanjang Ramadhan 60 kali. Bolehkah zaman ini..? Baca selanjutnya.

1-Semoga Allah berikan segala kebaikan dunia dan akhirat kepada Dr Roket & Tim kerana Allah beri saya NIKMAT untuk saya SEDAR melalui Pakej Platinum bahawa ilmu-ilmu yang saya belajar dalam program-program ROKET bukan khusus untuk TESIS sahaja Ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai aspek lain dalam KEHIDUPAN. Betul kah?
.
Insya Allah ia akan kongsikan di hujung tulisan ini.

2-Semoga Allah bantu Dr Roket dan Tim kerana melalui mereka sehingga kini kami telah diberi NIKMAT membantu menyampaikan al-Quran wakaf melebihi 900 naskhah dalam tempoh yang sangat singkat.
.
Semoga pahala SEMUA yang terlibat dalam projek ini akan meROKET dengan purata setiap satu al-Quran bakal menjana sekurang-kurangnya 3.21 juta pahala insyaALLAH. NIKMAT ini sangat perlu disyukuri. Ada NIKMAT add on bersama projek ini. Iaitu setiap 5 naskhah wakaf al-Quran dan berserta dengan jamuan berbuka puasa untuk seorang. Bagi yang memilih pakej 10 naskhah+ jamuan berbuka untuk 3 orang. Bagi yang memilih pakej 20 naskhah+jamuan berbuka puasa untuk 6 orang. Ya NIKMAT berganda. Mungkin 3 in 1, 4 in 1 dan mungkin 1billion in 1.

3-Semoga Allah berkati Dr Roket atas kesungguhan beliau memaksa, memujuk, memotivasi dan mengulang-ulang pesanan kepada anak-anak didik beliau supaya menyelesaikan 1st Draf sebelum ramadan. “apa kata selesaikan 1st draf dalam tempoh 2 bulan dan boleh fokus pada ramadan dengan baca al-Quran, solat dan macam-macam lagi?”.
.
Saya masih ingat ketika saya memilih untuk masuk ke grup 6 bulan kerana tidak YAKIN dan PERCAYA bahawa saya boleh selesaikan 1st Draf dalam tempoh 2 bulan. Walaupun sebenarnya di sudut hati saya mendoakan agar saya dapat selesai sebelum ramadan.
Masih terbayang-bayang ketika beliau berdoa dan mengajak agar semua orang lain berdoa agar Allah kabulkan hajat saya. Saya berdoa dan berhajat agar saya dapat selesaikan dalam tempoh 2 bulan atau paling lewat sebelum ramadan.

Alhamdulillah diberi NIKMAT menyelesaikan 1st Draf saya dalam tempoh 56 hari termasuk DDays. Jika ditolak DDays dalam lingkungan 15 hari. Lebih kurang 41 hari saja sebenarnya. Memang benar apabila DR Roket mencabar saya supaya menyelesaikan 1st Draf dalam tempoh sebulan. Ia bukan perkara mustahil. Analogi mudahnya begini.
.
Pada zaman manusia menaiki kuda memang MUSTAHIL untuk mempercayai bawah tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Makkah dalam tempoh 9 jam. Tetapi pada zaman kemajuan teknologi sekarang. Adalah MUSTAHIL untuk tidak mempercayai bahawa wujudnya penerbangan yang boleh membawa kita ke Makkah dalam tempoh 9 jam. Teknologi melajukan kenderaan sudah wujud sekian lama. Begitu juga dengan teknologi meROKETkan tesis.
.
Teknologi-teknologi ini jika digunakan dengan betul merupakan NIKMAT-NIKMAT yang dikurniakan kepada kita. Tahu bahawa NIKMAT teknologi wujud adalah satu NIKMAT. Menggunakan teknologi dengan cara yang betul juga adalah NIKMAT. Telefon pintar yang kita miliki sebenarnya adalah NIKMAT untuk bantu selesaikan tesis dengan cepat jika digunakan secara berHEMAH dan berHIKMAH.

4- Semoga Allah kurniakan segala kebaikan kepada semua insan yang mengajarkan dan memberikan kita kebaikan. Pada isnin minggu lepas saya agak sibuk menguruskan hal ehwal cupak nabawi milik seorang guru, kawan dan merangkap mentor.
.
Segala puji bagi Allah atas NIKMAT memiliki satu lagi sanad cupak nabawi. NIKMAT ini berserta 13 lagi NIKMAT lain. Saya telah menjadi menyebab kepada 13 orang manusia lain turut memiliki sanad cupak nabawi dan NIKMAT yang sangat menggembirakan saya adalah Dr Roket salah seorang daripada pemilik sanad ini. NIKMAT+NIKMAT= 2 in 1.

