Mengambil PhD dalam pada masa yang sama bekerjaya sebagai pensyarah, tidaklah semudah yang disangka. Meskipun didalam bidang yang sama iaitu ‘Pendidikan’, jika tidak mengetahui tips pengurusan yang betul bagi kerjaya dan pengajian, mungkin ibarat yang Dikejar Tidak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.
Untuk mengelakkan situasi ini berlaku kepada bangsa Posgrad yang bekerjaya, ikuti perkongsian ekslusif Puan Muazah ini bagaimana beliau menyeimbangkan Kerjaya dan Akademik dengan cemerlang:
“Saya adalah seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sg Petani Kedah dan sedang menyambung PhD bidang terjemahan Arab-Melayu di USM. Sebelum ini saya seorang yang serabut, tak tahu urus masa.
Saya tidak pandai mengurus masa dan hanya akan menulis tesis bila betul-betul ada masa sahaja. Saya juga jenis yang suka fikir secara komplikated dan akan ambil masa terlalu lama untuk menghasilkan sesuatu kerja.
Kesihatan saya juga kurang baik, selalu mudah letih, sakit kepala dan tidak boleh duduk terlalu lama. Semua itu membuatkan saya teramat risau memikirkan nasib tesis saya kelak bila dah mula masuk kerja selepas cuti belajar selama tiga tahun tamat pada akhir Ogos 2019 yang lalu.
Kalau masa cuti belajar sepenuh masa pun tesis nyawa-nyawa ikan saja, apatah lagi bila dah masuk kerja nanti. Persoalan itulah yang selalu datang menyesakkan nafas saya sambil membilang baki-baki hari cuti yang makin sedikit tersisa.
Ternyata, segala kerisauan saya itu memang berasas. Peringkat permulaan masuk kerja saya mula tak tentu arah. Pergi kerja tak sempat nak jenguk tesis. Balik rumah saya ibarat handfon yang sudah kehabisan bateri, terus rehat. Besok bangun ke tempat kerja semula.
Begitulah seterusnya. Lantaran itu, saya ambil keputusan untuk memencilkan diri daripada dunia luar dan media sosial serta berusaha untuk menolak sebarang undangan konon dengan niat mahu fokus kepada tesis. Namun segala-galanya seolah-olah tidak menjadi. Impaknya saya semakin bertambah stress.
Tetapi beribu-ribu kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah Ta’ala, selepas saya mengambil keputusan nekad untuk menyertai platinum Dr Roket saya mula merasai perubahan yang drastik dalam kehidupan saya. Saya mula mengubah cara berfikir dan juga cara hidup saya. Saya berusaha mengamalkan tips-tips dan formula yang diberi.
Akhirnya, saya dapat rasai saya semakin berubah ke arah yang lebih positif. Semakin fit dan ceria, semakin bersemangat dengan tesis dan yakin bahawa saya mampu siapkan tesis saya secepat mungkin. Saya mula sedar bahawa segala cabaran yang saya hadapi sebenarnya berpunca daripada cara berfikir dan cara bertindak saya sendiri.
Walaupun saya mendapat seorang SV yang sangat berdedikasi dan sentiasa sudi membantu membimbing saya, namun jika corak pemikiran cara menguruskan perjalanan PhD kita tidak tersusun, akan menyebabkan tesis bermasalah.
Selepas mengikuti segala program dan proses yang diatur oleh tim Dr. Roket seperti Gempur, RIC 1, RIC 2, Bengkel Atlas ti, Vivalicious, RICM 1, RICM 2, zoom mingguan, sesi Morning Doc, sesi recharge NUT, RIC 1 dan RIC 2 berkali-kali, saya semakin berubah menjadi new me.
Kalau dulu saya seakan-akan tidak nampak jalan keluar kepada penulisan tesis saya, kini berkat doa daripada SV, mentor, keluarga dan juga impak daripada circle positif yang hebat luar biasa, saya semakin berani berimpian untuk masuk ke bilik Viva dengan jayanya.
Kalau dulu sayalah insan yang paling gerun bila mengenangkan suasana Viva, tapi kini saya semakin yakin terutamanya selepas menyertai program Vivalicious yang sangat memberikan impak luar biasa kepada saya pada 18&19 Jun yang lalu.
Di celah-celah kesibukan bekerja, saya sudah berjaya serah notis 3 bulan dan mempunyai 25 deraf tesis. Saya semakin bersemangat untuk menyiapkan draf tesis saya yang ke 26. Saya impikan dapat submit tesis saya ke fakulti dengan deraf ke 30.
SV saya juga memang mengharapkan dan menyasarkan agar saya mampu untuk viva tahun ini juga dan beliau dia sedang menantikan full draf saya. Saya juga sudah mula bergiat menulis artikel popular dalam akhbar dan terkini menyiapkan E-Book istimewa kepada pengikut page saya.
Berikut antara tips yang boleh saya kongsikan untuk menyeimbangkan antara kerjaya dan akademik:
- Tidur awal untuk kembalikan tenaga
- Manfaatkan waktu pagi sebelum subuh sebaik mungkin. Waktu yang barakah
- Slot in sekerap mungkin; tak perlu betul-betul ada masa baru nak menulis, tetapi kita kena cari peluang agar ada masa
- Habiskan kerja pejabat di pejabat, jangan bawa balik ke rumah. Di rumah adalah masa untuk bersama keluarga dan tesis.
- Stay back lepas waktu pejabat untuk selesaikan mana yang boleh diselesaikan
- Tetapkan target untuk setiap draf, agar kita tidak terleka dan berusaha mencapai target.
- Setiap kali siap draf, ulangi 7 langkah TTB agar kita terus dapat impak yang sama.
Tidak tinggalkan tesis lebih dari 25 jam walau apa situasi sekalipun. Contohnya jika berkursus, saya pastikan buka juga tesis sela-sela waktu kursus atau berbincang dengan rakan tentang tesis. Ini penting bagi memastikan hubungan kita dengan tesis tidak terputus.
- Jangan hanya tertumpu pemikiran kepada tesis semata-mata sebaliknya teruskan aktiviti-aktiviti lain yang secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan impak kepada tesis kita. Banyak tindakan-tindakan kecil (TTK) yang membantu perkembangan tesis tanpa kita sedari.
Contoh aktiviti atau tindakan-tindakan kecil (TTK) yang mendatangkan impak kepada saya ialah buat ‘live’ dalam page. Saya telah konsisten buat live setiap tiga hari sekali selama 10 minit sejak bulan April yang lalu. Tetapi sebulan yang lalu, sejak tugasan-tugasan di pejabat semakin menghimpit, saya telah buat tindakan untuk tangguhkan aktiviti tersebut kerana merasakan perlu fokus kepada tesis.
Kesannya sejak dari itu, tanpa saya sedari emosi dan mood saya sangat mudah terganggu. Saya tidak ada kekuatan untuk menulis tesis hatta untuk aktif dalam media sosial seperti selalu. Namun, setelah saya kembali buat live, mood saya kembali ceria. Penulisan sub-topik dan draf yang tersangkut, jadi mudah dah lancar. Subhanallah.
Ternyata banyak elemen yang akan bantu kita menyiapkan tesis, bukan hanya berkaitan penulisan tesis semata-mata tetapi banyak tindakan-tindakan kecil lain yang turut sama memberi saham kepada perkembangan tesis kita
- Sentiasa bisikkan kata-kata positif kepada diri sendiri; Saya boleh, saya kuat, Allah pasti akan bantu saya siapkan tesis tahun ini.
- Perlu tangkas bertindak. Jangan terlalu banyak berfikir. Pegang kepada prinsip; “tak perlu percaya kata mentor, buat aje!”
- Patuhi jadual sekolah. Selesaikan terlebih dahulu tugasan-tugasan harian yang ditetapkan oleh mentor tanpa bertangguh seperti hantar win, TDR, LP MD, isi TDR. Selepas itu baru buat tugasan kita yang lain. Insyallah akan dapat keberkatan waktu.
- Bantu orang lain. Jika ada cabaran, saya akan cari orang untuk saya bantu sama ada beri sedekah wang atau sedekah waktu.
- Hubungi sv, mentor, platinum atau rakan untuk mendapatkan solusi.
- Reward diri selepas berjaya mencapai target. Saya reward diri saya dengan pelbagai cara antaranya dengan menulis artikel popular, tulis E-book, update media sosial dan lain-lain.
- Gunakan tools-tools seperti Brain Focus, speech notes, Atlas Ti, Mendeley, Quillboats untuk membantu fokus seperti BF.
- Berdoa mohon Allah bantu. Sebutkan bantuan yang kita perlukan itu secara khusus
- Tingkatkan kerohanian, sentiasa berwuduk, sujud syukur bila dapat nikmat atau solat taubat bila hadapi cabaran.
Sebenarnya kita semua ada masa yang sama banyak. Kita tak boleh minta ditambahkan masa, tapi kita boleh menguruskan masa yang diberikan kepada itu dengan baik agar mampu menyelesaikan banyak perkara. Benarlah kata pepatah, “berilah tugasan kepada orang yang sibuk, pasti siap”, kerana hanya orang yang sibuk tahu menghargai dan memanfaatkan masa dengan sebaiknya.
Jazakumullah khairan kepada penyelia saya yang sangat berdedikasi dan tidak pernah putus asa dalam menyelia serta membimbing saya, mentor saya Dr. Mohd Khairul Nizam dan seluruh tim 2MWorld yang sangat gigih mendorong dan menunjukkan jalan keluar, suami saya Mohd Amir @ Hamir Husin yang sentiasa menyokong dan mendokong segala usaha saya, ibu bapa serta keluarga yang sentiasa mendoakan serta rakan-rakan positif yang sangat banyak membantu saya selama ini.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan tersebut. Akhir kata, mohon doakan agar saya berjaya menyelesaikan pengajian PhD saya tahun 2020 ini dengan lancar dan cemerlang.”
Puan Muazah Abu Samah merasai nikmatnya bergelar Platinum Dr. Roket, kerana tiada lagi tekanan dan keserabutan pengurusan tesis beliau kini. ‘Hendak Seribu Daya, Tidak Hendak Seribu Dalih’, tips yang anda dapat sebentar tadi pastinya memerlukan Tindakan- Tindakan Yang Betul.
Klik disini untuk lebih banyak tips: http://t.me/drroket , hubungi Tuan Amierul di nombor : 019-4588003 untuk selangkah menjadi Platinum dengan Seminar Nak Ubah Tesis.