5-Semoga Allah kurniakan segala kebaikan dunia dan akhirat kepada Dr Roket dan semua insan-insan yang telah berkongsi kisah-kisah mereka untuk dijadikan teladan dan sempadan. Kisah-kisah teladan dan sempadan ini adalah NIKMAT-NIKMAT yang banyak saya peroleh ketika menyertai program-program Dr Roket.
.
Kisah-kisah inspirasi dan kisah-kisah yang menyayat hati adalah NIKMAT-NIKMAT yang sangat-sangat perlu disyukuri. Kisah-kisah yang dikongsikan sering mencetuskan NIKMAT “Ahha moment”. Apabila seseorang itu berkongsi kisahnya dengan kita. Ia tersirat seribu makna.
.
Dia berkongsi atas dasar percaya bahawa kita yang mendengar akan dapat sesuatu yang bermanfaat. Apabila dia berkata “jangan jadi macam saya dulu” ia membawa makna bahawa pencerita sayangkan kita. Ia juga membawa maksud “saya tidak mahu anda lalui apa yang saya lalui”.
.
Senarai ini akan menjadi lebih panjang jika kita benar-benar menghayati NIKMAT-NIKMAT yang Allah berikan kepada kita melalui mesej-mesej tersirat dalam perkongsian-perkongsian ini. NIKMAT yang sukar untuk dihitung.

6-Semoga Allah kurniakan segala kebaikan dunia dan akhirat kepada Dr Roket dan Tim yang berkongsi tip-tip yang baik dan menjadi pembuka kepada banyak pintu-pintu kebaikan. Salah satu NIKMAT yang sangat-sangat perlu kita hargai adalah apabila kita dikelilingi oleh orang-orang yang memberikan kita tip-tip dan nasihat yang baik.
.
TM168 yang dikongsikan oleh Dr Mardiana sebagai contoh adalah NIKMAT yang sangat besar bagi orang yang pernah melalui zaman gelap mengulang-ulang perkataan “saya tiada masa”. Secara zahirnya TM168 hanya sekadar satu tip dan nasihat yang ringkas dan mudah. Namun impaknya kepada diri seorang insan sangat besar bagi yang mengamalkan tip dan nasihat tersebut.
.
NIKMAT nasihat yang baik biasanya datang dari nasihat yang praktikal untuk amalkan dan terbukti berkesan.

7-Semoga Allah kurniakan segala kebaikan dunia dan akhirat kepada Dr Roket, Tim dan alumni Roket. Jika tip dan nasihat itu satu NIKMAT. Maka peluang untuk berkawan, bersahabat dan berukhuwah dengan di kalangan ahli keluarga ROKET dan alumni ROKET juga adalah NIKMAT yang sangat besar.
.
Sesiapa yang pernah dibrainwash dengan khurafat dan tahyul master PhD sebelum menyertai ahli keluarga ini akan memahami maksud NIKMAT ini. Kita dahulu mungkin percaya kepada tip, petua, nasihat dan kisah karut marut yang diriwayatkan kepada kita melalui manusia yang sentiasa berfikiran NEGATIF.
.
Negatif-negatif yang kecil ini apabila semakin terkumpul menjadi NEGATIF yang sangat BESAR. Tetapi setelah kita mula berkenalan, berkawan, bersahabat dan berukhuwwah di ROKET NETWORK. Barulah kita akan tahu kebenaran pepatah “change your friends, you will change your life”. Dahulu kita NEGATIF dengan diri kita sendiri.
.
Setelah kita MENUKAR kawan-kawan kita barulah kita sedar bahawa kita memiliki NIKMAT-NIKMAT yang sangat banyak. Iaitu KAWAN-KAWAN yang POSITIF yang membantu kita berubah dari insan yang NEGATIF kepada insan yang SUPER POSITIF!!

Tulisan ini sudah pun hampir melabuh tirai. Saya perlu kotakan janji saya pada catatan Nikmat nombor 1 bagaimana ilmu-ilmu yang saya pelajari boleh diaplikasi dan membantu saya dalam pelbagai aspek kehidupan.

Guru yang saya saya sayangi Dr Roket berpesan dengan pesanan yang sangat ringkas “BESARKAN RAMADAN, kecilkan tesis”.
.
Rakan sealumni Roket saya Puan Mariyatul Qibtiyyah berkongsi tip zikir dan bacaan al-Quran semasa bulan Ramadan dalam mesej-mesej beliau.

Semua ini membuatkan saya berdoa agar Allah ilhamkan saya jalan untuk saya memBESARKAN ramadan saya.

Lalu saya gunakan formula HALT, Carta ARMP 2 dan beberapa teknik lain yang telah dipelajari dan ditiruvasi untuk MEMBESARKAN al-Quran saya di bulan ramadan.
.
Saya aplikasikan strategi siapkan 1st Draf yang saya telah saya pelajari untuk menyiapkan 1st Draf Tesis MEMBESARKAN RAMADHAN saya tahun ini.

Pada 5/5/2019 jam 11.00 malam yang merupakan malam pertama bulan ramadan. Saya memulakan bacaan al-Fatihah dan juz 1 Surah al-Baqarah dan segala puji bagi Allah atas segala NIKMAT yang dikurniakan. Pada 8/5/2019 pada jam 11.00 pagi bersamaan 3 Ramadan saya telah siap khatam bacaan al-Quran buat kali pertama dalam tempoh kurang 72 jam!!!

InsyaALLAH selepas NIKMAT 1st Draf Ramadhan ini siap. Bakal menyusul NIKMAT 2nd Draf dan seterusnya.

Semoga Allah mengurniakan kita semua segala NIKMAT dunia dan akhirat.
Pesan Guru “BESARKAN RAMADHAN, kecilkan tesis”.
.

.
Ya Allah kurniakan sepenuh kasihMu buat ustaz “R”.
.
DrRoket. 5 Ramadhan 1440.

#DrRoket
#MasterPhdStrategist
#BesarkanRamadhanKecilkanTesis

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x